Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Showing posts with label liverpool. Show all posts
Showing posts with label liverpool. Show all posts

The Reds Semakin Jauh ....

Pada malam lalu, aku berhajat untuk bangun malam bagi menonton perlawanan akhir bolasepak Kelab Juara-juara Eropah antara Chelsea dan Bayern Munich. Sedang 'bersiap', tetiba aku teringat yang aku baru sahaja menamatkan langganan siaran Astro Sport sebaik kempen EPL 2011-2012 berakhir. Memang aku langgan dulupun untuk tengok perlawanan EPL, khususnya bagi kelab kegemaranku iaitu Liverpool yang juga dikenali sebagai The Reds atau The Kop.
Kempen EPL 2011-2012 menyaksikan kelab berbelanja besar Manchester City menjadi juara hanya dengan kelebihan daripada segi jaringan gol dengan jirannya iaitu Manchester United. Itupun juara hanya ditentukan sehingga kepada perlawanan terakhir.

Sungguh dramatik perlawanan penentuan antara QPR tajaan taukey AirAsia dengan Manchester City. Bayangkan, sedang Manchester City seakan-akan tumpas dengan QPR, tetiba dalam masa kecederaan 5 minit, dua gol berjaya disumbatkan pada ketika Manchester United menunggu untuk meraikan kejuaran.

EPL musim 2011-2012 aku kira banyak kisah yang menariknya. Beberapa kelab berkaitan Malaysia turut beraksi kali ini. QPR ditaja oleh Air Asia dan Syarikat Penerbangan MAS. Aston Vila pula mendapat tajaan versi daripada syarikat judi Malaysia. Pasukan Cardiff yang dimiliki oleh tycoon Malaysian menentang The Reds dalam final Piala FA.

Jika dulu-dulu, The Reds sering muncul antara empat pasukan teratas liga. Ramai penyokong The Reds kini yang meliputi pelbagai generasi. Tetapi sejak dua musim kebelakangan, nampaknya kedudukan tersebut semakin jauh dan kini hanya mampu menduduki di atas sikit pertengahan liga. Akibatnya kurang penyokong generasi baru. Yang tinggal orang-orang lama, veteran atau orang tua-tua. Ha ..ha ..

Pada awal Kenny Daglis mengambilalih jawatan sebagai Pengurus The Reds, kelihatan agak memberangsangkan dan dilihat mampu bangkit kepada tradisi lama. Namun persembahan The Reds kemudiannya terus tidak konsisten. Dengan pasukan bawahan pun boleh tewas. Walaupun mampu menjuarai Piala Carling setelah menewaskan Cardiff, namun itu belum cukup meyakinkan pemilik The Reds memandangkan kedudukan dalam liga EPL lebih utama. Akhirnya Kenny Daglish dipecat dan The Reds kini mencari-cari Pengurus yang baru.

Yang peliknya di EPL ni, selalunya kalau bertukar pengurus, ianya akan mampu merubah nasib dan pencapaian pasukan tersebut. Seperti Chelsea, setelah Pengurus sejak awal musim dipecat, kemenangan demi kemenangan dicapai oleh pasukan Chelsea. Apakah ada unsur boikot atau menunjukkan sikap berontak daripada pemain ?

Dulu The Reds terkenal dengan kemenangan-kemenangan dramatik yang diperolehi pada saat-saat akhir perlawanan hampir tamat. Tetapi kini, sering terkial-kial apabila di hadapan gol pasukan lawan. Tengok kat TV pun jadi tension. Untuk kembali ke kancah bolasepak peringkat Eropah jadi semakin jauh.

Namun apakah nasib The Reds juga akan berubah dengan adanya pengurus baru nanti. Walau apapun kedudukan The Reds, you'll never walk alone.
Share:

Apabila The Reds Turun Stadium Bukit Jalil

Selama hayatku, tidak pernah aku menjejakkan kaki ke Stadium Bukit Jalil. Namun gara-gara pasukan EPL kegemaranku The Reds atau Liverpool berkunjung ke Malaysia dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia, akhirnya aku sampau juga ke sana. Selalunya tengok live kat TV saja, namun suasana dalam stadium ternyata jauh berbeza. Sorakan satu stadium benar-benar mengegarkan dan memeriahkan suasana petang itu.

Kendatipun tanpa kelibat Steven Gerrard, Suarez dan Pepe Reina Penjaga Gol, nanum persembahan The Reds tidak mengecewakan. Malah Pengurus Kenny Daglish pula terpaksa bergegas pulang ke England untuk menandatangani kontrak dengan pemain yang baru dibeli oleh Liverpool.

Seingatanku, rasanya inilah buat pertama kalinya pasukan Liverpool bertandang ke Malaysia. Kalau bekas-bekas pemainnya memanglah ada datangsebelum ini. Tentunya disebabkan tanda jenama yang terpampang pada jersi pasukan tersebut yang menjadi penghalang. Sejak musim 2010/11, sudah bertukar penaja dan jersi pun sudah tiada lagi logo atau lambang jenama minuman keras sebelum ini.

Bak lautan merah ? Aku kira 90% penonton malam tersebut berbaju merah, memakai baju atau jersi Liverpool. Tidak timbul soal tidak menyokong pasukan kebangsaan Malaysia. Tapi yang hendak disaksikan ialah perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dengan Liverpool. Dua-dua disokong. Jersi Liverpool yang dipakai bukan bukti bahawa peminat Liverpool sudah belot dan tidak lagi menyokong pasukan Malaysia.

Buktinya semua sembilan gol yang dijaringkankan oleh kedua-dua pasukan pada malam tersebut turut sama diraikan. Aku kira sorakannya macam sama saja. Walaupun Malaysia tewas 3-6, namun permainan mereka cukup menghiburkan. Gol-gol Malaysia cantik-cantik jugak. Bahkan suatu ketika, ketika perlawanan pada kedudukan 3-4, terasa macam tidak percaya pasukan Malaysia memberikan tentangan yang menakjubkan kepada Liverpool.

Aku kira ini pengalaman bagus buat pemain pasukan Malaysia yang ketika ini mendapat perhatian ramai lantaran prestasinya yang membanggakan, sejak memenangi Piala Suzuki bagi kejohanan antara negara Asean tahun lalu. Semoga dengan pengalaman ini akan meningkatkan lagi permainan mereka dalam menghadapai perlawanan dan kejohanan yang akan datang.


Stadium Bukit Jalil jadi macam The Anfield, gelanggang rasmi pasukan Liverpool di England. Berkumandang dengan laungan dan nyanyian lagu You’ Will Never Walk Alone dari penonton yang juga peminat LIverpool. Semasa dalam keretapi perjalanan pulang pun, mereka silih berganti menyanyikan lagu tersebut dalam kepadatan keretapi dengan penumpang berbaju The Reds.

Datang lagikah pasukan Lioverpool tahun hadapan ?

Lagi Gambar Perlawanan The Reds Vs Malaysia
Share:

The miracle didn't come again ....


Tak tengok semua, tapi sempat lihat fews minutes before end of the game. Frust juga. Daripada tayangan semula gol-gol, tampak macam gol mudah bagi AC Milan. First gol tu macam kena tangan pemain AC Milan sebelum deflected then masuk goal. 2nd goal tu memang cantik dan bersahaja. Namun keajaiban sekali lagi yang diharapkan berkecai juga apabila pengadil menamatkan permainan 1 minit sebelum sepatutnya. Pengadil nak cepat habiskan game kot, malas nak bertugas sampai extra time or tendangan penalti. Whatever, itu cuma alasan. No luck this year ... the miracle didn't come again selepas Barca dan The Blues tumbang. Probably next year. The Reds still on top of the world, The Blues dan Red Devils cuma jaguh kampongan. Itupun apabila berlawan sesama mereka, mesti ada pergaduhan ... kamponglah katakan. Anyway, Banitez kena beli Drogba atau seumpamanya, duit ada kan ? Tak pun Crespo ke, Robbie Keane ke ... Owen ? Owen mungkin dah tak seswai.

Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.