Restoran ini baru sahaja dibuka pada akhir tahun lalu. Kedudukannya agak menarik, mungkin kalau waktu senja cantek pemandangannya. Waktu malam bertambah lagi, dengan cahaya lampu 4 buah bangunan yang juga baru siap dibina tahun lepas serta Jambatan Seri Gemilang. Ini menjadikan Restoran Ikan Bakar Sri Empangan yang terletak berhampiran dengan empangan tasik Putrajaya di hadapan PICC begitu strategik untuk menarik perhatian dan kunjungan warga Putrajaya khususnya.
Walau bagaimanapun berdasarkan kunjungan aku serta family ke restoran tersebut, lepas Maghrib pada 23 Februari lalu sangat menghampakan. Aku tidak tahulah kalau mungkin nasib kami sekeluarga yang kurang baik pada malam tersebut, namun ianya tidak seindah suasana dan pemandangan sekitar. Maksudnya harap persekitaran sahaja cantek.
Sebelum nak buat order, tanya mana senarai menu ? Tak ada lagi katanya. Apa yang special, katanya ikan bakar. So kami pun tinjau ikan-ikan yang diletakkan dalam tong tidak jauh daripada tempat kami duduk. Alamak ikannya tidak segar-segar, mata sudah merah semacam. Udang pun layu aje. Agaknya nelayan masih cuti Gong Xi Fa Chai ?
Selain makanan tempahan yang dimasak, terdapat juga lauk-pauk untuk makan nasi campur. Tapi nampak kurang menyelerakan. Mungkin hidangan sejak tengahari tadi. Berdasarkan pekerja, nampaknya semua muka-muka Melayu Islam.
Masa menunggu tidaklah lama, mungkin sebab belum ramai yang tiba masa aku sampai tadi. Makanan tiba satu demi satu bermula dengan air minuman, tomyam campur untuk 4 orang, sayur kalian untuk 4 orang, 4 pinggan nasi, 5 ekor sotong goreng tepung, 8 ekor udang goreng kunyit dan siakap 800gram goreng sambal pedas.
Tak sangka tomyam campur dalam dua mangkuk besar. Order untuk makan dua orang pun sudah cukup. Tetapi rasanya alamak, kureng sedap. Sayurannya pula ada yang macam sudah kureng elok, rasa pun lain.
Sayur kalian pun sama dalam dua pinggan, order satu pun rasa cukup untuk 4 orang. Inilah masalah tidak ada senarai menu. Nak budget pun payah. Tidak mengapalah, yang penting rasanya yang kureng. Macam baru belajar masak aje, atau tukang masaknya masih cuti Tahun Baru Cina.
Diikuti pula dengan sotong goring tepung. Alamak !!! Entah apa-apa rasa tepungnya, berminyak dan tak terasa sangat isinya sebab banyak tepung daripada isi.
Kemudian ikan siakap, rasanya not bad. Boleh dipuji sikit, mungkin sebab digoreng dahulu. Kuah sambalnya kira oraitlah, boleh diterima. Nasib baik, sebab inilah hidangan yang paling mahal.
Akhirnya udang masak kunyit. Tengelam udang di sebalik sayuran lobak, kacang panjang dan bebawang. Kalau tahu begitu banyak sayurannya, tak payah order kalian. Tapi rasa udangnya …. Alamak !!! Tawar dan lembik. Mungkin udang bukan fresh dan dah lama tersimpan.
Sedap tak sedap pun, habis licin juga makan. Maklumlah sudah lapar. Lagipun macam terasa reganya tentu mahal, melihatkan senarai harga tadi. mana boleh tapau bawak balik ?
Sudahlah hampir semuanya tidak memusakan hati, terkejut perut juga masa membayarnya. Semua-semua tu berharga RM133.50. Probably this is first and last. Lebih sedap jika ke Restorann De’Dusun di Pinggiran Putera atau Perantau Hill di Sg Merab. Aku tak tahulah kalau memang boleh dikategorikan harga mahal, sebab nasi lemak seciput atas meaj yang siap sedia tu pun RM2 sebungkus.
Jadi aku tidak rekomen untuk makan dengan juadah sebagaimana kami sekeluarga rasai. Kalau berkunjung lagipun ( sebab pemandangan cantik ) mungkin makanan lain yang kira order biasa sedap-sedap, aku tidak tahulah. Mungkin sudah nasib kami atau bukan rezeki kami.
Lama tidak kelihatan, 2 beradik warga emas disahkan maut
17 minutes ago
4 Komen:
Semalam keluarga mertua saya nak menyambut hari lahir isteri saya. Tempat yang dituju ialah RESTORAN IKAN BAKAR PUTRAJAYA DI TASIK EMPANGAN BERHADAPAN PICC. Malangnya setelah menunggu begitu lama makanan yang dipesan tidak juga sampai. Seteleh begitu lama menunggu, tak ada seorang yang ada otak nak tanya jika ada masalah ke apa, atau mak bapak diorang ni memang tak ajar adab, atau restoran ni memang ambik pekerja yang moral dan siviknya rendah. Rasanya pelacur rumah urut kat chow kit lagi ada akal daripada diorang ni. Dah la tu, terpaksa lah panggil pelayan yang bertugas, tu pun makan masa nak datang. Bila kami tanya tentang makanan yang dipesan, jawapan yang diberi ialah.. "mana ada order"... Mana adab diorang ni ha... Ni la dia kalau berniaga maju sikit.. Berlagak nak mampus... Memang tak jauh la perniagaan korang ni.. Takpelah.. Siapa lah kami.. Bukan dato'.. Bukan menteri.. Nak layan baik-baik... Well its the last my family going to visit this rotten place... But me and my friends however going to come and eat here again but going to treat the worker or whom ever manage this place without dignity because they don't deserve any.... Puiiiii...
Wau ... sungguh tragisnya. Mungkin saya perlu kembali semula ke sana to reverify .. huhu
25122014 - komen negatif - Layanan choi - order 3x mintak sambal kicap tp tak de sapa pn hntr. ..smpi hilang selera nk mkn ikan yg tak berapa nk terbakar tu... teh panas ceroi....ikan bakar kureng... sotong goreng tepung byk minyak...
komen positif - abc sedap, tomyam sedap, nasi putih sedap..
Lepas ni kalau dtg - enjoy the view n minum air je lah...
terima kasih byk2 ats review ni bru ingt nk p mlm ni huhu
Post a Comment