Berasak-asak @ Pesta Buku Antarabangsa KL 2012
Saban tahun diadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di bangunan PWTC. Untuk tahun 2012, ianya diadakan pada 27 April hingga 6 Mei 2012. Aku berkesempatan ke sana pada 1 Mei 2012. Mungkin itulah masa yang terluang untuk ke sana, lantaran ianya juga hari cuti sempena Hari Pekerja. Rupanya ramai yang sefikiran denganku, hadir pada 1 Mei kerana hari tersebut adalah hari cuti. Akibatnya, jadi sesaklah kat Pesta Buku tersebut. Aku kira sesak giler, berbanding dengan pengalaman mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL pada tahun-tahun sebelum ini.
Lalu tercetus dalam mindaku, kalau begini lebih baik beli secara on-line menerusi internet. Daripada berasak-asak, nak bergerak pun payah, nak memilih buku pun susah apatah lagi nak bayar kena beratur panjang. Itupun nasib baik telah ada senarai buku yang hendak dibeli. Kalau pakai ingat dalam minda sebelum sampai, tentu jadi hilang ingatan mengenai buku apa yang hendak dibeli.
Beli menerusi internet pun ada diskaun dan kadang-kadang belanja pos pun percuma. Berbanding kalau beli di pesta buku yang memang ada diskaun, tetapi kalau dikira dengan belanja minyak, tambang teksi, bus atau komuter ? itu belum dikira dengan masa yang diambil. Atau mungkin takpe kalau nak dikira masa diluangkan di pesta buku tu menjadi ibadah, atas alasan mencari ilmu.
Bagiku hadir ke pesta buku selalu dikaitkan dengan peluang bertemu dengan penulis. Inilah masa diadakan pelancaran buku oleh penulis atau ulasan buku oleh tokoh-tokoh tertentu. Masa inilah juga mereka akan turun bertemu peminat atau orang ramai. Mungkin ada tawaran tambahan sekiranya membuat langganan atau membeli dalam kuantiti yang banyak.
Untuk pesta buku kali ini aku sebenarnya cuba-cuba meninjau harga beberapa set buku atau kitab tafsir terbitan Indonesia yang ingin aku miliki. Namun ternyata, membelinya secara on-line atau di mudah.com, aku boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah, siap hantar ke rumah lagi.
Namun sebenarnya kesesakan di pesta buku 2012 lalu hanya di kawasan atau dewan pameran tertentu sahaja, iaitu khusus bagi penerbit yang dianggap popular di negara ini. Di dewan pameran lain, suasana tidaklah sesak sangat malah berpeluang membuat pilihan dengan selesa.
Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 telah berlalu, kini masa untuk membaca buku yang dibeli. APakah benar kadar membaca dikalangan rakyat Malaysia telah meningkat. Ataukah bilangan pembeli buku lalu disimpan saja sebagai koleksi yang bertambah ?
1 Komen:
hmmm memang sesak hari tu saya pergi pun tak sesesak ni hari ahad minggu yg pertama,dekat tempat karangkraft tu pun tak seramai tu elok je nak pilih buku2 sbb tak adalah smpai berhimpit-himpit.
Post a Comment