Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Majlis Khatam Al-Quran, Berterawih Dan Berbuka Puasa Di JPJ WP

Pada 7 September 2009 bertempat di Dewan Merpati, JPJ Wilayah Persekutuan aku berkesempatan meneghadiri Majlis Khatam Al-Quran, Berterawih Berjemaah Dan berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim anjuran bersama Badan Kebajikan JPJ Wilayah Persekutuan, Kelab JPJ Malaysia Putrajaya dan Biro Kebajikan & Sosial Puspanita Cawangan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tapi aku hadir lewat sikit dan sempat join Majlis Tadarrus bersama Dato KP JPJ bermula sebaik solat asar.

Selain daripada itu majlis yang bermula sejak tengahari, telah disikan dengan pelbagai aktiviti seperti Tazkirah, Tahlil, Solat Asar, Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah dan jamuan Morey. Solat diimamkan oleh Imam jemputan iaitu Ustaz Mohd Zain bin Junoh.

Turut hadir bersama ialah anak-anak Yatim dari Rumah Anak Yatim Shifa, Rumah Anak Yatim Baitul Ummah dan anak-anak yatim warga JPJ. Ketua Pengarah JPJ telah menyampaikan sijil, cenderahati kepada peserta tadarrus serta sumbangan menerusi wakil rumah anak yatim berkenaan , sebelum waktu berbuka.

Tadarus Bersama Dato' KP yang dilakukan sebenarnya adalah pembahagian juzuk mengikut peserta untuk ditamatkan bacaannya pada petang itu. Namun sebelum itu, kumpulan tadarus kakitangan JPJ WP telah mengadakan majlis khatam. tadarus. Tadarrus mereka merupakan program harian yang dilakukan mulai 7,45 hingga 8.30 pagi.

Juadah berbuka puasa merupakan sumbangan sama ada Cawangan JPJ sekitar Wilayah Persekutuan atau badan kebajikan mereka.




Share:

31 Ogos 2009 Yang Lesu Dan Jalur Gemilang Dibakar

Bukan tak mahu lekatkan atau letak kereta kat cermin kereta supaya berkibaran ketika berjalan. Namun 3 kali aku letak, sehari dua kemudian, tahu-tahu sudah tak ada. Apakah tertanggal atau ada yang berminat dan mengambilnya ? Apakah tertanggal memang disebabkan kualitinya yang rendah atau sebagai melambangkan betapa semangat mengibarkan jalur gemilang memang tidak begitu kuat tersemat dalam diri ku sendiri, pengilang pengeluar bendera tersebut atau memang rakyat Malaysia sudah luntur semangat 31 Ogosnya?

Siaran langsung sambutan sederhana Hari Kemerdekaan di hadapan bangunan Parlimen pun ramai yang tidak sempat mengikutinya, lantaran nyenyak dibuai mimpi kerana meyambung tidur selepas sahur dan solat suboh. 31 Ogos 2009 memang lesu, seolah –olah rakyat Malaysia sudah letih sambut merdeka. Bangunan-bangunan pula tidak rancak dibaluti dengan jalur gemilang raksaksa. Tiada pula pertandingan bunga api peringkat dunia di Putrajaya tahun ini. Cuma galakkan majlis keagamaan di surau masjid, kuil, gereja dan tokong masing-masing agama.

Isu pembakaran bendera Jalur Gemilang di Indonesia ketika sambutan hari kemerdekaan di sambut di kedutaan Malaysia di Jakarta pun macam dipandang tak pandang oleh rakyat Malaysia. Apakah kerana sibuk beribadah melipatgandakan amalan bagi menggarap sebanyak mungkin pahala Ramadhan Al-Mubarak ?

Atau apakah takut bibik di rumah nanti memberontak atau pekerja di sektor pembinaan mogok, tidak mahu terbengkalai projek lantaran pekerja Indonesianya enggan meneruskan kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan? Semalam pulak kedengaran cadangan memberikan cuti sehari bagi bibik-bibik di Malaysia serta cadangan kenaikan gaji atau gaji minimum bibik sebanyak RM800 sebulan .... Waduh !!!! Ku kira ini sudah naik tocang ni ….

Lagu Terang Bulan

Pembakaran Bendera dikatakan berpunca daripada kononnya membantah yang lagu Negaraku di ciplak daripada hasil usaha warga Indonesia. Benarkah begitu ? Kenapa sekarang baru diungkit jikapun benar ? Utusan Malaysia terbitan 5 September 2009 ada menyiarkan berita pengakuan waris pencipta lagu Terang Bulan, yang Presiden Indonesia pada masa itu iaitu Sukarno, meminta ayahnya Saiful Bahri memberikan lagu tersebut kepada Malaysia pada awal 1960an.

Apakah ini alasan Malaysia tidak kreatif sehingga perlu dapatkan bantuan luar … Agaknya lepas ini warga Indonesia akan mendabik dada, bukannya kontraktor itu dan ini yang membangunkan bangunan dan pencakar langit di Malaysia, tetapi pekerja-pekerja warga Indonesianya.

Tarian Pendet

Apakah benar gerakan ini dilahirkan daripada golongan remaja dan anak muda Indonesia yang dikira agak jumud kalaupun tidak masih dangkal. Mereka belum lahir pun waktu lagu Negaraku mula dijadikan Lagu Kebangsan Malaysia. Khabarnya warga Indonesia juga tidak puas hati dimana suatu tarian yang dinamakan Tarian Pendet telah dijadikan bahan promosi oleh saluran TV Discovery Channel dalam mempromosikan Malaysia, yang seolah-olah mengambarkan tarian tersebut adalah budaya Malaysia.

Apa kaitan rancangan tersebut dengan Kerajaan Malaysia ? Apakah Kerajaan Malaysia mempunyai saham dalam penyiaran rencana tersebut serta diberikan peluang melihat dahulu sebelum disiarkan ? Apakah kerajaan Indonesia tidak siasat dahulu sebelum Menteri Pelancongannya mula naik angin ? Nampak macam tidak pro … kalau pun tidak dikatakan sedikit bodoh !!!

Tidak dinafikan, warga Indonesi dan Malaysia mempunyai perkongsian budaya, etnik, agama, bahasa serta budaya. Kiranya hasil satu rumpun yang hampir sama berbanding dengan negara jiran Asia Tenggara lain selain Singapura dan Brunei, iaitu Thailand, Myanmar dan Filipina. Malah masih ada ikatan kekeluargaan dikalangan rakyatnya, malah arwah buyutku ( keluarga datukku ) pun berasal dari sana.

Kurang Bertamaddun

Tapi kebanyakkan warga Indonesia kulihat memang masih kurang bertamaddun. Teringat masa perlawanan akhir Badminton Piala Thomas antara Malaysia dengan Indonesia di Istora Senayan beberapa tahun dahulu. Bukan setakat pemain Malaysia ditekan dengan boo, ejekan serta stadium yang tidak terkawal, malaah habis diserbunya gelanggang apabila mereka menang 3-0, sedang ada baki 2 perlawanan lagi. Budaya tidak berdisiplin serta tidak mahu beratur oleh warga Indonesia apabila membeli belah atau membayar di Malaysia amat ketara. Pernah aku tegur supaya beratur, tapi di marahi pula aku. Biadap pulak. Kebanjiran mereka seterusnya mengundang masalah sosial di negara kita.

Pergeseran sesama jiran tidak dapat tidak boleh berlaku dari semasa ke semasa. Tuntutan bertindih sesuatu kawasan persempadanan dari dulu lagi berlarutan sehingga kini. Sekarang nie dikaitkan dengan isu-isu yang boleh dikatakan remeh seperti kisah cinta model dengan kerabat diraja Kelantan dan ungkit balik soal Sipadan.

Mereka lupa bagaimana warga Malaysia datang bantu Acheh yang ranap dengan Tsunami dulu, peranan pelancung Malayisa dalam memajukan sektor pelancongan di Indonesia serta peluang pekerjaan warganya di Malaysia ? Sejauh mana mereka mengambil kira soal pembantu rumah asing mereka di rumah-rumah warga Malaysia ? Begitu juga dengan perhubungan dagangan Malaysia-Indonesia.

Jadi bagaimana ?

Apakah hanya kerana tarian Pendet itu atau memang warga Indonesia generasi Y masih menaruh jalur kemarahan kepada Malaysia ? Apakah kita ataupun kerajaan Malaysia masih terus rela di hina walaupun oleh mereka yang dianggap dangkal itu ? Atau biarkan sahaja mereka dengan kedangkalan dan kejumudan itu. Biarkanlah kalau nak bakar Jalur Gemilang selori pun tak apa, asalkan rezeki harian tidak diganggu gugat. Sesuatu mesti dilakukan antara kedua-dua peringkat kerajaan secara musyawarah, tetapi takkan semua isu remeh temeh ini pun nak masuk dalam agenda ?

Apakah kejadian gempa bumi di Indonesia baru-baru ni, secara kebetulan akibat keceluparan sebahagian warganya terhadap Malaysia. Sedih juga mengenangkannya, namun semuanya ketentuan Allah jua.

Share:

Solat Jumaat Pertama Di Masjid Besi Sultan Mizan Putrajaya

Alhamdulillah, menjadi diantara yang pertama menunaikana solat Jumaat pertama di Masjid Besi Putrajaya pada 4 September 2009. Memang ramai yang nak merasa dan mungkin aku dikalangan 10 ribu orang, termasuk PM. Khabarnya Masjid tersebut boleh memuatkan seramai 20 ribu orang jemaah. Luaklah jemaah Masjid Putra lagu ini.

Khutbah Khas pertama telah disampaikan oleh Pengarah JAKIM. Dalam khutbahnya beliau menyeru agar penduduk dapat bersama mengimarahkan majis yang indah dan unik ini, supaya tidak terbiar sekadar menjadi tontonan pelancung. Masjid ini di bawah pentadbiran JAKIM. Sebelum pulang selepas solat, sempat bersalaman dengan PM.


Pada Jumaat sebelum puasa lalu, aku ada juga hadir ke masjid ini sebab dengar khabar solaat Jumaat pertama hendak didirikan. Tapi bila datang, kosong aje. Pernah juga aku ke sana untuk solat terawih sebelum ini. Memang menarik ...

Walaupun disediakan ruang parking di bawah dan sekitar masjid, namun untuk hari Jumaat tetap melimpah sampai ke bangunan-bangunan yang berdekatan. Problem jugak. Nampak juga macam kiosk-kiosk atau ruang niaga untuk peniaga barangkali di bahagian bawah, jalan keluar dari masjid.
Share:

Cuti Merdeka Besut 2009

Alhamdulillah, bersempena dengan kepulangan anakku Abdul Rahman dari Kanada, kami sekeluarga pulang bercuti di Besut pada cuti 31 Ogos yang lalu. Sekadar mengambil peluang cukup bilangan ahli keluarga setelah rasanya 2 tahun tidak begini. Rancanganku lepas ini hendak balik pula ke Johor. So perancangan cuti raya kami sekeluarga berubah tahun ini. Kebetulan juga Kakdi katanya final exam pada hari raya ke-3. Apalah pensyarah nie, tak raya ke ?

Tidak ingat bila last time balik Besut. Sebelum ini cuma balik sampai Kuala Terengganu sahaja. walaupun berbeza perjalanan dalam bulan puasa sianghari, namun tidak mengapalah. Asalkan hajat sampai dengan selamat, tercapai.

Hari Bertolak

Perjalanan mula tengahari Sabtu lantaran Kak Di ada exam pagi sabtu menjelang merdeka. Perjalanan awalnya kira agak lancar, cuma cabaran agak tinggi sebab ngantuk. Tapi selepas Gua Musang, sedang aku target dapat buka posa kat destinasi, tak kesampaian juga sebab jalan agak sibuk.

Singgah di Pasar Ramadhan Kuala Kerai dan berbuka di Machang. Tiba destinasi kira-kira jam 9.00 malam, orang sedang terawih. Keletihan, lepas solat terus tidur.

Hari Meround

Hari ini hari pertama buka sekolah di Terengganu. So pepagi ramai anak-anak ke sekolah. Awal pagi singgah tepi pantai Air Tawar then pergi ke Telok Bali Kelantan nak beli ikan di kompleks pasar tepi sungai tu.

Tapi rupanya tak buka lagi, katanya pukol 12 tengahari baru buka. Lantas singgah di Pasar Kuala Besut aje. Pelan tu nak adakan majlis berbuka posa dan doa selamat. Di Kuala Besut pun orait juga, ada apa yang hendak di beli. Lepas tu pergi Pekan Jertih.

Nampaknya Masjid Hadhari Jertih berdiri gah. Kiranya hasil jasa bekas Menteri Besarnya, Pok Derih Jusoh. Senibina Morocco jelas terserlah. Namun kecantikannya agak kontradik dengan bangunan sekitar yang uzur dan masih beratapkan zink. Walaupun pembangunan Jertih nampak semakin rancak, tetapi stesen bas masih dalam pembinaan dan berdinding macam tahun lepas lagi. Bila nak siap agaknya ?

Petang tu kami ajak sedara mara berbuka puasa bersama. Ambil kesempatan untuk majlis doa kesyukuran ringkas sempena kembalinya Rahman bercuti serta ulang tahun kelahirannya yang selisih dua hari dengan Kak Di. Keluarga Ayah Long, Che Ngah, Baba dan Pok Teh yang hadir.

Nampaknya bilangan ahli keluarga sudah tidak ramai, maklumlah masing-masing sudah duduk jauh, sama ada asrama sekolah, universiti atau kerja. Bubur lambuk, nekbat serta siakap pedas menjadi juadah utama. Kedengaran dam dam dum bunyi mercun dan bunga api. Dimana agaknya mereka memperolehinya ?

Malam dapat solat terawikh di surau berdekatan. Wah sudah banyak perubahan. Macam baru cat aje dindingnya. Selang 4 rekaat terawih ada tazkirah ringkas, then sambung 4 serta witir.

Hari Pulang 31 Ogos 2009

Pepagi mula berkemas, target jam 10.00 bertolak supaya dapat sempat buka posa di Putrajaya. Sempat merakamkan kenangan gambar beramai-ramai dengan Tok Ki dan Tok Wan.

Tapi banyak juga gangguan. Singgah situ dan sini. Sempat singgah di 'kilang' pengeluar keropok di Kuala Besut. Hari tu cuti, so takde orang buat. Pelbagai jenis keropok kering ada dijual dengan rega yang murah, maklumlah beli di kilang. Tapi taukehnya bukan main besar rumahnya yang terletak bersebelahan.

Perjalanan sehingga selepas Pekan Kuala Lipis kira OK. Tapi apabila nak masuk Raub, mula jem panjang dan begitu juga di Pekan Bentong. Masuk lebuhraya Karak-Gombak lagi teruk ... aduss ... ramainya kereta, macam suasana balik dari beraya sahaja. Akhirnya buka puasa di Greenwood aje dan maghrib di Masjid Batu Caves.
Share:

Ramadhanku Di Putrajaya

Buat pertama kalinya aku puasa di Putrajaya setelah berpindah sejak Jun 2009 yang lalu. Apa yang istimewa atau kelainananya ? Mungkin masih sukar nak diceritakan tambahan masih pada awal atau minggu pertama Ramadhan, tetapi ada beberapa pengalaman untuk dicoretkan di sini. Selain daripada makan bersama keluarga, aku kira yang menceriakan Ramadhanku sebelum ini ialah aktiviti di Surau Al-Hidayah. Terasa kerinduan dengan suasana dan kemeriahan surau lamaku.

Kebetulan cuti sekolah, maka jalan pun agak clear waktu pagi. Cuma bila nak keluar pejabat dari Putrajaya balik ke rumah waktu petang, jam teruk nampaknya. Memasing nak kejar time waktu buka puasa di rumah bersama keluarga. Masalah pulak nak kejutkan sahur. Nampaknya isteriku terpaksa gunakan talipon dari tingkat bawah untuk kejutkan satu demi satu ahli keluarga bangun untuk bersahur. Yealah, takkan nak terjerit-jerit dari tingkat bawah. Nanti orang sebelah dengar pulak ... ha ! ha !

Bazar Ramadhan

Apakah ini yang dikatakan kemeriahan Ramadhan bagi Umat Melayu ? Satu-satunya Bazar Ramadhan Putrajaya berada di tapak yang sama dengan Pasar Malam Putrajaya. Fuh !! Bersesak macam pesta membeli belah nampaknya. Ramainya tidak macam pasar malam biasa. Walaupun terdapat pelbagai juadah dijual, namun aku tidak kisah sangat hal juadah berbuka.

Tetapi yang aku kira menariknya di Bazar ini ialah terdapat banyak gerai yang pembelinya siap beratur panjang untuk mendapatkan giliran membeli / mendapatkan juadah yang dikehendaki. Bagus dan berdisiplin rakyat 1Malaysia ... Tapi nampaknya macam kat gerai jual ikan bakar dan ayam panggang sahaja. Sama ada memang itu yang favorite atau memang masakan gerai tersebut sedap. Sebabnya ada juga gerai laian jual yang sedemikian, tetapi tak ada orang beratur pun ..

Rahman Balik Bercuti

Mungkin ini menceriakan suasana Ramadhan kami tahun ini. Rahman balik bercuti, sampai KLIA 24 Ogos dan bertolak pulang ke Edmonton Kanada nanti pada 10 Ogos nanti. Dua tahun kami tidak bersama Rahman. Nampak perubahan ketara sebab sudah naik remaja, sedikit talkative dan ceria bersama anak-anakku yang lain. Anak-anakku yang lain siap buat ’baner’ sambutan kepulangan.

Kami ambil kesempatan berbuka puasa di Taman Warisan Pertanian. Suatu yang amat jarang kami sekeluarga lakukan, iaitu berbuka puasa di ’luar’. Lepas ini plan nak bawa Rahman balik kampung Terengganu dan Johor.

Sebagai Pengerusi Penaja Surau P14

Teringat pada awal pindah ke Saujana Utama, hari ke-2 Ramadhan 2000. Malam pertama di Saujana Utama dah kena jadi imam terawih. Ketika itu, penduduk sekitar 25 keluarga sahaja. Tapi di sini, 4 hari sebelum masuk Ramadhan entah secara kebetulan or nasib tidak menyebelahiku, ‘terlantik ‘ sebagai Pengerusi Penaja Surau P14. Tak mengapalah sebagai penaja sahaja dan aku kira sementara sahaja, sebab aku kira ramai lagi yang lebih layak di Precint 14, Datuk/Dato’/Tan Sri serta Pegawai Kanan Kerajaan ramai di sini.

Yang penting dengan barisan AJK yang ada, dapat kami merancang persiapan sekadarnya menjelang Ramadhan. Tidak dapat banyak yang berjaya dilakukan, solat terawikh dengan imam tahfidz jemputan, makluman kepada penduduk, dapatkan tambahan kipas untuk keselesaan jemaah serta rayuan sumbangan. Kami hanya mengunapakai bangunan Surau SMK Prescint 14(1) yang juga dinamakan sebagai Surau As-Syakirin, sejak akhir Mei 2009.

Terawih 20 rekaat dan 8 rekaat pertama surau kira hampir penoh. Lepas 8 rekaat, hanya tinggal ¾ saf sahaja. Bila 20 rekaat, nampak banyak aktiviti terbatas, tadarrus dan tazkirah payah nak diselitkan. Tapi itu keputusan AJK masa mesyuarat penubuhan penaja. Moreh pun masih kurang dapat sambutan. Pinggan mangkuk jug air serta cawan masih belom ada. Tambahan pula, takde stor !!!

Namun aku kira kesempatan gunakan surau sekolah nie, boleh buat aktiviti bersama pihak sekolah yang melibatkan remaja atau pelajar. Selain itu, perkara utama ialah bagaimana meningkatkan kehadiran para jemaah dalam solat fardhu lain serta mengerakkan pembinaan bangunan kekal Surau P14 dengan pihak berwajib. Khabarnya tapak sudah ada. Yang penting sekarang kena buat surat perletakan jawatan di Surau Al-Hidayah Saujana Utama serta jawatan-jawatan lain .... ha ! ha

Solat Terawih Di Masjid Besi

Masjid Sultan Tunku Mizan mula digunakan pada malam 1 Ramadhan untuk terawih. Aku sekeluarga ambil kesempatan solat di sana pada hari Selasa 25 Ogos 2009 untuk merasa pengalaman masjid baru yang khabarnya boleh memuatkan 20K para jemaah.

Wah memang besar dan menarik. Jemaah memang ramai, tapi tak dapat aku agak jumlahnya. Bacaan Imam Terawih jemputan dari Syria malam itu sungguh sedap. Tidak terasa penat atau tidak selesa walaupun 20 rekaat. Sistem siarayanya jelas. Walaupun takde aircond atau kipas namun takdelah panas sangat. Mungkin air tasik dan kolam sekitar masjid tersebut mendinginkan ruang utama solat yang seperti takde dinding

Since namanya masjid besi dan dikatakan menggunakan 70 strukturny a daripada besi keluli, aku serta ramai lagi kelihatan asyik mengetuk-ngetuk tiang or dinding. Mungkin sama keinginan dengan ku untuk pastikan betol ke besi. Tapi sebenarny a tidak nampak sangat atau terasa besinya. Mungkin struktur dalaman atau binaan sebelah atas yang tidak terketok oleh tangan.

Melaksanakan Kerja Di Luar Stesen

Aku dijangkakan berada di luar rumah atau ofis ku selama 3 minggu bagi melaksanakan tugasan jabatanku, sehingga 16 September 2009 atau nak dekat raya. Maknanya buka dan sahur di hotel. Tetapi weekend balik rumah juga. Nampaknya kuranglah solat terawih berjemaah aku tahun ini. Mungkin agak rugi juga, kureng peluang nak dapat banyak pahala. Tetapi untuk berjemaah, banyak masjid bersekitaran menjadi pilihanku untuk solat suboh.

Berbuka posa di hotel ini giler betol .... macam pesta makanan aje. Tapi aku terpaksa kontrol diri aku demi keselesaan dan kesihatan. Kalau dulu aku sering tolak berbuka posa di hotel-hotel, tapi kini terpaksa hari hari nampaknya. Tapi tidak hari-hari hidangan secara buffet, ada juga yang pakai hidang ikut ’Chef choice’. Sekali tu makan ala Jepun di Restoran Jepun. Aduss ... nak muntah dibuatnya, tetapi makan ajelah sebab sudah lapar.

Sahur pulak tidak seperti masa selalu breakfast dengan pelbagai hidangan. Hidangan macam itu aje, nasi dengan lauk pauk, bubur nasi, salad, kuih serta roti. Tak semangat dibuatnya, tetapi makan jugalah untuk ambik berkat bersahur.


Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.