2 hari berada di Putrajaya International Convention Centre, PICC bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa on Blue Ocean Strategy yang berlangsung dari 17-19 Ogos 2016. Memang menjadi hasrat nak tahu lebih lanjut tentang Blue Ocean Strategy sebab selalu dengar orang sebut-sebut tentang NBOS ni tapi tidak tahu lebih lanjut mengenainya. Alhamdulillah terpilih.
Berasaskan buku Blue Ocean Strategy yang dihasilkan oleh Prof W. Chan Kim dan Prof Renee Mauborgne, ianya telah menarik perhatian Dato' Sri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia untuk diapply strategy tersebut di Malaysia sebagai National Blue Ocean Strategy. Hebat betul buku tersebut, nak juga memiliki dan membacanya.
Namun kelihatan mudah. Dengan mengambil prinsip impak yang tinggi, kos yang rendah dan cepat dilaksanakan dalam merencana agenda pembangunan Negara telah membolehkan beberapa projek penting dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan oleh rakyat menerusi keadah yang efisien dan kos yang efektif.
Seramai 4,000 peserta orang termasuk peserta dan beberapa pemimpin dan delegasi luar negara dikatakan menyertai persidangan ini. Namun tidak kelihatan penyertaan dari Negara Eropah, agaknya sebab mereka telah 'maju'. PM telah merasmikan persidangan berkenaan.
Menerusi persidangan ini, dapatlah peserta berkongsi pengalaman serta success story bagaimana ianya diapply dalam menguruskan Negara. Ia dilaksanakan menerusi talk session, forum dan pameran agensi berkaitan.
Dikatakan sebanyak 90 inisiatif telah dilaksanakan di Malaysia yang melibatkan kekira 80 pelbagai Kementerian dan Agensi yang berkongsi pelbagai sumber serta mengurangkan pertindihan fungsi.
Maknanya senang cerita, mana-mana projek atau aktiviti yang memberikan kesejahteraan rakyat. kos pelaksanaan yang rendahdan dlaksanakan menerusi perkongsian tindakan oleh beberapa agensi lain, maka dikatakan Strategy Lautan Biru.
TPM telah berkenan menyempurnakan majlis penutupan persidangan.
Home »
Blue Ocean Strategy
,
ICBOS 2016
,
Strategi Lautan Biru
» Conference On Blue Ocean Strategy 2016
0 Komen:
Post a Comment