Terdengar di Radio IKIM kelmarin, dianggarkan seramai 1.7juta penduduk Malaysia melaksanakan ibadah korban last year. Daripada jumlah itu, kekira 70,000 ribu orang melaksanakan dil luar negara menerusi syarikat or NGO yang mengendalikan korban di luar negara. 70ribu berbanding 1.7juta, sikit sangat perbandingan. So tak perlu diperbesarkan hukum atau mana afdhal, korban di dalam kariah atau luar negara.
Persoalannya kita sendiri, adakah termasuk dalam angka 1.7juta peserta ? Ini kerana penduduk Malaysia, dari 32 juta orang, 60% adalah Melayu-Islam. Bermakna ada 19 juta umat Islam di Malaysia .
Statistik Tenaga Kerja KSM Q4/2015 menunjukkan 42% atau 13.71juta penduduk Malaysia Bekerja. Kalau 42% umat Islam juga bekerja dan ada pendapatan, bermakna ada 7.98juta. So dari 7.98juta pekerja ini berapa ramai yang sebenarnya berkemampuan untuk berkorban ?
Berapa ramai yang memiliki kenderaan sendiri daripada 26juta kenderaan atas jalan raya sekarang. Berapa ramai memiliki smartphone canggih manggih daripada 28juta smartphone terjual di Malaysia, dan berapa ramai pula yang melanggani khidmat TV berbayar daripada 3.5juta pelanggan berdaftarnya. Apakah itu senmua aboleh menjadi indikator kemampuan seseorang Muslim untuk berkorban haiwan ternakan.
Ingatlah akan Sabda Rasulullah s.a.w. “Barang siapa memiliki kelapangan (rezeki) tetapi tidak menyembelih kurban maka jangan sama sekali dia mendekati tempat solat kami.” ( H.Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Al-Daraqutni, Al-Hakim)
Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami
19 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment