12 Ogos 2019 : Bermulalah misi Ziarah Qurban Pursat Kemboja 11-15 Ogos 2019 Yayasan Raudhah bersama sukarelawan serta wakil Agensi daripada Jabatan Kerajaan, Masjid, Surau serta Syarikat Korporat yang melibatkan lebih 360 ekor lembu korban. Mengapa Kemboja menjadi pilihan ?
Telah habis ke lembu di Malaysia atau telah settle ke fakir miskin mendapat bahagian daging korbannya ? Di Airport tadi, dibanjiri rakyat Malaysia dengan misi yang sama. Apakah kerajaan Kemboja tidak menyedarinya dan apakah sikap kerajaan Kemboja terhadap warga umat Islamnya ?
Singgah lunch di rumah Mufti Pursat yang terletak atas air di pinggiran Tasik Tonlesap yang juga merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Beliau menjadi penghubung penting bagi Yayasan ar-Raudah dalam membantu masyarakat Islam di Pursat Kemboja.
Malangnya Mufti ada urusan lain dan tiada di rumah yang juga merupakan sebuah kedai peralatan menangkap ikan. Suatu pengalaman yang unik sambil melihat perkampungan pingiran tasik yang rata2 mengharapkan generator dan sistem solar untuk bantuan elektrik.
OTW ke hotel penginapan, singgah di satu perkampungan Muslim bagi menyempurnakan penyembelihan korban pertama bagi group kami yang melibatkan 7 ekor lembu dihadapan Masjid Al-Hidayah yang sedang dalam pembinaan bangunan barunya. Kesempatan diambil bagi menyampaikan beberapa sumbangan.
13 Ogos 2019 : Berpeluang menyembelih sendiri lembu korban. Payah nak dapat pengalaman begini di tanah air tercinta. Kena langkah mayat tukang sembelih .. hehe. Namun teknik melapah disini nampak macam ringkas dan tak memerlukan ramai orang. Kat Malaysia pun sama sebenarnya, cuma ramai yang tolong2 nak amik berkat.
Bersama penduduk muslim dalam Majlis Kenduri Aqiqah dan Penyampaian Sumbangan berupa barangan makanan asas harian serta pakaian kepada kira2 100 keluarga di Kg Andung Chrum. Kawasan ini merupakan kali pertama dikunjungi oleh Rombongan Yayasan Ar-Raudhah dan kami diberi layanan terbaik.
13 Ogos 2019 : Tak tahulah apa nama kampung kunjungan terakhir Ziarah Korban hari ni, jauh terperusuk dengan jalan tanah merah yang bersekali-sekala berombak @ macam naik kuda untuk van kenaikan kami mengelak lubang jalan.
Hanya kami bertiga dan peserta ziarah lain masuk hotel kepenatan. Namun akhirnya tiba di satu perkampungan Muslim dengan 30 keluarga yang kebetulan ketika itu anak2 sedang mengaji di pondok burok. Bagaimana kehidupan harian mereka agaknya dan mengapa di sini penempatan mereka ?
14 Ogos 2019 : Hari terakhir di Svay Pak, Pursat. Selain daripada menyelesaikan baki2 lembu korban, turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk Islam setempat, pelajar madrasah serta sumbangan sebanyak RM160,000 kepada pembinaan bangunan tambahan Madrasah Tahfizul Quran Wal Hadith Ar-Raudhah.
Semoga penduduk Islam ini terus kuat menghadapi masa depan mereka selain bantuan doa dan material dari kita sedara seIslam.
Setelah berpenat dengan jadual padat ziarah korban, kembali semula ke Phnom Penh dan disajikan pulak kerehatan menikmati keindahan sun-set serta makan malam ala barbeque di atas cruise yang merentasi pertemuan Sungai Mekong dan Tonle Sap.
Lebih 10 tahun lalu, masyarakat Islam di Svay Park, Pursat Kemboja hanya pada namanya Islam. Jauh sekali diterjemahkan dalam amalan dan kehidupan harian. Justeru, Yayasan Ar-Raudhah terpanggil untuk membantu 'memulihkan akidah' mereka. Selain itu, bantuan diberikan untuk kemajuan dari segi pendidikan, sosioekonomi dan taraf hidup seperti menerusi penyediaan telaga air termasuk pam air, pembinaan bangunan madrasah tahfiz, menyediakan ustaz pembimbing, buku, kitab dan juga kilang roti menerusi saham wakaf daripada rakyat Malaysia.
Ketika menyusuri Sg Mekong semasa xtvt cruise, terkejut melihatkan satu kawasan yang terdapat banyak sampan berpenghuni di tebing sungai berlatar belakangkan sebuah hotel mewah. Rupanya mereka inilah yang dikatakan sebagai masyarakat sampan, tinggal dalam sampan lantaran kemiskinan dan tidak mampu memiliki rumah sendiri di atas tanah.
Dikatakan juga ramai dikalangan mereka adalah Muslim dan mereka juga antara mangsa kekejaman Pol Pot yang lari dengan sampan mereka ke negara jiran.
15 Ogos 2019 : Berpeluang melawat Museum Tuol Seng yang asalnya merupakan sebuah sekolah tinggi, tetapi telah dijadikan penjara yang menempatkan hampir 20,000 tahanan yang kemudiannya dibunuh ketika di zaman pemerintahan kejam kuku besi Regim Pol Pot di Kemboja dari tahun 1975 hingga 1977. Entah mengapa, sasarannya adalah kakitangan kerajaan, guru, peguam, doktor, wartawan, ahli agama atau sesiapa saja yang tampak 'intelek'.
Ia juga memberi kesan kepada jumlah umat Islam di Kemboja, sama ada turut terkorban atau lari ke negara lain termasuk Malaysia. Berpeluang bertemu dengan salah seorang mangsa yang terselamat, kini berusia 49 tahun dan aktif menjual buku pengkisahan pengalaman beliau dalam kawasan museum.
Sebelum kembali ke tanah air, rombongan Ziarah Korban Ar-Raudah di bawa ke Central Market untuk slot shopping 'barangan local'. Seperti kebanyakan kedai2 di Kemboja, mereka menerima pembayaran dalam USD. Kira mudah, USD1 = RIEL 4,000 @ RM 4.00 dan kami dinasihatkan bawak wang dalam USD sebab money changer tidak terima RM.
Kini Ar-Raudah cuba membantu daripada segi pertanian serta pembinaan asrama pelajar. Kebersamaan 4H3M dalam program Ziarah Korban mereka kali benar2 memberi peluang melihat dan menyaksikan sendiri hasilusaha yang telah dan sedang dilakukan. Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada Fb Yayasan Ar-Raudah. Sesamalah kita membantu sedara seislam kita, juga sebagai saham akhirat kita.
Pengalaman mengikuti Ziarah Korban Pursat Kemboja bersama Yayasan Ar-Raudhah meninggalkan kenangan dan pengalaman begitu berharga. Semoga Allah berikan kekuatan kepada umat Islam di sana, dipermudahkan urusan untuk terus bangkit. Semoga dipanjangkan umur dapat kesana lagi.
Minta bantuan orang ramai kesan guru wanita hilang
18 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment