Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

PRK3B : PR 2 - BN 1

Sebaik sahaja menerima berita kematian MP PAS Bukit Gantang, ketika kemelut melanda di Perak, lantas berdetik di hatiku bahawa calon yang layak menggantikan allahyarham Roslan Shahrum ( pengamal Perubatan Darussyifa’ ) tentunya Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin. Betul rupanya. Tetapi berbanding dengan kemenangan BN di Batang Ai, kemenangan calon PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ku kira agak mengejutkan. Mengikuti siaran TV1 sampai TV9, seolah-olah calon BN di puncak kegemilangan untuk meneruskan kecemerlangan. Siaran Bernama 502 pun pada hari dekat mengundi nampak dah lain macam. Bak kata pengacara di RTM1 dalam mengakhiri siaran khas keputusan PRK-3B pada malam 7 April, yang menang tidak semestinya menang dan yang kalah tidak semestinya kalah ... apa barang !!!!

Keputusan di Batang Ai mungkin telah dijangka dan tidaklah setegang sebagaimana dijangka. Namun keputusan di Bukit Gantang dan Selambau memberikan 1001 mesej kepada parti pemerintah peringkat nasional. Apakah boleh rakyat di Bukit Gantang ingin memaklumkan bahawa Ir Nizar selayaknya 'menang' atau 'betul' dalam kemelut politik 2 MB di Perak, serta betul tindakannya terhadap Sultan Perak ? 21,800 pengundi Bukit Gantang menyokong 'penderhaka' Sultan atau memohon untuk turut 'menyembah derhaka' ? Pening Dr. Zamri memikirkannya. Najib dan Muhyiddin Yasin tak perlu risau sebab jawatan PM dan TPM sudah tentu dalam tangan.

Media arus perdana hari ini seperti takut untuk melaporkan berita kemenangan Pakatan Rakyat di kedua-dua kawasan pilihanraya kecil itu. Ini berbeza dengan paparan yang mereka buat saban hari menjelangnya tarikh pengundian. Tetapi entah kenapa PRK Bukit Gantang lebih mendapat liputan berbanding di Batang Ai mahupun Bukit Selambau. Apakah kerana Najib sebagai Ketua UMNO/BN Perak ? Kemenangan BN di Bukit Gantang umpama hadiah yang ingin dipersembahkan kepada Najib yang baru diangkat sebagai PM Malaysia ke -6, dan sedang mencari ilham dalam membentuk barisan kabinetnya.

Di sebalik pengumuman Najib bahawa tiada projek ’mee segera’, namun setiap hari dipaparkan tentang bantuan dan kebajikan yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat di kedua-dua kawasan itu. Selain memperlekehkan calon Pakatan Rakyat ( sudah tentunya ), tetapi yang lebih teruk lagi mereka memainkan isu-isu agama, perkauman dan sebagainya untuk meraih undi rakyat. Diulangi dalam TV ucapan Anwar Ibrahim ketika berada dalam kerajaan dulu bagi menunjukkan bahawa beliau bercakap tidak serupa bikin. Kemasukan semula Mahathir dicanang dapat menguatkan BN/UMNO, tetapi semua ini bukankah sekadar mengundang lagi kemarahan rakyat ?

Ini ditambah dengan tindakan PM Najib Razak dan MB Dr.Zambery yang memohon restu daripada rakyat Perak atas "rampasan kuasa" yang berlaku sebelum ini, mungkin menjadi penyebab tambahan rakyat melihat mereka bersalah dan akhirnya mengajar BN.

Kes calon BN di Bukit Gantang yang dikatakan payah memberikan senyuman, selalu ke selatan Thailand serta kehadiran Datuk Hj Zahid Hamidi dalam majlis yang diserikan oleh amoi seksi beraksi merayu undi atas pentas menambahkan lagi keperitan BN dalam meraih undi.

Namun ulasan menerusi RTM malam tadi iaitu Profesor Madya Adzmi Hassan yang secara jelas menyatakan kononnya kemenangan PAS sebenarnya tidaklah hebat. Malah katanya Ir.Nizar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar jika beliau benar-benar hebat katanya berbanding dengan Ismail Safian yang langsung tidak popular. Kata beliau lagi, dengan majoriti 2,789 undi bukanlah bermakna suara rakyat Perak secara keseluruhannya. Fuhh .. cuba Nizar yang kalah ...tentu ayatnya lebih kurang berbunyi, ’Walapun Ismail Safian tidak sepopular calon PAS, kekalahan Nizar menunjukkan bahawa rakyat tidak menerima calon yang derhaka kepada raja’ ....



Share:

Selamat Berkhidmat PM Ke-6 ...

Tak tahulah sama ada nak kata suka atau tidak, bagiku biasa saja dan memang telah ditakdirkan Datuk Seri Najib Tun Razak ( Najib ) sebagai Perdana Menteri ( PM ) Malaysia ke-6 mulai 3 April 2009. Tidak juga ku anggap penarikan balik penerbitan dua akhbar terbitan pembangkang serta pembebasan 13 tahanan ISA suatu yang amat dialu-alukan. Malahan ini seperti suatu tamparan kepada Menteri Dalam Negeri.

Namun perlantikannya Najib mengingatkan aku kepada beberapa perkara. Semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran ( Pendidikan ketika itu ), beberapa kali aku ke rumahnya di Taman Duta, sama ada majlis Jamuan Raya or Berbuka Puasa. Kadang tu pergi satu famili lagi. Aku pula menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada beliau pada tahun 1999 rasanya. Gambarnya entah dimana, dah packed dalam kotak ( sebab sedang siap sedia nak pindah ni ).

Dalam satu persidangan UMNO ( tidak ingat bila, tapi ketika itu PPSMI belum dilaksanakan ), dalam ucapan penggulongan, beliau pernah melahirkan impiannya untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Arab, untuk sekali gus mengurangkan dan menyelesaikan masalah pelajar yang buta jawi dan al-Qur’an. Sedap bunyinya ketika itu. Tapi ternyata memang begitulah. Apakah yang dimaksudkan ialah J-Qaf ?

Masa aku di universiti dulu ada suatu kenyataan beliau yang mengesa para pelajar memberikan fokus kepada tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dan tidak melibatkan diri dalam program ’syura’. Tak pastilah sama ada wartawan atau surat khabar silap cetak. Aku rasa yang dimaksudkan ialah ’usrah’ or qiamullail ? Sehingga pelajar asyik mengantuk dalam kelas dan gagal siapkan assignment yang diberikan.

Satu lagi hal, Ops Lalang tahun 1987. Masa itu berlaku umpama perbalahan kaum berkaitan hak orang-orang Melayu akibat kata-kata Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh yang mengatakan ’Melayu juga pendatang’, seperti bangsa lain serta mempertikaikan hak istimewa orang Melayu. Akibatnya gelaran Dato’ yang diberikan oleh Sultan Selangor kepada Lee Kim Sai di tarik balik.

Dalam satu perhimpunan membantah oleh UMNO di Stadium TPCA, Najib selaku Ketua Pemuda UMNO ketika itu dengan emosinya memberikan ucapan berapi-api kepada ribuan yang hadir sambil menghunus keris dan berkata 'akan mengambil darah Cina dan India'. Anehnya ekoran daripada ketegangan itu, ramai pemimpin pembangkang, termasuk yang tak ada kena mengena di tahan di bawah ISA. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas khabarnya ke Australia. Dimana beliau sekarang, arwah ?

Yang terkini ialah berita yang mengaitkan beliau dengan kes pembunuhan Al-Tanthuya. Kiranya benar apa yang ditulis oleh wartawa Perancis tu, berat nampaknya. Bukan kerankalau penuia barat tulis tu nak diterima 100%, Tetapi sehingga hari ini, aku rasa belum ada sanggahan daripada Najib berhubung dengan tulisan wartawan itu, kecuali kata-kata mereka yang cuba membela dengan mengaitkan bahawa penulis itu diupah oleh musuh politik Najib. Masalahnya bagaimana pandangan negara luar mengenai Malaysia dan kepimpinan beliau ?

Anyway, selamat bertugas kepada PM Malaysia Ke-6, bukan sekadar melengkapkan teori Rahman ( Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib )
Share:

Buku : Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain

Sebelum ini ada siaran di ASTRO mengenai tajuk yang sama. Tapi aku tidak sempat menontonnya. Mungkin yang lain begitu juga. Lantaran itulah kenapa buku ini diterbitkan. Khabarnya top dalam pasaran sekarang. Buku ni ditulis oleh Afareez Abd. Razak Al-Hafiz dan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn. Bhd. Sejak sekian lama, kita kita orang Melayu mempercayai Iskandar Zulkarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great.

Secara ringkasnya, buku ini menjawab persoalan siapakah Raja Iskandar atau Alexander The Great yang sebenar. Dari buku ini kita juga dapat tahu bahawa Raja Iskandar ini tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulkarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Al-Quran. Maknanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza.

Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan hujah-hujah bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai disandarkan dengan gelaran Zulkarnain. Rasulullah pernah dikunjungi oleh Quraisy menanyakan tentang Zulkarnain untuk membuktikan kenabian dan kerasulannya.

Isu siapakah sebenarnya Zulkarnain lelaki misteri dalam Surah Al-Kahfi memang menarik, terutamanya apabila Sejarah Melayu ada menyebut sejarah keturunan Raja-raja Melayu dikatakan ada mempunyai hubungkait dengan Raja Iskandar Zulkarnain. Siapakah Raja Iskandar Zulkarnain dalam Sejarah Melayu pula?

Jangan lepaskan peluang untuk membaca buku ini. Buku ini sesuai untuk dijadikan koleksi di mini library kita. Harganya cuma RM17.50, agak murah.
Share:

Putrajaya ... I'm Coming !!! Part 3

Last friday, pergi berkunjung ke bangunan yang bakal menempatkan pejabat baruku. Jika sebelum ini pergi waktu siang, tetapi kini pergi lewat petang. Tujuannya ialah untuk melihat suasana malam serta keberkesanan lampu, kecukupan cahaya serta peralatan yang dilengkapkan dalam bangunan tersebut pada waktu malam.

Wah !! Cantik juga bangunan ini pada waktu malam. Tapi itupun ada yang tak puas hati. Nak cantik lagi. Namun persoalannya, bila nak berpindah ? Mungkin tidak lama lagi, kunci untuk aku menduduki kuaters pun mungkin akan diperolehi.



Share:

Menziarahi Makam Habib Noh

Aku memang tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Tetapi apabila dikatakan beliau merupakan somebody di Singapore, maka aku tidak melepaskan peluang merakamkan detik berada di Masjid sewaktu kunjungan aku ke ke sana pertengahan Mac lalu. Apabila di search menerusi internet, pelbagai kisah rupanya boleh diperolehi. Entah mana satu yang betul-betul boleh diambil pakai. Beliau dikatakan berasal dari Kedah dan mempunyai hubungan terus dengan keturunan Rasulullah s.a.w. Dengan beberapa karamah yang diperlihatkan, beliau dianggap wali oleh umat Islam ketika itu.

Antaranya ialah kebolehan beliau berada di beberapa tempat dalam masa yang sama. Beliau pernah dilihat di Mekah sedangkan diketahui beliau tidak pun meninggalkan Singapore. Beliau dikatakan sering mengucapkan selamat jalan kepada pelayar dengan katanya “Saya akan berada di sana bila awak tiba”. Apabila tiba di destinasinya beberapa ketika kemudian, Habib Noh muncul menyambutnya di pelabuhan.

Habib Noh meninggal dunia pada tahun 1866 ketika berusia tahun 78 tahun. Sebelum mati, beliau pernah berpesan agar dikebumikan di Bukit Palmer. Namun apabila beliau meninggal dunia, cubaan untuk mengebumikan beliau di tanah perkuburan Islam Bidadari gagal apabila keranda beliau tidak dapat diangkat oleh sesiapa sedang kubur telah digali dan orang ramai hadir memberikan penghormatan terakhir.

Akhirnya sesorang teringat pesanan Habih Noh, lantas dikebumikan dengan selamat di Bukit Palmer yang kini turut didirikan Masjid. Ketika kerajaan Singapore mahu membina lebuhraya melintasi makam dari Tanjung Pagar, masjid tersebut hendak dipindahkan. Namun dikatakan umat Islam Singapore membantah. Akhirnya lencongan dibuat sehingga ketinggian makam tersebut searas dengan lebuhraya berkenaan.

Kini makam tersebut seolah-olah jadi macam ’keramat’ dimana ramai orang datang berhajat, berubat serta mendapatkan air penawar. Keliling makam kelihatan banyak botol-botol air mineral. Setelah solat zuhor di situ, aku juga sempat didatangi oleh sorang yang berada di situ memohon derma untuk membeli ubat bagi menyembuhkan penyakit ayahnya yang bernilai S$120. Argh ....
Share:

Marina Barrage - Lagi Catatan Pengalaman

Mungkin dianggap sebagai ikon yang baru bagi Singapura, since baru dibuka kepada public sejak 1 November 2008. Rekabentuknya sangat menarik, tetapi apa yang istimewanya ?

Marina Bararage merupakan sebuah empangan atau sekatan sepanjang 350m yang dibuat merentasi Terusan Marina. Ia merupakan suatu projek mega bernilai S$226 ( RM 565 juta ) yang telah menukarkan Marina Bay kepada takungan air untuk mendapatkan alternative dalam membekalkan air bersih kepada rakyat Singapore. Dijangkakan dalam masa dua tahun air tersebut berjaya dinaturalkan. Agaknya sebagai langkah awal, persediaan untuk tidak lagi bergantung kepada pembekalan air daripada Johor yang dijangka tamat kontrak pada 2062. Tetapi dikatakan pula Marina Barrage hanya membekalkan 10% keperluan air untuk Singapore.


Sekatan yang dibina memisahkan air dalam takungan ‘Marina Basin’ dengan air laut yang masin. Entah macama dia orang menyahmasinkan air yang berada dalam Marina Bay dulu. Bukan air masin sahaja, tentunya juga air daripada Sungai Singapura serta air kumbahan. Dalam Marina Basin tu juga, pelbagai aktiviti air diadakan seperti kapal atau bot pelancung.

The Marina Barrage juga dianggap sebagai first "Reservoir in the city” di Singapore. Bukan setakat untuk memberikan freshwater kepada rakyat Singapore, tetapi boleh bertindak mengawal banjir serta menjadi tempat perkelahan atau rekreasi kepada rakyatnya, selain tarikan pelancong.

Khabarnya engineernya pompuan berbangsa Cina yang berasal dari Perak. Di Marina Barrage ini juga, dikatakan menempatkan world’s largest water pump. Entah besar mana entah. Sekatan itu juga menempatkan 9 pintu air.

Dikompleks Marina Barrage juga disediakan galeri atau ruang pameran tapi tidak sempat nak pergi. Mungkin lain kali saja kot ?
Share:

Singapore Flyer - Catatan Pengalaman

It’s the world’s largest observation wheel buat masa ini. Mungkin ini yang menariknya, pengalaman melihat sebahagian Singapore pada 16 Mac 2009 yang lalu. Tetapi hujan renyai-renyai ketika itu, menghalang pemandangan.

Sekali imbas, macam rim tayar basikal dengan kapsul gergasi yang memuatkan penumpang sekeliling rim. So yang mengerakkannya ialah yang ditengah-tengahnya, yang disokong oleh dua tiang.

Konsepnya agak mudah, tetapi aku kira arkiteknya telah mengambilkira kekuatan tiang serta rim berkenaan dengan bebanan 28 kapsul yang ditanggung serta putaran dalam masa 35 minit untuk satu pusingan. Flyer tu diletakkan di tengah-tengah kompleks yang turut menyediakan tempat membeli belah, souvenir serta kedai makan.

Dengan ketinggian 165m ketika dipuncak ( lebih sedikit separuh daripada ketinggian Petronas Twin Tower, 307m ) terasa gayat juga. Pada ketinggin inilah TV tu memaparkan yang anda sedang berada pada ketinggian tertinggi of the world’s largest observation wheel.

Tetapi kapsulnya berhawa dingin, luas, boleh muat ramai dan cermin kelilingnya bagi memudahkan melihat pandangan luar. Rasanya kapsul adalah sebesar bas mini. Kerusi disediakan serta TV Info tentang Singapore Flyer.

Kami yang seramai 13 orang pun tak terasa goyang-goyang. Ini katanya jauh berbeza Eye Of Malaysia yang aku sendiri belum mengalaminya. Rega asal tiket ialah S$29.95, tetapi sebab pelancung, dapat diskaun 50% bila tunjuk passport. So warga Singapore kalau nak dapat diskaun 50%, kena bawa pelancung bersamanya … ha ! ha !

Keseluruhan projek bernilai S$240 juta ( X 2.5 = RM 600 juta ) Fuh !!! Siap dibina dan memulakan operasi pada 1 Mac 2008, setelah kekira 2.5 tahun untuk menyiapkannya.

Tetapi segagah Flyer tu, pernah berlaku terhenti operasi beberapa kali pada tahun lepas akibat kegagalan sistem yang mengoperasinya. Flyer yang ada pengunjung dalam kapsul tu terhenti berputar dan orang di dalamnya dikeluarkan dengan pelbagai cara termasuk helicopter. Mesti tension giler.



Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah