skip to main skip to sidebar

Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini. Sudi-sudikanlah Singgah Selalu.

Rencah Familiku

  • Rahman Missed Flight
  • Konvo UTP Kak Yong
  • Konvo DQ Ke-28
  • Kak Di Masuk Matrik UIA
  • Putrayaja Here I Am
  • Putrajaya Call Off
  • Putrajaya I'm Coming 3
  • Putrajaya I'm Coming 2
  • Putrajaya I'm Coming
  • Kak Di Khatam Hafazan
  • Tahniah Al-Kauthar
  • Boling Raya Guru SMKSU
  • Aidil Fitri 1429H Rahman
  • Terima Kasih SAMBEST
  • Kak Di 11A SPM 07
  • Kak Di Ke Darul Quran
  • Hari Pertama Shawal 1428H
  • Hari Ke-3 Shawal 1428H
  • Hari Ke-4 Shawal 1428H
  • Hari Ke-5 Shawal 1428H
  • Hari Ke-2 Shawal 1428H
  • Hari Ke-6 Shawal 1428H
  • Selamat Jalan Abang Man
  • Graduation Day Rahman
  • Hendak Sekolah Mana ?
  • Lengkap Tradisi UPSR 5A

Cetusanku

  • 31 Ogos 2009 Yang Lesu
  • Demontrasi Mansuh ISA
  • Bersyukur Masih Ada Kerja
  • Apa Masalah PPSMI ?
  • Harapkan Sentuhan Obama
  • Gerhana Matahari
  • TESCO Penyumbang Israel
  • Pakaian Punca Dirogol
  • Debat Turun Harga Minyak
  • Kedatangan Chelsea ...
  • Selesai sudah PRU12
  • Kenangan PRU12
  • Tiupan Nafiri PRU12
  • Finalist Nasyid IKIM
  • Tol naik lagi
  • PS vs PK
  • PS vs PK Lagi
  • Lagi-Lagi PS vs PK

Ke Mekah ???

  • Kursus Haji Perdana
  • Kursus Haji Intensif
  • Ke Mekah Tahun 2009 ?
  • Kursus Haji Bersiri

Surau Al-Hidayah & KIDaS

  • Karnival Ke Surau Terakhir
  • Aqiqah Perdana 2009
  • Hari Muslimat 2009
  • Sekitar Korban 1429H
  • Jamuan Raya Surau 1429H
  • Surau Jumaat Al-Hidayah ?
  • Bengkel Smart Solat
  • Kertas Kerja Jom Ke Surau ?
  • Hari Keluarga Al-Hidayah 08
  • Selamat Tinggal Kontena ?
  • KAFA vs Xtvt Ko-Ko SK
  • KIDaS vs Kempen PRU12
  • Hala Tuju KIDaS I
  • Hala Tuju KIDaS II
  • Nama KIDaS VS Al-Hidayah
  • Postmortem Nasyid Pra Sekolah

Esklusif ...

  • The World's Greatest Holes
  • Almarhum Dr Fathi Yakan
  • Bantera Nabi Nuh Ditemui
  • Konspirasi Pembunuhan JFK
  • Kemelut Sidang Dun Perak
  • Permata Perak ?
  • Sembah Derhaka ?
  • Karamah Mujahideen Gaza
  • Pengijazahan Darussyifa K20
  • Air Sebagai Perawat
  • Dr Harun Mimpi Rasulullah
  • Bersama MP Padang Terap
  • Akhil Hayy Waheeda Kantoi
  • Dato' Ishak Baharom Meninggal

Hikmah Kembara

  • Nilai 3 Apa Istimewanya ?
  • Cuti Merdeka Besut 09
  • Pasar Malam Putrajaya
  • Sepetang di PCB
  • Pekan Seramik Air Hitam
  • Ziarah Makam Habib Noh
  • Marina Barrage
  • Singapore Flyer
  • Tren Batu Gajah-Sg Buloh
  • Restoran Ikan Bakar Jeram
  • Di Tree Steak House
  • Ke Bukit Melawati
  • Mentarang Rezeki Tsunami
  • Kelip-Kelip Kg Kuantan
  • Di JB 18-20 Nov 2008
  • Maha 2008
  • Berbulan Madu Ke Kuching
  • Photo Outing ...
  • Firefly Ke Langkawi
  • LIMA 2007
  • Langkawi 2007
  • Ke Genting Highlands
  • Amsterdam 8 Okt 2006
  • Amsterdam 9 Okt 2006
  • Amsterdam 10 Okt 2006
  • Amsterdam 11 Okt 2006
  • Amsterdam 12 Okt 2006

Teknologi & Kursus

  • Strategic Human Capital
  • Bengkel Knowledge Managament
  • OSS Semakin Matang ...
  • Kursus Change Management
  • Transaksi On-line
  • IPV6 : Tidak dapat tidak ....
  • Persidangan GIS Ke-3
  • Kenangan di WCIT 2008

Dunia Nasyid

  • Ustaz Asri Pergi Tak Kembali
  • Azhan - Ku Milik Mu
  • Album N.I.C.E
  • Menasyidkan Semula Nasyid
  • Finalis Carta IKIM 08
  • Album Ke-2 Akhil Hayy

Ustaz Asri Robbani Dalam Kenangan

JPJ OH JPJ ....

  • Tadarus, Khatam Quran & Berbuka Puasa JPJ WP 1430H
  • Menghadapi Disaster ICT
  • ITIS & Perkongsian Maklumat
  • Pelancaran Pelan Integriti
  • Status Data Center
  • Projek JPJ ACE Meletup !!
  • Pelancaran Kad Kredit
  • Penutupan Revamp Fasa I
  • Persaraan Datuk Emran

Dunia Buku

  • Pesta Buku Selangor 2009
  • KLIBF & Hari Buku Sedunia 2009
  • Iskandar Bukan Zulkarnain
  • Kawal Berat Badan
  • KLIBF 2008
  • Pesta Buku Selangor 2008

Koleksi Artikel

  • Islam Sebagai Cara Hidup ...
  • Kelebihan Solat Berjemaah
  • Muhasabah Ramadhan
  • Untuk Siapa Aidil Fitri
  • Kemesraan Rumahtangga Rasulullah
  • 21 Pedoman Buat Isteri
  • Hargai Isteri Anda
  • 50 Langkah Suami Mithali
  • Anda Mencintai Rasulullah ?
  • Anak Cemerlang
  • Langkah Bistari Suami Mithali
  • Tegakkan Keluarga Muslim
  • Masuk Islam Keseluruhannya
  • Memperingati Kewafatan Rasulullah

Boikot Product Belanda

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

Sumber: PPIM

Kendatipun sekadar catatan peribadi ...

Thursday, January 31, 2008

Dato' Ishak Baharom Meninggal



Tetiba dapat SMS yang Dato’ Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor sedang koma di Hospital Sungai Buloh dan keesokannya meninggal dunia. Lama tak dengar cerita beliau. Pernah juga nak bawa ke Surau Al-Hidayah, tapi tidak kesampaian. Nampaknya beliau telah pergi. Aku berkesempatan menunggu jenazah beliau di Masjid Shah Alam seawal 9.00 pagi. Jenazah tiba jam 10 pagi, diikuti dengan tahlil dan sembahyang jenazah. Orang ramai di Masjid Negrri Shah Alam. Turut kelihatan Mat Taib ( ex MB Selangor ), Dr Badrul Amin, Ustaz Ahmad Awang, Dr Syed Azman ( ex-MP Kuala Terengganu ), Ustad Farid Ravi, penyanyi Nasyid Hijjaz. Masa bersalaman dengan Sdra Isman Hijjaz, 'Masya'allah ... ramainya', bisik beliau. Memang menyayukan hati, pergi seorang yang begitu dihormati. Sebelum bertolak dari masjid ke tanah perkuburan, laungan Takbir 'Allahu Akbar' bergema 3 kali. Pengkebumian selesai kira-kira 11.00 pagi. Selepas selesai talqin, bergema lagi takbir 3 kali ...



dari www.bharian.com.my 31 Januari 2008

BEKAS Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rasmi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB), petang semalam, adalah seorang tokoh agama yang dihormati, bukan saja di Selangor, malah di seluruh negara.

Beliau dilantik sebagai mufti kelima di Jabatan Mufti Selangor secara kontrak pada 16 Ogos 1985, ketika berusia 58 tahun, iaitu tiga tahun selepas bersara sebagai guru agama. Kontrak Ishak, anak kelahiran Kanchong Darat, Banting, ditamatkan pada 1997, atas faktor usia.

Ishak, adalah anak pasangan Baharom Jabar yang berasal dari Banjarmasin, Sumatera dan Fatimah Junid, yang berasal dari Melaka. Beliau yang mempunyai lima adik beradik mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Maznah Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak, Shahmun, Nawal dan Ahmad Fuad.

Pada Julai 1994, Maznah meninggal dunia ketika berusia 50 tahun selepas berada dalam keadaan koma ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Beberapa tahun selepas kematian Maznah, Ishak berkahwin dengan seorang pegawai tadbir di Jabatan Pendidikan Selangor, Khalijah Abdullah, 48, dan mereka mengambil anak angkat, Nasim, yang kini berusia dua setengah tahun.

Ishak bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 hingga 1941 dan pada 1945, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Prai, Pulau Pinang, sebelum melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India. Beliau digantikan Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid sebagai mufti Selangor pada 1998 dan berkhidmat sehingga kini.

Sepanjang Ishak menjadi mufti selama 12 tahun, beliau terpaksa melalui pelbagai kontroversi. Antaranya ialah apabila beliau menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan tiga gadis Islam yang juga model sambilan, menyertai satu pertandingan ratu cantik pada 1997. Pendirian tegas beliau bukan saja menyebabkan ramai pihak terkejut, ada yang mempertikaikan tindakan Jais.

Ia juga menimbulkan satu lagi kontroversi, apabila akhbar lidah rasmi Pas, Harakah, melaporkan Ishak menuduh iman Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai terpesong berikutan kenyataan Dr Mahathir mengenai kes penangkapan tiga peserta terbabit.

Lanjutan daripada laporan Harakah itu, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tersinggung dengan kenyataan Ishak, namun isu berkenaan dianggap selesai selepas Ishak menjelaskan keadaan sebenar. Pun begitu, tidak lama kemudian, Ishak melahirkan rasa sedih dan kekesalannya kerana tiada seorang pun pemimpin kerajaan negeri yang mempertahankan tindakan Jais menahan ketiga-tiga gadis itu.

Kenyataan Ishak itu dikatakan dibuatnya ketika beliau menyampaikan satu ceramah di Masjid Az-Zubir Ibnu Al-Awwam di Cheras. Ketegasan Ishak dalam isu membabitkan akidah dan cara hidup umat Islam di Selangor memang sudah diketahui sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai mufti.

Pada awal 1996, Ishak mengeluarkan kenyataan mengharamkan perbuatan merokok di kalangan umat Islam. Beliau yang juga Pengerusi Perunding Hukum Syarak Selangor ketika itu, memberi penjelasan bahawa ada bukti kukuh mengapa perbuatan merokok dianggap sebagai haram. Antara alasan yang diberikan ialah ia membahayakan kesihatan dan hakikat itu sudah diakui pakar kesihatan sendiri.

Ishak juga pernah membuat kenyataan bahawa pinjaman yang dibuat penjaja dan peniaga kecil Melayu daripada along atau ceti haram menunjukkan mereka tidak mengambil berat soal halal haram hingga sanggup membuat pinjaman atau berurusan dengan mereka.

Ishak menegaskan bahawa perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak kerana ia ada unsur riba yang hukumnya adalah dosa besar. Sepanjang beliau menjadi mufti sehingga ke akhir hayatnya, Ishak menjadi penceramah dan pendakwah bebas walaupun beliau pernah diharamkan kerajaan Selangor, daripada menyampaikan ceramah di masjid dan surau negeri itu pada November 1998. Bagaimanapun, larangan itu ditarik balik pada Februari 1999.

Secara peribadi, Ishak berpegang kepada prinsip jika kita berbuat baik kepada orang tanpa mengira kaum dan keturunan, Tuhan akan membalas perbuatan dengan balasan yang baik.

Selain itu, Ishak percaya setiap individu tidak perlu berkira untuk membantu atau berkorban kepada individu lain asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran agama dan berada di jalan yang benar. Biarpun Ishak sering berdepan dengan pelbagai kontroversi, dengan prinsip yang dipegangnya sepanjang hayat beliau, Ishak tetap disayangi keluarga dan orang yang mengenalinya sehingga akhir hayat beliau.

Ishak menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dirawat di HSB akibat pendarahan dalam otak selepas tidak sedarkan diri sejak pagi kelmarin, kira-kira 30 hari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-80 tahun pada 1 Januari lalu.

PROFIL Ishak Baharom

Beliau dilantik sebagai mufti kelima di Jabatan Mufti Selangor secara kontrak pada 16 Ogos 1985, ketika berusia 58 tahun, iaitu tiga tahun selepas bersara sebagai guru agama.

Kontrak Ishak, anak kelahiran Kanchong Darat, Banting, ditamatkan pada 1997, atas faktor usia.
Ishak adalah anak pasangan Baharom Jabar yang berasal dari Banjarmasin, Sumatera dan Fatimah Junid, berasal dari Melaka.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Maznah Yusuf dan dikurniakan tiga anak, Shahmun, Nawal dan Ahmad Fuad.

Ishak berkahwin dengan Khalijah Abdullah, 48, selepas kematian Maznah.

dari www.harakahdaily.net pulak 30 Januari 2008 ....


Ishak Baharom tegas menegakkan hukum

Nyza Ayob Thu Jan 31, 08 11:19:17 am MYT
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - "Sungguhpun Almarhum pendiam, beliau berpendirian tegas. Jika sesuatu perkara itu salah, salahlah katanya. Kerana ketegasannya itu, Almarhum dipecat daripada jawatannya walaupun perkhidmatannya baru disambung. Pemergiannya juga sewaktu dalam perjuangan Islam."
-->
Demikian gambaran mengenai Bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom seperti diberitahu oleh sahabat baiknya, Ustaz Ahmad Awang yang juga Naib Presiden PAS ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Ustaz Ahmad berkata beliau mengenali Almarhum sewaktu memegang jawatan Pengarah Pusat Penyelidikan Islam.

Sebagai ahli 'ex-officio' dalam Majlis Fatwa Kebangsaan, Ustaz Ahmad turut serta dalam mesyuarat majlis tersebut yang dianggotai kalangan mufti. Katanya, Almarhum sangat dihormati di kalangan ahli Majlis Fatwa Kebangsan dan mufti kerana sikap dan pandangannya yang bernas dalam mengutarakan sesuatu perkara khususnya berkaitan hukum.

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Almarhum telah dipecat daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Ustaz Ahmad berkata sungguhpun Almarhum tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas. Sumbangan idea dan pemikirannya berterusan apabila Almarhum bergiat cergas dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik ahli Majlis Syura Ulama PAS bagi tempoh dua penggal iaitu 2003-2005 dan 2005-2007.

Ustaz Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum dan mendoakankan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat-Nya.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Mohamad Hashim Yahya berkata Almarhum seorang sangat alim, tinggi ilmu agama dan tinggi akhlaknya. Beliau adalah murid Almarhum sewaktu menuntut di Madrasah Masyriyah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Mohamad Hashim berkata, hubungan mereka berterusan biarpun Allahyarham melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Darul Ulum, India dan kembali ke tanah air sebelum menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985. Mohamad Hashim berkata Almarhum berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutama yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar.

Almarhum Ishak dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatera manakala ibunya Hajah Fatimah Haji Junid berasal dari Melaka. Almarhum meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak. Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat pada 1935-1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama dua tahun.

Pada 1945, Almarhum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum. Jawatan terakhir Almarhum sebelum dilantik Mufti Selangor pada 1985 adalah Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Almarhum meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari semalam selepas tidak sedarkan diri akibat masalah tekanan darah. - lanh.

Collapse...

Ingin beri komen ?


Selamat Hari Raya

Gelintar Blog Ini ...

Loading...

Demi Masa!!

Jerit Sekuat Hati


Radio & TV Online

Panduan Haji & Umrah

  • Arafah On-Line
  • Dalil Al-Haj
  • Hajj Al-Islam
  • Masjid Al-Azim
  • Tanbihul Ghafilin
  • Video Mekah & Madinah

Blog Keluarga

  • ~Pencarianku~
    ini ..
    3 hours ago
  • Tough times don't last, Tough people do!
    Niat ditangguhkan..
    2 days ago
  • pko
    chaos
    1 week ago
  • Blog Keluarga Hjh Alimah Hj Dayat
    5 weeks ago
  • Laman Blog Famili Hj Awang
    Cuti Merdeka Besut 2009
    2 months ago
  • Cerita Keluarga Dayat
    Asmah di Sarawak
    8 months ago

My Blog List

  • al-banjari online 2009
    Mampukah PAS dipandang mulia dan menjadi penyelamat ?
    49 minutes ago
  • N45 Dr Halimah Ali
    SELANGOR BUAT SIRI PENDEDAHAN PENYELEWENGAN
    2 hours ago
  • Muslimeen United
    Isteri Datuk Kamarudin meninggal dunia
    2 hours ago
  • Merah Tinta MSO
    Celoteh Murai 57
    3 hours ago
  • CINA ISLAM (林川興)
    Fikrah Islamiah berwajah baru
    6 hours ago
  • Pahang Daily Online
    Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
    6 hours ago
  • SIASAH
    Kenyataan Media Wanita Keadilan: Bajet Selangor berimbang
    6 hours ago
  • ~penarik beca
    Bila Najib jadi pembohong besar
    9 hours ago
  • Bersama Mazidul
    Awe Oh! Awe
    12 hours ago
  • Roslan SMS Corner
    12 hours ago
  • Episode Sebuah Perjuangan
    Mengurus Persepsi . vol 3
    13 hours ago
  • Saifulislam.Com
    ‘Call Me Irresponsible’
    21 hours ago
  • Dato Seri Dr Shahidan Kassim
    Buktikan Perlis Amal Fahaman Wahabi
    23 hours ago
  • ...SemBanG - SemBanG BersaMa OraNg KaMpOnG
    GeLaNdAnGaN...
    1 day ago
  • Che Det
    Ahli Sunnah Wal Jamaah
    1 day ago
  • Dr Mohamad Khir Toyo
    Silap Mata Kerajaan Negeri Selangor: RM 392 juta berpusing-pusing, RM 1 juta lesap?
    1 day ago
  • The Scribe A Kadir Jasin
    A Banggol I Can Call My Own
    2 days ago
  • Kamparin
    PERBICARAAN MUKTAMAD DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN -5 NOV 2009
    1 week ago
  • kudakepang
    Sekat Kemunculan Broker Kuasa Di Peringkat Negeri Dan Bahagian
    3 weeks ago
  • Koleksi Minda Dr Maza
    11/10/09 - Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
    4 weeks ago

Blog Tazkirah

  • LaMaN SeRi MaYa PeRSaDa ®
    Jimak berapa lama boleh ditinggalkan?
    4 hours ago
  • Fikrah Islamiah
    Fikrah Islamiah berwajah baru
    1 day ago
  • SAUJANA HIKMAH
    Tazkirah
    3 days ago
  • FIQH & SUNNAH
    165 - Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi'e
    1 week ago
  • Abu zahran online
    2 asas perjuangan.
    1 week ago
  • [::AlmansuQie ::] Jadikan AlQuran & Sunnah Sebagai Pegangan
    Dalam Kenangan.. Al Fatihah..
    3 months ago
  • KELUARGA AMBUYAT EL-BINANGKIT
    Matlamat HAMAS hapus penjajahan, jaga keselamatan Mesir.
    6 months ago
  • Koleksi Tazkirah Perjalanan hidupku
    1 year ago

Ada-Ada Saja ...

  • Damn Cool Pics
    Crazy Chinese Bus Drivers
    1 hour ago
  • UNUSUAL THINGs
    Awesome Modified Car Drives on Snow
    17 hours ago
  • Panduan Untuk Blogger
    Bagaimana Jadikan Blog Sebagai 'Private'
    4 days ago
  • Laman Kesihatan
    Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan
    5 days ago
  • PC Repair Station Malaysia
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri (Eid Mubarak Celebration)
    1 month ago
  • Blog untuk semua
    Test PHP kod
    2 months ago
  • Dunia Reka - Rekabentuk, Automotif dan Senibina terkini
    BMW Konsep Vision EfficientDynamics
    2 months ago

Pautan Pilihan

  • Al-Ahkam Net
  • Aqidah Wa Manhaj
  • Darussyifa'
  • KL Pos
  • Tranungkite
  • Maybank2U
  • Kedai Buku On-Line
  • Yahoo Malaysia
  • Al-Jazeera
  • Saujanautama.net
  • Surau Al-Hidayah
  • KAFA Darul Syahadah

Karnival Jom Ke Surau 5

Rahman Main Snowboard

Aku di TV3 - 28/3/07


Gambar & Peristiwa

Gambar & Peristiwa
Menyampaikan ucapan penghargaan & terima kasih kepada para jemaah Jumaat di Surau Al-Hidayah pada Jumaat terakhir Ramadhan - 18 September 2009

Khatam Al-Quran Surau Al-Hidayah Ramadhan 1430H - 12 Sept 2009

Kenangan Balik Bercuti Merdeka 2009 di Besut Terengganu

Menyertai Bowling @ Saujanautama.net Pada 12 April 2009

Di Marina Barrage & Singapore Flyer Pada 16 Mac 2009 Sempena Walimatul Urus Nek Amah

Tukar Kawasan Mengundi Sempena Hari Muslimat Surau Al-Hidayah Pada 11 Januari 2009

Mengikuti Siaran Langsung Konsert Program Realiti TV Akademi Nasyid Di Plaza Alam Sentral Pada 2 Ogos 2008

Mengikuti World Congress On ICT 08 Di KLCC Pada 18 - 22 Mei 2008

Pada Hari Keluarga Surau Al-Hidayah Di Kalumang Resort Pada 18 Mei 2008

Temuramah TV3 Sempena Perasmian Bangunan KIDaS 15 Jun 2008

Hari Menjana Kecemerlangan SMKSU ( Repord Kad ) Pada 27 Jun 2008

'Berbulan Madu' Di Kuching Sarawak Pada 26 April 2008

Bengkel PengurusanStrategik Surau Al-Hidayah Di Dusun Eco Resort Nov 2007

Naik Firefly Ke Langkawi For The First Time Pada 1 Dec 2007

Naik Gunung Mat Chincang Langkawi Dengan Cable Car Pada 5 Jun 2007

Majlis Pelanacaran Saujanautama.net Julai 2007

Di Menara Condong Teluk Intan Pada 8 Mac 2007 Dari Taklimat Pelaksanan Lesen Memandu Mykad

Melepaskan Peserta Walkathon Amal KIDaS Bersama YB Daud Tariheap Pada 9 Sept 2007

Parent Teacher Day Di Kolej Taylor Pada 31 Januari 2007

Lawatan & Seminar eGoverment Di Amsterdam Sept 2006 Walaupun Baru Seminggu Kemalangan Patah Tulang Clavikal

Ke Genting Highland 2006 Sempena Hari Kualiti Jabatan

Sekeluarga Ke Zoo Taiping Pada 3 Jun 2006
Loading...