Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Menjejak Kaki Ke Beijing

Kali kedua menjejaki tanah besar China, tidak termasuk Hong Kong dah Macau. Kali ini ke Beijing dengan harapan dapat menjejaki kaki ke Tembok Besar Negeri China.

Istana Musim Panas menjadi kunjungan pertama. Cuaca sejuk sangat2 sampai beku air Tasik Kunming, tasik buatan yang merentasi pemandangan dipinggir Istana yang terletak di atas Bukit Logevity.

Kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998.

Pembinaan bermula tahun 1750 sebagai taman diraja untuk anggota keluarga cuti berehat dan berlibur.

Rekabentuk sekitar mengingatkan kepada suasana West Lake di Hangzhou yang pernah dikunjungi tahun 2011.

Masjid Niujie
Singgah di Masjid Niujie, sebuah masjid bersejarah di Beijing yang terletak di 'perkampungan Muslim' terbesar dengan kira2 13,00 umat Islam.

Ia juga kini masjid dan terbesar tertua, asal dibina pada tahun 996 tetapi mengalami pelbagai renovasi.

Masjid ini menjadi titik awal kemasukan Islam di China. Waktu solat yang tertera di luar masjid ialah waktu solat berjemaah bersama imam, yang sedikit lewat daripada waktu masuk sebenar.

Daging Palsu?
Niujie juga bererti Jalan Kambing, dimana di kawasan ini terkenal dengan jualan daging serta masakan kambing halal yang 'asli', dimport dari Mongolia. Satu juadah istimewanya ialah sate buah.

Namun tidak berkesempatan disebabkan queue yang panjang untuk mendapatkannya serta membayarnya kerana terletak dalam sebuah Supermarket Muslim.

Dikatakan asli sebab terdapat kejadian daging sate yang dijual ditempat lain bercampur dengan daging lain termasuk tikus.
Share:

Sambutan Maulidur Rasul 1439H

Walaupun buat pertama kalinya dapat bersalaman dengan DYMM Yang Dipertuan Agung, namun agak berdukacita kerana tidak dapat mendengar ucapan baginda untuk dijadikan buah tangan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tadi malam.

Mungkin ini sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang paling 'sempoi' pernah dihadiri.

Sambutan dengan tema "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara" ini telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Selalunya diadakan perarakan, tetapi dikatakan dibatalkan pada saat-sata akhir, mungkin kerana faktor cuaca.

Namun sebagaimana biasalah, asyik jumpa saja rakan-rakan lama yang sering hadir dalam majlis seperti ini.
Share:

Robot Pintar

Mendampingi robot yang dipertingkatkan dengan keupayaan IBM Watson serta cloud computing, AI dan big data bagi menjadikannya smarter than ever. Direkabentuk untuk berkomunikasi dengan manusia, memahami emosi manusia menerusi ekspresi muka, body language, kata2 dan adapt dengannya.

Dikatakan juga telah digunakan di beberapa kaunter khidmat pelanggan bagi membantu menjawab pertanyaan pelanggan, termasuk syarikat di Malaysia.

Malangnya cubaan berkenalan denganya gagal. Masih 'budak2' lagi kot dan perlu banyak melalui learning proses lagi atau dah keletihan melayan tetamu yang singgah menyapanya sempena Persidangan MyDigital Leaders Convention 2017 di MAEPS Serdang semalam.

Share:

Persidangan Big Data & Analytic Application : Impact on Human Capital"

Menghadiri Majlis Perasmian Conference & Exibition HRDF and Trainer 2017 anjuran Human Resource Development Fund ( HRDF ), sebuah Agensi di dalam Kementerian Sumber Manusia yang disempurnakan oleh YB Menteri Sumber Manusia.


Persidangan bertemakan "Big Data & Analytic Application : Impact on Human Capital" itu berharap dapat memacu tenaga kerja negara untuk mencapai dayasaing global dan persediaan dengan ketibaan Revolusi Industri 4.0.


Dalam majlis tersebut, turut dilancarkan Aplikasi Mobile HRDF yang menyediakan berita aktiviti, peristiwa dan pekeliling HRDF, hanya dihujung jari.

Fasa 2 aplikasi nanti membolehkan majikan dan penyedia latihan membuat pendaftaran dan tuntutan menerusi gajet mobile.
Share:

Tentang Bersedeqah

Dua hadith yang sebutkan oleh Ustaz Jamer Kodiang dalan Kuliah Dhuhanya tadi, (1) Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)” ( H.R. Bukhari )

(2) Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud, “Daripada kalangan umatku ini, siapakah yang sayangkan harta saudaranya lebih daripada hartanya sendiri?” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih menyayangi harta orang lain melebihi hartanya sendiri?” Baginda bersabda lagi, “Harta milik sendiri adalah harta yang didermakan dan disedekahkan kepada orang lain. Harta orang lain adalah harta yang disimpan yang tidak disedekahkan kepada sesiapa.” Tidak pulak dinyatakan perawinya.

Share:

Ceramah Hari Integriti KSM 2017

Tak dapat nak hadir sepenuhnya, sempat sikit2 sebab ada meeting dan tugas lain. Moga bukan ilmu salah yang di terima dari kehadiran berapa penceramah tersohor yang mengisi slot sempena Hari Integriti dan Psikologi KSM di pejabat pagi tadi.

Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam ceramahnya menjelaskan bahawa lebih banyak kita mengenali tentang diri kita, lebih memudahkan kita untuk berubah dan berjaya.

Manakala dalam Forum 'Amanah Tonggak Integriti' yang membariskan Ustaz Elias Ismail serta Ustaz Hazaruddin Baharudin ( mantan Imam Masjid Besi ) sebagai ahli panel dan Sdra Amin Idris sebagai moderator menekankan tentang keperluan menjaga amanah dalam memastikan keberkatan kehidupan dan pekerjaan menjadi ibadah.

Perasmian Hari Integriti dan Psikologi KSM telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Share:

Forum Duha Perdana @ Karnival Mega Jom Ke Masjid

Begitu teruja kerana dapat menghadiri diri di Forum Dhuha Perdana sempena Karnival Mega Jom Ke Masjid di Masjid Seri Putera, Bangi pada 1 Januari 2017 yang menghimpunkan 3 tokoh pendakwah tersohor iaitu UstazUstaz Hassan Mahmud, Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Zul Ramli.

Lama tidak melihat mereka secara live walaupun Ustaz Hassan sering kelihatan di TV. Ustaz Zul Ramli yang sebelum ini sering mndengarnya di corong Radio IKIM, sejak akhir ini sering juga muncuk di kaca TV.

Ustaz Hassan Mahmud dalam memulakan bicara, mengingatkan bahawa kemuncak kehidupan bukan sekadar mencari kepuasan atau puas dengan pencapaian siri dalam hidup. Sebaliknya kemuncaknya ialah mencapai keredhaan Allah.

Menurutnya lagi, kehidupan adalah suatu proses yang sedang kita jalani, kematian juga akan kita hadapi dan kita akan dipersoalkan setelah dibangkitkan semula sebelum ditempatkan di destinasi akhir.

Ustaz Ismail Kamus yang hadir dengan kerusi rodanya pula mengingatkan bahawa semakin hari masa semakin suntuk dan dirasakan semakin pendek. Oleh itu manfaatkan masa dengan Solat2 Sunat, Qiamullail, berzikir, membaca al-quran dan bersedeqah.

Seterusnya beliau menyarankan untuk kita memahami isi kandungan al-quran, makna2 ayat dan doa yang sering dibaca masa dan selepas solat.

Ustaz Zul Ramli pula mengibaratkan kehidupan ini umpama bermain golf. Semakin banyak pukulan, makin dekat bola dengan lubang sasaran @ liang lahad. Penghujung ialah kembali kepada Allah.

Beliau juga menyeru agar Masjid @ Surau bukan dijadikan sekadar kubu iman yang perlu diperkasakan rohnya, tetapi juga tempat menyemai benih dan memupuk kasih sayang dikalangan umat Islam. Pesanan Rasulullah s.a.w, yang dekat dengan beliau di Mahsyar nanti ialah orang yang mulia ahlaknya.
Share:

Meredah Pulau Tioman : Hari Kedua

Alhamdulillah, 26 Disember 2016, cuaca cerah sejak awal pagi lagi di Pulau Tioman walaupun sesekali gerimis dalam keterikan cahaya matahari. Selepas sarapan pagi, kami terus ke jeti dimana sebuah bot telah menunggu untuk membawa kami.

Menurut pemandu boat laju kami, kami akan dibawa ke Kawasan Bebas Cukai iaitu Kampung Tekek, kemudian ke Taman Laut Tioman dan Pulau Renggis untuk snorkelling.

Kampung Tekek
Aku sebenarnya tidak pasti sejuh mana Kg Tekek terkenal dengan kawasan bebas cukai. Jetinya menarik dengan pelbagai kapal layar, bot dan kapal besar yang sedang berlabuh.

Rupanya ramai penghuni di kampung ini. Kenderaan kereta, van dan motorsikal menjadi pengangkutan utama. Siap ada jalan raya, sekolah menengah dan rendah sekali. Pelajar dari Kg lain ditempatkan di asrama di sekolah ini.

Namun tidak ada apa yang dibanggakan atau barangan yang murah disini. Mungkin rokok dan minuman keras yang murahnya.

Makanan cokelat lain agak mahal juga berbanding Langkawi or Labuan, tetapi lebih murah berbanding tempat lain di atas darat.

Penat berjalan tanpa beli apa-apa kecuali roti untuk makanan ikan nanti.

Taman Laut Tioman
Meneruskan perjalanan ke suatu teluk yang dinamakan Taman Laut Tioman.

Di situ kami berhenti di suatu jeti dan menurut pemandu, 2 jam diberikan untuk snorkelling.

Bermula dari pantai terus menghala ke pelantar yang disediakan, kami meredah. Namun agak mendukacitakan kerana air yang tidak jernih serta ikan yang tidak begitu kellihatan.


Terasa penat snorkeling di sini, kerana hasilnya tidak berbaloi. Padahal matahari terik juga ketika ini.

Namun dikongsikan juga beberapa pemandangan yang sempatt juga dirakam.

Pulau Renggis
Inilah penyelamat yang menjadikan kunjungan snorkelling di Tioman berbaloi !!. Kalau tahu, biar 2-3 jam di sini. Tak payah ke Taman Laut Tioman tadi.

Begitu teruja dengan ikan yang banyak dan manja menggelilingiku. Airnya cukup jernih dengan matahari yang masih terik tengahari.

Malangnya sampai sini sudah penat, kepenatan snorkelling di Taman Laut Tioman. Ini menjadikan aktiviti terbatas, tidak meluas di sekitar Pulau Renggis.

Tengkok dan leherku sudah terasa sakit-sakit macam orang tidur yang tidak betul bantalnya. Namun aku gagahkan juga berbekalkan kamera kalis air yang aku bawa bagi merakamkan detik-detik keindahan si dini.

Sesekali pulak alat snorkelling ku sering dimasukkan air. Namun ia suatu pengalaman yang menarik di pulau ini. Pun begitu, kelihatan batu karangnya kurang variasinya. Mungkin sebab tidak begitu meluas penerokaanku.

Perubahan Ranking
Berdasarkan pengalaman bersnorkeling di beberapa pulau dalaam negara, nampaknya susunan ranking berdasarkan ke’best’annya telah berubah setelah pulang dari Pulau Renggis @ Tioman. Kedudukan pertama (1) masih Pulau Kapalai, Sabah (2) Pulau Perhentian, Terengganu (3) Pulau Renggis, Tioman, (4) Pulau Kapas, Terengganu (5) Pulau Payar, Langkawi dan paling tak berbaloi (6) Pulau Manukan, Sabah dan (7) Pulau Pangkor, Perak. Next target, Pulau Redang dan Lang Tengah !!!

Berikut dikongsikan sebahagian panorama yang sempat dirakam di Pulau Renggis ...
Share:

Meredah Pulau Tioman : Hari Pertama

Main redah dan nekad sahaja. Selalunya bulan Disember banyak resort di Pulau Tioman yang tutup kerana musim tengkujoh. Memang benr, hari pertama sampai, hujan gerimis dan sesekali hujan lebat turun di Pulau Tioman. Inilah kali pertama sampai di Pulau Tioman

Walaupun naik feri untuk ke Pulau Tioman di Jeti Mersing Johor, Pulau Tioman yang asalnya merupakan dalam jajahan Johor kini merupakan sebahagian Pahang setelah diserahkan kepada Pahang oleh sultan Johor dulu-dulu semasa British. Dari Pahang untuk ke Tioman boleh naik feri di Jeti Tanjung Gemok, tetapi ditutup masa itu. Sebaik suboh dah kena berada di Jeti, ramai juga orang masa tu ..

Cerita dongen orang tua-tua, dikatakan Pulau Tioman berasal dri naga yang sesat dari Tasik Chini Pahang. Nama Tioman pula dikatakan daripada seekor burong tiong yang dipunyai oleh seorang bernama Man.

Pulau ini memang dikenali dengan keindahan pulaunya. Malah lebih daripada itu dikatakan mempunyai air yang jernih serta baru karang yang menarik. Itu antara tujuan aku ke sini. Snorkeling suatu yang mesti.

Namun tetiba sahaja, cuaca nampak kurang mengizinkan. Maka kami set untuk sesi snorkeling esok hari sahaja. Memang benar banyak kedai dan resort yang kosong bercuti. Kami menginap di Damai Resot di Kg Genting secara pakej untuk 2 hari 1 malam.

Lepas check-in, ambil peluang main-mainair di pantai. Tak Nampak peluang nak bersnorkeling lantaran air yang agak keroh, ombak yang kuat serta hujan yang sesekali turun.

Lepas makan malam, cuba merayau-rayau melihat sekeliling dicelahan lampu-lampu yang menyala malam itu.

Rupanya Pulau Tioman terdiri daripada beberapa kampung yang mempunyai penduduk tetap. Di Kg Genting sahaja, terdapat kemudahan seperti klinik dan masjid.

Sayangnya masa aku di sana, tak kedengaran pulak azan masjid, malah tiada orang ketika aku berkunjung ke sana. Imam balik kampong ke darat kot ?
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah