Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang diadakan pada 19 hingga 28 Mac 2010 dikatakan menjadi yang terbesar pernah diadakan di Malaysia. Perkiraan ini adalah berdasarkan bilangan ruang pemaran serta syarikt yang menyertainya. Sebanyak 856 ruang pameran dibuka yang melibatkan 211 syarikat penerbitan termasuk 20 daripada luar negara. Atas kapasiti ini juga, ianya dikatakan bakal menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun sebelumnya.
Aku serta dua anakku berkesempatan mengunjungi pada sebelah petang hari pertama pesta dibuka. Ini lantaran keesokannya, anakku Kausar akan kembali balik semula ke asrama di MRSM Langkawi untuk memulakan sesi persekolahan pada hari Ahad ini setelah seminggu cuti Pertengahan Semester.
Memang ramai orang ketika aku ke sana, namun tidaklah sesak sangat. Mungkin hari pertama dan hari bekerja pulaktu. Kalau weekend tentunya bersesak apabila ibubapa membawa anak masing-masing mengunjungi pesta ini. Ini suatu tabiat yang baik dalam membudayakan anak-anak supaya suka membaca. Malah peluang datang ke pesta buku sememangnya suatu pengalaman yang sangat menarik lantaran terdapat banyak gerai-gerai yang bukan sahaja menjual pelbagai jenis bahan bacaan yang menarik bahkan dijual pada kadar istimewa.
Seperti biasa Pesta Buku adalah peluang untuk membeli buku dengan kadar yang istimewa, serta peluang bertemu dengan selebriti atau penulis. Namun aku termiss sessi bersama Sasterawan Negara A. Samad Said di gerai Institut Terjemahan Negara petang itu. Yang lain takdelah aku terjumpa, selain temah-teman dari Saujana Utama. Dr Fadzly nampaknya sibuk mempromosikan produk Kamus Elektronik Besta yang beliau menjadi Dutanya.
Namun terasa bahawa tiada apa yang begitu istimewa buatku pada kali ini. Bagi penerbit, mereka mampu menjual buku terbitannya sehingga 25% diskaun. Namun bagi penjual, nampaknya setakat 10% sahaja diskaun. Beberapa buku baru yang memang aku nak beli nampaknya tidak kutemui, termasuk di gerai penerbitnya. Tak kan baru setengah hari sudah habis stok ?
Polis temui 12 mayat ditanam berhampiran kuil di Bangkok
4 minutes ago
3 Komen:
salam tn hj.....di putrajaya sendiri tak ada ke sesiapa yg menganjurkan pesta buku terutama di alamanda......satu lg nak tanya tn hj. kenapa tn hj. satu keluarga boikot alamanda tu.....saja nak tahu jer sebab setiap kali balik bercuti di malaysia saya pasti akan pergi ke kedai buku MPH di alamanda bersama keluarga.
setakat diketahui takde pesta buku, tapi pernah MPH buat di ruang legar dalam Alamanda ... Eh syeikh, ana tak kata boikot Alamanda, cuma nak cuba boikot Carefour saja ... di MPH Alamanda tak banyak pilihan buku untuk sekolah, selalu ke Kedai Syabab Kompleks PKNS, jadi ahli dpt diskaun 15%
terima kasih tn hj. atas penjelasan mengenai alamanda tersebut....saya pun pernah ke kedai buku syabab di bangi tu....memang banyak buku-buku sekolah kat situ...juga banyak buku-buku agama....
Post a Comment