Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Showing posts with label dsai. Show all posts
Showing posts with label dsai. Show all posts

28 Oktober 2014 : D-Day Untuk PR

Kalau di Putrajaya, seluruh pendokong PR diminta berhimpun di Mahkamah Persekutuan bagi memberikan apa yang dikatakan solidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) yang berdepan dengan keputusan rayuan kes Liwat IInya. Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar. Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kepada DSAI atas pertuduhan itu. Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos lepas 2014 menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan terakhir DSAI berhubung kes Liwat IInya.

Manakala di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pula, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ( TGAHA ) akan hadir pada perbicaraan kes saman fitnah oleh calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin ekoran pertanding tiga penjuru anatara PAS-UMNO-PKR dalam PRU13 lalu di Dun Bukit Besi. Apakah implikasi keputusan kedua-dua perbicaraan tersebut ? Sebab itu aku kata bahawa 28 Oktober 2014 mungkin boleh dianggap sebagai D-Day Untuk Pakatan Rakyat.

Sejak krisis MB Selangor ciptaan PKR yang bermula dengan Langkah Kajang yang sumbang itu, PAS sering dilihat sebagai yang bersalah. PKR dilihat semakin intim dengan DAP tetapi renggang dengan PAS. Malah kekalahan PAS di PRK DUN Pengkalan Kubor pun, bukan sekadar PAS dipersalahkan tetapi terpaksa bergerak tanpa sokongan padu gabungan PR yang lain. Bukan di Pengkalan Kubor sahaja, malah di Teluk Intan pun PAS dipersalah kerana kekalahan DAP dan kurangnya majoriti di Limau Manis yang dimenangi PAS.

Kelihatannya segala kesungguhan, usaha dan pergorbanan PAS tidak begitu dihargai sehingga mendabik dada, dikatakan PR boleh boleh terus berjuang ke Putrajaya tanpa PAS. Tetapi dalam masa yang sama mereka mengingatkan bahawa PAS bukan sahaja akan kalah di DUN dan Parlimen yang kini dimenangi, malah tidak akan dapat mengekalkan Kelantan sekiranya meninggalkan PR.

Bagi menyaingi BN, pakatan PAS-DAP-PKR perlu diteruskan. Jika PAS keluar daripada PR, cita-cita mewujudkan pembangkang yang kuat atau kerajaan alternatif hanya tinggal angan-angan saja. BN dengan parti komponennya tentu bergembira sekiranya PR perpecah dan bertelagah sesama sendiri.

Malah jarum ini yang sedang dicucuk kepada PAS dengan mengatakan PAS akan lebih dihormati sekiranya keluar daripada PR. PAS telah terpesong perjuangan dan kini diperalatkan oleh DAP serta PKR. PAS juga dilihat tidak dominan dan sering ditenggelami atau mengikut rentak PKR dan DAP. Sedikit kesilapan PAS dilihat tidak mencerminkan watak keislaman dan keperibadian Muslim. Kedudukan PAS dalam gabungan PR kini dilihat menjadi semakin genting. Selain ada suara yang mahu PAS keluar daripada PR, wujud PASMA untuk memastikan PAS kekal dalam PR.

Aku berkeyakinan bahawa DSAI akan gagal dalam rayuannya dan akan kekal bersalah. Ini dapat dilihat setelah kegagalan DSAI dalam mengenepikan Peguam UMNO, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam mengetuai pasukan pendakwa. Seandainya DSAI gagal dalam rayuannya, beliau akan dipenjarakan selama 5 tahun. Mungkin sehingga 2019 sedangkan PRU14 sekitar 2017 atau 2018.

Apakah nasib dan masa depan PR ? Sejauhmana PR akan bangkit ? Sajauh mana PM sekarang akan terpalit sama dengan apa yang mungkin dianggap dosa atau kezaliman pemerintah sekarang walaupun kesnya bermula dari kempimpinan PM sebelum ini ? Mungkin sama seperti episode semasa beliau dipenjara selama 6 tahun dulu.

Bermula dengan siapa akan jadi Ketua Pembangkang di Parlimen ? PKR dan DAP tentunya menolak TGAHA sebagai Ketua Pembangkang. Datin Seri Wan Azizah bukan lagi Ahli Parlimen. So Lim Kit Siang ( LKS ) ? Jika dalam PRU14 nanti LKS menang dan PR menguasai parlimen, makanya LKS jadi PM ? Apakah suasana ini dipersetujui PAS ?

Keadaan mungkin bertambah parah sekiranya TGAHA juga tewas dengan kes saman calonPKR ke atasnya. Dibimbangi dendam dan kebencian pengikut PAS ke atas PKR semakin menebal. Maka semakin rengganglah PAS dengan PKR atau PR. Alang-alang kalah, biar semuanya kalah. Alang-alang PAS kehilangan apa yang diperolehi, biarlah yang lain pun hilang juga. Boleh begitu ?
Share:

Wajarkah PRK Dun Kajang ?

Ketika seolah-olah berlaku ‘pergeseran’ diantara beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) yang melibatkan jawatan Menteri Besar dan Penasihat PKR ( yang juga penasihat Ekonomi Selangor ), tetiba ADUN Kajang, YB Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada PRK DUN Kajang. Tindakan itu kononnya bagi memberikan laluan kepada usaha taktikal PKR untuk mengambil alih Putrajaya.

Berdasarkan dua penggal PRU, mungkin tiada masalah untuk PKR menang lagi. PKR juga kelihatan begitu yakin walaupun meletakkan calon Melayu di kawasan yang BN sentiasa diwakili oleh orang Cina MCA. Malah calom awal juga dikatakan bakal menggantikan Menteri Besar sekarang. Setujukah Sultan ?

Mungkin aku akan dikatakan pendek akal jika mengatakan Pilihanraya kecil ( PRK ) Dun Kajang membazirkan masa dan wang rakyat. Isu dalam parti, rakyat yang menjadi mangsa untuk keluar mengundi, berkempen dan terpaksa menghadapi PRK. Kalau aku pengundi di sana rasanya nak boikot sahaja. Macam main-main aje.

Memang daripada segi teknikal, ianya dibenarkan oleh perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta tidak salah dari sudut undang-undang.

Juga tidak salah daripada segi moral lantaran merasakan perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik atau yang lebih hebat.

Atau beralasan ini tindakan taktikal Pakatan Rakyat ( PR ) setelah gagal menawan Putrajaya. Tetapi aku difahamkan ini tidakpun dibincangkan bersama anggota PR yang lain sebelum perletakan jawatan YB Lee Chin Cheh.

Ini 'memaksa' DAP dan PAS serta lainya bersetuju atas dasar semangat setiakawan ? Malahan Sultan Selangor pun nanti dipaksakan setuju sekiranya jawatab MB perlu ditukar juga.

Bagaimana jika calon PKR kalah ? Adakah ia bermakna perjalanan PR untuk menerajui tampuk pemerintahan di Putrajaya masih panjang atau semakin jauh ? Ini adalah kerana tagline ‘Kajang Move’ cuba digunakan sebagai pemangkin untuk menguasai Putrajaya.

Apa istimewanya pengundi Dun Kajang yang terdiri daripada 38,965 orang pengundi ( Pengundi Melayu 48 %, Cina 41 %, India 10 % ) sehingga dijadikan ujikaji atas sokongan dan peluang PR dalam usaha 'menuju Putrajaya' ?

Yang menariknya, hari penamaan calon ditetapkan selepas perbicaraan kes rayuan Liwat II. Walaupun penangguhan dan rayuan berjaya dibuat, nampaknya PKR terpaksa membuat perubahan taktikal juga dan krisis di kalangan pemimpin kanan PKR akan hidup semula selepas PRK Kajang nanti.

Share:

17 Julai 2008 Yang Menyakitkan ...

17 July 2008, probably was not a good day for me. Pagi keluar rumah jam 6.45 dan sampai di exit Tol Plus Damansara jam 7.25. Jalan sesak giler, sampai pejabat 9.20 pagi. ‘Menate beruk betul’, itulah keluhan ku di shoutbox su.net sebaik duduk di kerusi bilikku di pejabat. Siapa ‘menate beruk’ tu ? Pagi tu ada sekatan jalanraya depan bangunan Eastin/The Star, probably bimbang ada rusuhan ekoran penahanan DSAI semalamnya. Polis Yang Bertugas ? Yang Mengarahkannya ? Ketua Polis negara ? Menteri Dalam Negeri ? Penyokong DSAI ? DSAI sendiri ?

Lepas sarapan, aku singgah kejap nak beli setin biskut di sebuah pasaraya yang terletak di tingkat bawah bangunan pejabatku. Lalu aku ambik setin biskut yang tertulus di rak barangan harganya RM 8.69. Tetapi bila di scan di kaunter bayaran, terpapar RM 10.99. Aku komplen, lantas cashier tu minta pembantunya buat semakan. Selang beberapa minit ( lama juga ) muncul kembali pembantunya dan terkial-kial mencari orang lain sambil memegang tanda harga yang diambil dari rak barangan ( barangkali ) … Dalam hatiku tentu harganya RM 8.69. Tapi lama pula mamat tu tercari-cari dan queue semakin panjang. Lantas aku katakan, ‘kansel ajelah, lambat sangat’, kepada cashier tu dan aku berlalu pergi, tak jadi nak beli.

Ku kira ini bukan pertama kai aku ‘terkena’ di pasaraya tersebut. Lalu aku cuba launch report thru website pasaraya tersebut. Tapi bila tekan ‘sumbut’, tak jalan. Maknanya tah berja untuk dihantar. Hatuku makin geram, bad daylah kataka. Lantas aku telefon ‘customer services’ dan buat 2 komplen. Pertama, komplen kat website tak berfungsi dan keduanya hal harga barang yang tak sama antara yang dipaparkan di rak dengan yang discan di cashier.
Tadi aku singgah lagi ke pasaraya tersebut. Nampak ada satu poster sebagaimana dalam gambar. ‘Sekiranya Harga Yang Diimbas Berbeza dari Harga Yang DiPamerkan, Maka Harga Yang Terendah Akan Diberikan. Sekian. Terima Kasih’. Dalam hatiku, ini tentunya setelah aku lakukan komplen tempohari. Tapi bila ku lihat semula rega di rak barangan, ( seingatan aku jenama tin biskut yang sama ) harganya adalah RM 10.99.
Share:

DSAI Kena 'Tangkap' ??

DSAI ditahan oleh sepasukan polis sejurus menghampiri kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.00 tengahari Rabu dari Putrajaya setelah memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Difahamkan polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan setelah itu Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dengan kawalan ketat pihak polis. Beliau dibawa ke IPK bagi memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat ke atasnya oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, 28 Jun lalu.
Gambar di atas dirakam oleh anakku yang kebetulan lalu berdekatan pintu masuk IPKL pada petang 16 Julai 2008. Klik 'Baca Seterusnya' untuk gambar-gambar lain ...








Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.