MAHA 2006 yang kedengaran lebih kepada masalah logistik. Kini MAHA 2008 kembali. Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 atau MAHA 2008 sedang berlangsung di Serdang Selangor. Pameran ini dianggap bukan sahaja yang terbesar di Malaysia, tetapi mungkin di Asia Tenggara. MAHA2008 telah diiktiraf oleh The Malaysian Book of Records sebagai pameran terbesar di Malaysia. Diadakan bermula dari 13 Ogos hingga 23 Ogos, boleh dianggap acara ‘must attend’. Lagipun diadakan semasa cuti sekolah berlangsung. Pelbagai pameran, pertunjukan, produk dan inovasi yang berkonsepkan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ diadakan. Aku sempat ke sana, tetapi memandangkan keluasan kawasan, tak dapat nak diselesaikan dari jam 9.30pagi hingga 4 petang. Mungkin 2 atau 3 hari diperlukan. Pelbagai perkara menarik di sana. Panjang umur jumpa lagi MAHA 2010.
Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands
4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.
Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025
Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.
Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025
Lembu2 sado yang menjadi piihan ...
Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh
Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut
Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025
Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.
Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan
Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.
Surau Jumaat Al-Hidayah ??
Pada 13 Ogos 2008, aku menghadiri Mesyuarat Tapak Kali Ke-5 Pembinaan Masjid Saujana Utama. Dalam sesi ‘round the table’, Tuan Kadhi Kuala Selangor, Ustaz Zainal Abidin Sulaiman mengucapkan tahniah kepada Surau Al-Hidayah kerana dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah yang lalu, permohonan Surau Al-Hidayah untuk mendapatkan kebenaran Solat Jumaat telah diluluskan dan surat akan menyusul, probably Ramadhan nanti boleh start. So kena carilah mimbar, ujar beliau lagi. Aku agak tergamam menerima berita ini, nak kata ‘terima kasih’ or ‘Alhamdulillah’, macam tak terdaya or dibuat-buat pulak.
Sebelum ‘berpisah' dengan Ustaz selepas meeting, Ustaz turut berbisik, ‘Surau-surau di Saujana sekarang nie naiktaraf jadi masjid je’. Aku rasa ini merujuk kepada pesanan ustaz semasa dialog dengan MGS Saujana Utama dulu, sebab Masjid Saujana Utama yang bakal dibina hanya mampu menampung 1,300 jemaah sahaja. Then aku sms ‘berita gembira’ ini kepada AJK Surau Al-Hidayah, berbagai reaksi diterima. “Alhamdulillah”, “Bila start”, “Lusa boleh start ke ?”, “Tahniah” dan yang terharunya, ”Maka bertambah beban tugas dan amanah harus dipikul bersama”. Ada juga yang melawak, “kena adakan kursus khatib dan bilal, takut nanti baca doa makan” dan yang paling ganaz, “Surau Jumaat An-Nur tutup ke ?”.

Memang, berikutan dengan kesesakan yang berlaku di Surau Jumaat An-Nur yang berhampiran serta pembinaan Masjid Saujana Utama yang masih tidak menentu kedudukannya ketika itu, pelbagai pihak telah mencadangkan agar solat Jumaat didirikan di Surau Al-Hidayah. Aku yang pada mulanya tidak mengambil berat dalam hal ini sebab nak mengurus dan memastikan solat jumaat didirikan merupakan suatu yang lebih berat tanggungjawabnya berbanding solat berjemaah.
Perkara ini pernah menjadi perbincangan hangat di laman web saujanautama.net. Mesyuarat AJK Surau Al-HIdayah yang diadakan sebelum berakhirnya Ramadhan 1428H telah bersetuju untuk mengemukakan permohonan kepada MAIS. Maka bersiaplah melengkapkan dokumen permohonan berkaitan sebelum dikemukakan kepada pihak MAIS melalui Pejabat Agama Kuala Selangor. Turut disertakan gambar fasiliti surau bagi menguatkan paper permohonan.

Banyak juga perkaranya, kena dapatkan banyak ulasan. Memula sokongan Nazir Masjid Felda Bukit Cerakah ( pegi dengan Hj Umor ). Kemudian dengan YB ADUN Jeram ( pegi dengan Setiausaha, Azrul ) semasa sambutan Raya bersama ADUN Jeram di Saujana Utama ( atas nasihat Sdra Abdul Hamid Solihin ). Akhirnya jumpa Orang Besar Daerah ( sorang-sorang ). Baru aku tahu apa fungsi Orang Besar Daerah ini. Kiranya wakil Sultan, tapi takdelah ‘berpatik hamba’.

Akhirnya, dokumen lengkap permohonan dikemukakan kepada Pegawai Tadbir Agama Islam Kuala Selangor pada 9 November 2007, jam 3.30petang. Masa submit permohonan tersebut kepada Tn Kadhi ketika itu, iaitu Ustaz Idris Ramli, nampak macam payah aje nak lulus. Alasan kukuh untuk menolak ialah jarak dengan Surau Jumaat An-Nur tidak sampai 2km ( 1.6 km sahaja ). Wakil Pejabat Agama yang memantau di Surat Jumaat An-Nur juga pernah mengatakan, tidaklah sesak sangat ( pada hal masa tu cuti sekolah, ramai balik kampong ). Kalau cuti hari Jumaat memang itu Pejabat Agama Kuala Selangor akui. Lagipun mereka macam takut berlaku isu seperti sebuah surau di bangi yang masih meneruskan solat jumaat walaupun masjid telah dibina dan kebenaran telah ditarik bakik.
Selepas dua bulan, Naib Pengerusi Sdra Rosli buat follow up di JAIS Shah Alam, kecoh sikit berlaku. Mereka kata tidak terima permohonan Surau Al-Hidayah, sedangkan Pejabat Agama Kuala Selangor kata sudah hantar. Tension betul … ‘missing in action’ ke ? Nak isi semula permohonan bukan main seksa.
Then dimaklumkan sudah settle. Cuma belum tahu bila tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Kariah. Lepas PRU12 Mac 2008 Sdra Rosli call semula JAIS Shah Alam nak tahu perkembangan. Mereka kata tidak terima permohonana berkenaan daripada Kuala Selangor. Bengang betul ketika itu. Sebenarnya ini bukan kes pertama bagiku, pernah ada kes lain mereka dakwa tidak terima surat yang dikirimkan. Akhirnya barulah diketahui memang Kuala Selangor tidak hantar sebab ‘tak diluluskan’ di peringkat Pejabat Agama Kuala Selangor lagi. Alasannya, jarak tidak sampai 2km dengan Surau Jumaat An-Nur. Geram betul, kalau tak lulus bagi tahulah, boleh kita buat tindakan …
Kemudian buat surat rayuan dengan alasan ‘keesakan yang melampau’. Ini juga saranan Ustaz Khair, Penyelaras Masjid Kuala Selangor ketika itu dengan katanya, ‘mungkin dengan adanya kerajaan baru, polisi ini berubah’. Ustaz Idris dimaklumkan dah tukar ke Sungai Besar dan digantikan dengan Ustaz Zainal Abidin.
Kemudian aku pun menerima salinan surat yang menunjukkan permohonan Surau Al-Hidayah telah dipanjangkan kepada Jawatankuasa Kariah JAIS. Lega sikit, sekurang-kurangnya dan sampai ke JAIS. Sdra Rosli membuat folowup dan memaklumkan perkembangan kepadaku, sehinggalah makluman daripada Ustaz Zainal Abidin.
Bagaimana tindakan seterusnya ? Tunggu surat rasmi daripada JAIS ? Mana nak carik mimbar ni … 2nd hand pun takpe.
Dalam kepalaku, kena ada jawatankuasa khas nak uruskan solat Jumaat ini. AJK yang sering ada di taman ialah Hj Umor, Abang Raja, Ustaz Zaini dan Sabri Musa. Yang boleh balik dari tempat kerja ialah Zul Perhebat. Itu saja ? Mungkin boleh tambah AJK lain .. or giliran dari kalangan 30 orang AJK Surau Al-Hidayah.

Imam Yusof Marzuki ( pernah ada tauliah JAIS ) dan Ustaz Dr Abdul Latif pilihan utama sebagai khatib. Bilal siapa pulak … Kena mesyuarat sungguh nie. Sebelum ini Surau Al-Hidayah sudah buat Kursus Pemantapan Imam Dan Bilal. Tetapi sejauh mana kesannya, khususnya bagi bilal …
Tapi suatu perkata yang aku kira penting ialah menjadikan solat jumaat di Surau Al-Hidayah, menarik, menyeronokkan dan mesej khutbah sampai. Selain air-cond yang sedang dilengkapkan, ini peluang untuk gunakan kemudahan teknologi serta ICT.

Antaranya, LCD yang memaparkan kandungan or intipati khutbah di skrin besar. Ini yang aku benar-benar envy bila sering solat jemaat di Surau Intan Bukit Kiara. Selain mengelakkan ngantuk, mungkin para jemaah lebih focus dan memahami apa yang disampaikan oleh khatib. Bebudak pun tidak bising.
Juga TV untuk jemaah di luar Dewan Solat Utama memaparkan wajah khatib yang sedang berkhutbah, sebagaimana yang sedang diusahakan untuk program Diskusi Bersama Ustaz Wan Akasyah dan Siti Nor Bahyah pada 24 Ogos nanti. Sebiji TV 21 inci dah ada orang sedeqah. Kini tengah cari sangkar untuk digantung.
Terbayang juga aku akan Hj Umor pegang rotan round tempat solat bebudak supaya tidak berbual semasa khatib berkhutbah .. dan satu lagi kena terbitkan “Dari Mimbar Al-Hidayah” untuk edaran setiap kali Jumaat. Ah, banyak benar …
Bukan hendak berebut jemaah berbanding Surau Jumaat An-Nur, tetapi suatu pilihan dan itu kehendak ahli kariah. Bukan masalah nak tambah income kerana KIDaS memang sering membantu Surau Al-Hidayah, selain sumbangan yang tidak putus-putus daripada ahli kariah. Jika dikira daripada sudut kawasan pun rasanya Surau Al-Hidayah lebih kondusif. Ruang parking kereta yang luas, kedudukan di tengah-tengah Saujana Utama dan ada pelajar KIDaS dan probably lebih dekat dengan SMK Saujana Utama.
Surau Jumaat Al-Hidayah akan beroperasi, insay’allah. AJKnya perlu memastikan setiap Jumaat, solat dapat diadakan, perjalanannya sah dan lancar.

Juga TV untuk jemaah di luar Dewan Solat Utama memaparkan wajah khatib yang sedang berkhutbah, sebagaimana yang sedang diusahakan untuk program Diskusi Bersama Ustaz Wan Akasyah dan Siti Nor Bahyah pada 24 Ogos nanti. Sebiji TV 21 inci dah ada orang sedeqah. Kini tengah cari sangkar untuk digantung.Terbayang juga aku akan Hj Umor pegang rotan round tempat solat bebudak supaya tidak berbual semasa khatib berkhutbah .. dan satu lagi kena terbitkan “Dari Mimbar Al-Hidayah” untuk edaran setiap kali Jumaat. Ah, banyak benar …
Bukan hendak berebut jemaah berbanding Surau Jumaat An-Nur, tetapi suatu pilihan dan itu kehendak ahli kariah. Bukan masalah nak tambah income kerana KIDaS memang sering membantu Surau Al-Hidayah, selain sumbangan yang tidak putus-putus daripada ahli kariah. Jika dikira daripada sudut kawasan pun rasanya Surau Al-Hidayah lebih kondusif. Ruang parking kereta yang luas, kedudukan di tengah-tengah Saujana Utama dan ada pelajar KIDaS dan probably lebih dekat dengan SMK Saujana Utama.
Surau Jumaat Al-Hidayah akan beroperasi, insay’allah. AJKnya perlu memastikan setiap Jumaat, solat dapat diadakan, perjalanannya sah dan lancar.
Menasyidkan Semula Nasyid ?
Malam 2 Ogos 2008, aku berkesempatan untuk menyaksikan sendiri Konsert Akademi Nasyid di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral, Shah Alam secara 'live'. Bukan nak pergi sangat, tetapi anak-anak aku yang mengajaknya. Kebetulan yang di DQ dan UTP pun balik sama. Rupanya Konsert Akademi Nasyid ini telah masuk siri ke-7 yang disirakan di TV9 pada setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam hingga 10.00 malam bermula 21 Jun 2008 lagi. Di rumah pun sebenarnya aku jarang menonton sebab bagiku, selain daripada pelbagai definasi, bagiku ”lagu nasyid mesti berkumpulan” dan kebanyakan peserta dalam Akademi Nasyid ini bertanding secara individu.
Apa yang dinamakan lagu or irama nasyid ? Menurut JAKIM, nasyid merupakan cabang seni yang bersendikan Islam, kerana ia mengandungi lirik yang merangkumi pesanan, ingatan, kisah para nabi, seruan dakwah Islamiah dan meniupkan semangat dalam proses pembangunan bangsa dan negara.
Maknanya selagi ada advice of ingatan atau mesej baik, dikira nasyid. Begitu ke ? Apa definisi nasyid bagi anda ? Kepada pakaian kah?? Berdasarkan kopiah ? Pada nama lagu atau kepada kandungannya ? Sekali aku tengok konsert Akademi Nasyid ni, aku rasa macam tak kena. Agaknya pesertanya jenis yang tidak berjaya nak masuk Akademik Fantasia, One In A Million atau Geng Starz, lantas memilih Akademik Nasyid bagi meneruskan ’cita-cita’ sebagai ’penyanyi’ dan nak jejaki cara Faisal ex-Miwarna untuk ’popular’.
Mungkin aku masih terbawa-bawa kepada irama nasyid convensional, yang dulu-dulu sebelum kehadiran Raihan. Lagu-lagu ’moden’ Rabbani dengan sentuhan KRU mencetuskan ’Nasyid Kontemporari’ sehingga ada lagu yang ’bukan nasyid’ yang dinyanyikan oleh "kumpulan nasyid" lalu jadi nampak macam nasyid. Umpamanya, kalau Kumpulan Nasyid menyanyikan lagu 'Air Pasang Dalam' dan 'Lompat Si Katak Lompat' di dalam albumnya sekali pun, mungkin si peminat ini akan akui itu juga lagu nasyid. Ustaz Asri Robbani yang kebetulan jadi ’Pengetua’ Akademi Nasyid musim pertama ini, perlu bertindak sesuatu.
Apakah benar, nasyid semakin hilang arah ? Lagu Kumpulan Nasyid yang popular sekarang kebanyakannya jenis jiwang-jiwang, mendayu-dayu dan seolah-olah hanya mengislamkan lagu-lagu cinta aje untu dinaikkan taraf sebagai lagu nasyid !! Malahan terdapat banyak lagu ’biasa’ yang lebih nasyid dari nasyid-nasyid kontemporari yang berlambak-lambak di pasaran pada hari ini. Mungkin rentak dan bunyinya tidaklah Islamik, tetapi liriknya adalah sangat baik dan mempunyai banyak nasihat dan tidak dikatakan lagu nasyid.
Ini baru kisah 'lagunya', belum ambik kira tentang penyanyi nasyid itu sendiri, sejauh mana mengamalkan apa yang dilaungkan serta lirik yang diucapkan. Ini sebenarnya satu lagi perkara penting bagi irama nasyid, iaitu imej ’islamik’ yang ditunjukkan. Apa perasaan anda sekiranya penyanyi Dayang Nurfaizah nyanyikan lagu 'Selimut Puteh', sedangkan Kumpulan Koptrasa yang banyak nyanyi lagu puisi serta ketuhanan, tidak pulak digelar kumpulan atau nyanyi lagu nasyid.
Yang penting sekarang ialah 'Menasyidkan Semula Nasyid' ... bagaimana ya ?

Tn Guru Dato' Dr Harun Din Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w
Ketika sesi soal jawab pada penghujung menyampaikan Kuliah Perubatan Islam pada 21 Julai 2008, satu soalan bertanyakan ‘Berapa kalikah Tn Guru mimpi bertemu dengan Rasulullah’ … tetiba Ustaz terdiam dan dalam keadaan sebak-sebak beliau cuba meneruskan membaca soalan ‘apa pesanannya kalau ada kepada umat Islam’ … Sambil meminta maaf, ustaz terus ‘sebak’ lalu beralih kepada soalan berikutnya. Pada penghujung kuliah pada 28hb Julai 2008 lalu pula, dikemukakan soalan ‘Minta maaf kerana bertanyakan mengenai Ustaz bermimpi Rasulullah’. Ustaz kata tidak mengapa dan tidak salahkan pertanyaan tersebut.
Seingatan aku daripada apa yang ustaz jawab, dapat aku simpulkan yang ustaz mengakui pernah bermimpi beberapa kali bersama dan bertemu Rasulullah s.a.w. Malangnya aku tidak dapat merakam keseluruhan kuliah pada 28 Julai lalu, alat perakam MP3 aku ‘memori full’. Mungkin tidak diizinkan Allah. Kalau tidak, aku dapat membuat transkrip semula. Harap-harap dapat beli VCDnya next week, tapi 1 VCD Cuma 1 jam rakaman sedangkan ketika itu dan lebih 1 jam 30 kuliah, 2 keping kot ?
Apa yang Ustaz kesalkan dalam beberapa mimpi tersebut, beliau seolah-olah tidak memanfaatkan suasana ketika bersama Rasulullah, seperti ketika Rasulullah s.a.w ‘memberikan kuliah’, ustaz seolah-olah ‘mengintai dari luar’ sahaja. Satu ketika Rasulullah s.a.w lalu berhampiran, Ustaz‘ selamba’ aje. Siapalah diri beliau yang begitu kerdil untuk bersama Rasulullah s.a.w, kata ustaz lagi.
Malah Ustaz masih ‘lekat’ dalam ingatannya, bagaimana wajah Rasulullah s.a.w apabila dapat berhadapan bertemu muka sambil memegang erat tangannya. Ustaz yakin itulah Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis jika mimpi bersama Raulullah, memang mimpi itu benar. Cuma beliau keberatan hendak mengkisahkan mimpi tersebut dibimbangi timbul sifat tidak baik pada dirinya atau cerita bertokok tambah. Maksud hadis lagi, sesiapa yang berdusta tentang Rasulullah s.a.w, api nerakalah yang selayaknya.
Menurut seorang sahabatku yang lama berguru dengan Ustaz, ini pertama kali dengar kisah beliau mimpi bersama Rasulullah s.a.w. Namun Ustaz pun tidak menjelaskan bila mimpi bersama Rasulullah s.a.w itu berlaku.
Seingatan aku daripada apa yang ustaz jawab, dapat aku simpulkan yang ustaz mengakui pernah bermimpi beberapa kali bersama dan bertemu Rasulullah s.a.w. Malangnya aku tidak dapat merakam keseluruhan kuliah pada 28 Julai lalu, alat perakam MP3 aku ‘memori full’. Mungkin tidak diizinkan Allah. Kalau tidak, aku dapat membuat transkrip semula. Harap-harap dapat beli VCDnya next week, tapi 1 VCD Cuma 1 jam rakaman sedangkan ketika itu dan lebih 1 jam 30 kuliah, 2 keping kot ?Apa yang Ustaz kesalkan dalam beberapa mimpi tersebut, beliau seolah-olah tidak memanfaatkan suasana ketika bersama Rasulullah, seperti ketika Rasulullah s.a.w ‘memberikan kuliah’, ustaz seolah-olah ‘mengintai dari luar’ sahaja. Satu ketika Rasulullah s.a.w lalu berhampiran, Ustaz‘ selamba’ aje. Siapalah diri beliau yang begitu kerdil untuk bersama Rasulullah s.a.w, kata ustaz lagi.
Malah Ustaz masih ‘lekat’ dalam ingatannya, bagaimana wajah Rasulullah s.a.w apabila dapat berhadapan bertemu muka sambil memegang erat tangannya. Ustaz yakin itulah Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis jika mimpi bersama Raulullah, memang mimpi itu benar. Cuma beliau keberatan hendak mengkisahkan mimpi tersebut dibimbangi timbul sifat tidak baik pada dirinya atau cerita bertokok tambah. Maksud hadis lagi, sesiapa yang berdusta tentang Rasulullah s.a.w, api nerakalah yang selayaknya.
Menurut seorang sahabatku yang lama berguru dengan Ustaz, ini pertama kali dengar kisah beliau mimpi bersama Rasulullah s.a.w. Namun Ustaz pun tidak menjelaskan bila mimpi bersama Rasulullah s.a.w itu berlaku.
Ke Pesta Buku Selangor 2008
Sempat menjenguk petang 27hb Julai ke Pesta Buku Selangor 2008 di Kompleks PKNS, Shah Alam. Rasanya macam kurang menarik. Tidak banyak penerbit 'besar' yang turut serta. Buku akademik sekolah sangat kurang. Beberapa buku ‘motivasi’ yang aku nak carik tidak ketemu. Ah, nanti beli di Kedai Buku INTAN aje ( selalu sembahyang Jemaat di sana dan by default 10% diskaun ). Ada jugak gerai yang tak memberikan diskaun langsung, hampeh !!!
Tapi dapat 'berkenalan' dengan penulis remaja dari Melaka iaitu Lala Zehan yang baru 15 tahun dengan kononnya menulis novel or cerita 'ala-ala' Harry Potter gitu ... Maknanya kisah pengembaraan realiti campur fantasi seorang remaja. Jarang ada penulis sebegini muda di Malaysia. Aku tanya, ada masa ke nak menulis, maklumlah masih belajar dan nak PMR ( SMK Tinggi Melaka ) pulak this year. Ada jawabnya, bila idea datang. Tapi rupanya cikgunya banyak membantu, khususnya dalam menyemak semula susunan ayat dan ejaan. Eh kalau gitu, baik cikgunya yang menulis … eh kalau gitu novelis dewasa lain, siapa yang jadi pembaca prufnya ? Semakan tu hanya bahasa, ayat dan perkataan yang diguna, tapi idea masih daripada penulis asal ...

Persidangan GIS Kebangsaan Kali Ke-3
Pada 21 dan 22 Julai lalu, aku berpeluang menghadiri persidangan berkenaan yang diadakan di PWTC. GIS atau Geographic Information System kira berkaitan juga dengan IT walaupun pada masa ini my ofis tidak menggunakan GIS. Perkataan GIS pun sebenarnya dah lama dengar, tetapi dengan perkembangan teknologi terkini yang menyokong GIS, aku lihat persidangan ini terbaik buatku mengetahui perkembangan serta mendapatkan maklumat semasa GIS. Pamerannya cukup menarik, walaupun tidak berapa banyak ( cuma 25 agensi ), tetapi very informatif. Seramai 450 peserta mengikuti persidangan dua hari ini, dengan 16 pembentangan kertas kerja.Semakin luas keperluan teknologi GIS. Dengan penggunaan geoinformasi yang berkesan memudahkan perancangan dan keputusan serta penguatkuasaan yang lebih efektif dalam menangani isu-isu alam sekitar yang semakin serius contohnya bencana alam seperti tanah runtuh, hakisan sungai dan banjir, termasuk kemungkinan-kemungkinan fenomena alam yang akan berlaku pada masa-masa akan datang. Selain itu, penggunaan geoinformasi boleh membantu menangani masalah-masalah sosial yang berlaku seperti krisis jenayah, pusat hiburan tidak berlesen, kemalangan, wabak penyakit dan sebagainya. Ini memudahkan membuat keputusan, merancang pembangunan, pemantauan dan menguatkuasakan undang-undang. Skopnya sama ada peringkat nasional, negeri atau tempatan.
Tetapi cabaran yang penting aku lihat ialah sejauh mana agensi yang terbabit dalam menyediakan GIS untuk keperluan masing-masing, boleh serta sudi berkongsi. After all guna duit kerajaan jugak. Bayangkan rakan lama ku 'Nizam Sup Selipar' yang hadir dari Jabatan Audit kata, jika GIS dimanfaatkan sepenuhnya, mereka tidak perlu turun on the ground untuk membuat auditan. Cukup di depan komputer membuat semakan, seperti betulkah jambatan yang dibena tu panjangnya as sepatutnya hasil peruntukan yang diberikan. Malah menerusi GIS, mampu memberikan maklumat kepada nelayan, dimana terdapat ikan yang banyak.
Satu lagi cabaran yang mungkinmenjadi penyebab perkara pertama tadi ialah perisian serta perlatan yang tidak 'piawai'. Difahamkan masih belum ada 'world' standard yang 'kuat' serta dipatuhi untuk teknologi ini. Isu GIS juga berkaitan dengan soal keselamatan negara apabila dunia mudah dilihat menerusi pelbagai alat yang berlegar-legar di angkasa.
17 Julai 2008 Yang Menyakitkan ...
17 July 2008, probably was not a good day for me. Pagi keluar rumah jam 6.45 dan sampai di exit Tol Plus Damansara jam 7.25. Jalan sesak giler, sampai pejabat 9.20 pagi. ‘Menate beruk betul’, itulah keluhan ku di shoutbox su.net sebaik duduk di kerusi bilikku di pejabat. Siapa ‘menate beruk’ tu ? Pagi tu ada sekatan jalanraya depan bangunan Eastin/The Star, probably bimbang ada rusuhan ekoran penahanan DSAI semalamnya. Polis Yang Bertugas ? Yang Mengarahkannya ? Ketua Polis negara ? Menteri Dalam Negeri ? Penyokong DSAI ? DSAI sendiri ?Lepas sarapan, aku singgah kejap nak beli setin biskut di sebuah pasaraya yang terletak di tingkat bawah bangunan pejabatku. Lalu aku ambik setin biskut yang tertulus di rak barangan harganya RM 8.69. Tetapi bila di scan di kaunter bayaran, terpapar RM 10.99. Aku komplen, lantas cashier tu minta pembantunya buat semakan. Selang beberapa minit ( lama juga ) muncul kembali pembantunya dan terkial-kial mencari orang lain sambil memegang tanda harga yang diambil dari rak barangan ( barangkali ) … Dalam hatiku tentu harganya RM 8.69. Tapi lama pula mamat tu tercari-cari dan queue semakin panjang. Lantas aku katakan, ‘kansel ajelah, lambat sangat’, kepada cashier tu dan aku berlalu pergi, tak jadi nak beli.
Ku kira ini bukan pertama kai aku ‘terkena’ di pasaraya tersebut. Lalu aku cuba launch report thru website pasaraya tersebut. Tapi bila tekan ‘sumbut’, tak jalan. Maknanya tah berja untuk dihantar. Hatuku makin geram, bad daylah kataka. Lantas aku telefon ‘customer services’ dan buat 2 komplen. Pertama, komplen kat website tak berfungsi dan keduanya hal harga barang yang tak sama antara yang dipaparkan di rak dengan yang discan di cashier.
Tadi aku singgah lagi ke pasaraya tersebut. Nampak ada satu poster sebagaimana dalam gambar. ‘Sekiranya Harga Yang Diimbas Berbeza dari Harga Yang DiPamerkan, Maka Harga Yang Terendah Akan Diberikan. Sekian. Terima Kasih’. Dalam hatiku, ini tentunya setelah aku lakukan komplen tempohari. Tapi bila ku lihat semula rega di rak barangan, ( seingatan aku jenama tin biskut yang sama ) harganya adalah RM 10.99. Bengkel Smart Solat Surau Al-Hidayah
Satu Bengkel Smart Solat telah diadakan di Surau Al-Hidayah Saujana Utama pada 19 Julai 2008. Seramai 131 pelajar telah mengikuti bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Program bersempena dengan Bulan Solat Surau Al-Hidayah ini dianjurkan bersama Brilliance MQ Sdn Bhd. Aku cuba mengamati bagaimana bengkel ini dikendalikan bagi menilai sejauh mana keberkesanaannya serta penerimaan peserta. Nampaknya peserta agak enjoy, sehinggalah kepada sesi muhasabaah merenung diri. Nampaknya bengkel ini lebih menitik beratkan aspek kesedaran untuk terus solat tanpa tinggal-tinggal dan memperbaikinya dari semasa ke semasa. Dalam sesi muhasabah merenung diri, penganjur 'pandai' memainkan perasaan dan emosi peserta sehingga 'bising' suasana surau dengan tangis jerit anak-anak.
Ketika itu video yang dipaparkan, something mengenai petikan drama TV kisah seorang anak 'dewasa' yang sudahlah terpisah jauh dengan ibunya yang sedang nazak, tapi tak sempat pulang bertemu ibunya ... sampai rumah dah meninggal dan hanya sempat meratapi jenazah yang terbujur kaku . Sambil tayangan video tu, 'pengacara' membuai dan memainkan perasaan anak-anak dengan mengandaikan bagaimana jika itulah kita, dosa kita kepada ibubapa, tipu ibu dan bapa, malas solat, asyik minta duit ibubapa nak beli itu dan ini, malas tolong ibu dan bapa di rumah. Nampak macam berkesan.

Mengikut penganjur, sepatutnya dibuat dua hari baru banyak pengisian. Aspek tatacara solat yang sempurna tidak banyak ditekankan, khususnya daripada segi praktikal . Tapi yang aku tak gemarnya ialah statment pengacara, 'yang tak dapat nombor satu dalam kelas, maknanya dia tak sayang ibubapa’. Teruk benar bunyinya. Kalau dalam satu kelas 40 orang, 39 orang tidak sayang ibubapanya ... Macamlah dia dulu sekolah pun dapat nombor satu !!! Mungkin maksudnya 'cemerlang'.

Anyway, so far nampak agak positif didengari hasil daripada bengkel ini, nampaknya boleh buat lagi sama ada sama level or advanced masa cuti sekolah ke nanti. Dalam majlis penutup bengkel, aku melahirkan hasrat agar program ini mencapai maksudnya dan memberikan impak serta kesedaran tentang peri pentingnya solat sebagai satu ibadah terpenting yang membentuk kehidupan seseorang dan pertama dihisab di padang mahsyar nanti, sebelum amalan lain. Biarlah anak-anak tu menangis sesal di dunia ini, tidak di akhirat nanti. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada peserta.

Untuk lagi gambar dan keterangan lanjut, boleh layari laman web Surau Al-Hidayah Saujana Utama

DSAI Kena 'Tangkap' ??
DSAI ditahan oleh sepasukan polis sejurus menghampiri kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.00 tengahari Rabu dari Putrajaya setelah memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Difahamkan polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan setelah itu Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dengan kawalan ketat pihak polis. Beliau dibawa ke IPK bagi memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat ke atasnya oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, 28 Jun lalu.
Gambar di atas dirakam oleh anakku yang kebetulan lalu berdekatan pintu masuk IPKL pada petang 16 Julai 2008. Klik 'Baca Seterusnya' untuk gambar-gambar lain ...

Debat 'Turun Harga Minyak' : DSAI vs DASC
Debat Khas diantara Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shaberi Chik ( DSAC ) dengan Penasihat Umum Parti Keadilan yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) telah diadakan di Dewan Bahasa Pustaka, 15 Julai 2008, jam 9.00 malam. Debat yang ditunggu-tunggu dan berjaya menarik perhatian ramai ini telah disiarkan sama ada secara alangsung atau tertunda dalam banyak saluran TV di negara kita. Penganjur utama ialah www.agendadaily.net.
Aku serta jutaan warga Malaysia tidak ketinggalan mengikuti debat ini. Ada yang mengikutinya di rumah, kedai dan restoran sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Namun, apakah kesan daripada debat ini ? Hujjah siapa yang lebih menarik ? Siapakah yang 'menang' ? Apakah warga rakyat yakin bahawa harga minyak akan boleh turun sekiranya DSAI naik menjadi PM ?

Aku memang sebenarnya dalam hati kecil ini 'minat' juga kat DASC, sejak mula dia join S46 dulu. Hujahnya, tulisannya dan ceramahnya memang menarik. Bagi yang condong kepada PR tentunya kata Anwar berjaya dan menang. Bagi UMNO-BN dan sekufu dengannya, tentunya kata "Ahmad Saberi Chik telah berjaya memberikan hujjahnya dan rakyat makin faham, sedangkan Anwar masih gagal memberikan pelan bagaimana minyak boleh turun." Tahniah untuk DSAC atas keberanian anda neyahut cabaran agendadaily yang khabarnya turut mempertaruhkan 'jawatan' Menteri Penerangannya. Tetapi layakkan DSAI berdebat dengan DSAC. Rasanya elok debat dengan PM or TPM.
Sepanjang perdebatan, ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini. Ia seperti tidak memberi banyak kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Formula yang diharap akan dibentangkan DSAI untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya. Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas PR membentuk kerajaan 16 September depan.
Bagaimanapun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka. Pada akhir debat DASC seperti terkedu dengan hujjah DSAI, lalu terpaku kat rostorum. DSAI lebih bijak dan banyak merendah diri dengan panggil DASC sebagai 'Datuk', sedang DASC cuma panggil DSAI 'Saudara Anwar'. Sayangnya DASC banyak buat serangan peribadi DSAI, mungkin cuba nak naikkan 'kemarahan' DSAI. Manakala DSAI pulak maintain dan tidak jawab mana-mana 'serangan' peribadi. Cuma DSAI ada tegur soalan 'bodoh' dari Dr Kadri !! DASC pula lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab. Dah tu minta hadirin 'percayalah', 'percayalah' dan 'percayalah'.
Tapi Ulasan ex-Presiden BSKL, Datuk Salleh Majid selepas program di Awani lebih menarik. Antaranya kenapa jual minyak ikut USD, tidak ikut mata wang Euro ? Dalam beberapa hal nampaknya macam selari dengan DSAI, seperti hal mismanagement, usaha or joint venture mendapatkan lebih telaga minyak dan tidak bergantung dengan reserve yang ada.
Nak tentukan menang kalah, siapa nak adilinya ? Walhasil balik asal ... kita terus 'menderita' akibat kenaikan rega minyak, sedangkan alasan 'alangkah bagusnya duit hasil minyak tu digunakan untuk peningkatan kehidupan, pembangunan infrastruktur yang lain' terus menjadi pegangan pemerintah.

Kelah Ke Kalumpang lagi !!!!
Sabtu 12 Julai yang lalu, aku sekeluarga berkelah di Kalumpang lagi. Pepagi siap bekalan, then ambik Kak Di di Darul Quran ( DQ ). Dalam perjalanan nampak ramai orang jual durian tepi jalan. Dalam hatiku, nak juga rasa sebab katanya durian Kalumpang enak-enak. Sampai Kalumpang kekira 1.00 tengahari, orang tak ramai dan kereta pun tak banyak. Langit agak mendung, sebab itu orang tak ramai agaknya. Aliran air nampak laju. Tak lama lepas mandi-manda, hujan lebat pun turun. Lama pulak tu, tak sabar tunggu redah aje kembali ke kereta. Sepanjang perjalanan balik hujan selebat-lebatnya. Sebab dah teringin nak beli durin, beli juga dalam keadaan hujan lebat. Dua longgok kekira 15 bijik dengan RM25. Beli juga buah naga yang dijual ditepi ladangnya. Sampai DQ, hujan cuma gerimis dan bedal durian yang dibeli. Memang sodap, pahit lemak berkerim gitu !!!
Kak Di menyatakan rasa risaunya. Tak pasti sama ada sebab pelajaran makin payah atau sebab satu demi satu rakan baiknya 'keluar' dari DQ, khususnya sebab dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah shoping di Rawang. Kak Yong nak beli barang untuk di bawak balik UTP, apabila naik semula sesi baru yang bakal bermula 21 Julai. Tapi aku rembat juga sepasang 'kasut raya' !!!

Hari Menjana Kecemerlangan SMKSU 2008
Alhamdulillah, 27 Jun lalu pegi ambik report kad anak pagi tadi .... nama program Hari Menjana Kecemerlangan, tapi content serupa je dengan Hari Penyampaian Kad Kemajuan yang sering diadakan. Anyway suatu tindakan yang baik daripada segi rebranding program. Nampak lebih pro sikit. Aku datang awal dan dapat giliran No 1. Ramai juga kengkawan hadir, tetapi rasanya tak adelah begitu ramai dan ini berbeza dengan kalau di SK. Kenapa agaknya ? Sudah lunturkah semangat ? Semakin sibuk dengan tugas bila bertambah usia dan bertambah tanggungjawab ? Aku pun terpaksa ambik 'time-off' untuk hadir tempohari, lepas tu kembali ke pejabat.
Nothing much to say sebab guru kelas anakku, Cikgu Malihah masih baru dan tidak dapat info tentang kelemahan anak dalam subjek tertentu, so pendek aje. Tahniah kepada anakku Najihah yang dapat nombor 1 kelas dan no 2 dalam tingkatan. Cuma isteriku macam tak puas hati dengan kiraan gred purata bagi menetukan kedudukan dalam tingkatan. Bagi aku, tidak kisah dapat nombor berapa pun, hatta nombor seratus pun, asalkan bilangan skor A adalah 'banyak'. Teringat masa ambik report kad anak di SDAR dulu, ada peluang jumpa guru-guru setiap mata pelajaran, tapi lama le masa menunggu. Anyway, berbaloi sebab jauh-jauh datang dan buat pun weekend ...Kawal Berat Badan
Balik kampung pada 20 hingga 22 Jun lepas, asyik makan aje. Bila aku timbang berat badan, aku terkejut sebab berat badanku semakin naik ... adussss. Hajat nak kurangkan berat badan, nampak gagal. Sebelum ini berat ku antara 78 hingga 81 kg sahaja. Jumaat 27hb Jun lalu, aku ternampak satu buku yang agak menarik tajuknya, 'Kawal Berat Badan' dengan harga cuma RM9 ( selepas diskaun RM 1 ) aku pun rembat satu.
Sebenarnya lebih menarik untuk aku rembat buku ini ialah penulisnya iaitu rakanku masa di sekolah menengah dahulu ( SM Sains Johor, Kluang ). Sebelum ini aku pernah baca artikelnya yang dipublishkan dalam yahoo group SAJOHA-SPM80, iaitu group student SMSJ yang menduduki SPM tahun 1980. Sehingga kami satu batch masih berhubung menerusi group tersebut.Berbalik kisah nak kawal berat badan, nampaknya aku kena lebih banyakkan bersenam. Aktiviti skiping tanpa tali dan berbasikal dalam rumah kena teruskan juga. Kalau ikut BMT memang dah over weight nie ... masa tengahari kat ofis pun aku jarang makan. Kalau jemput kenduri disaji makan malam yang 'hebat' pun aku cuma makan buah dan kuih seketul dua. Tapi kenapa naik dan terus naik ??? Aku harap dengan membaca buku ini nanti, sedikit sebanyak dapat membantu aku mengawal berat badanku. Terima kasih Master Herbalis Bahrin Samah.
Detik Perasmian Bangunan KIDaS
Seperti yang aku coretkan sebelum ini, daripada hari pertama aku dapat konformasi yang MB Selangor nak datang rasmikan bangunan KIDaS, aku tak yakin beliau akan datang. Keyakinan aku semakin berkurangan hinggalah pada saat akhir dimana persiapan pelancaran ‘Pusat Khidmat Rakyat’ Saujana Utama juga rancak dijalankan. Segala persiapan dilakukan pelan-pelan. Nak cakap depan MB ni, kenalah aku prepare teks ucapan elok-elok dan mohon rakan-rakan semak.
Namun pada 13hb Jun, on the way nak gi Solat Jumaat, aku dapat SMS, ‘Berita trkini, mb x dpt hadir,beliau berada di doha,dia akan hantar wakil utk resmi’. Adussss … nak buat camana, talipon Pegawai Khas MB, talipon beberapa AJK ku minta pandangan nak buat camana. Baner dah siap, plaque dan buku cenderamata pun sama. Nak tangguh bukan dia. Mungkin ramai yang berdukacita jika dimaklumkan MB tidak akan datang. So teruskan aje tanpa buat hebahan yang MB tak akan hadir. Aku dimaklumkan juga sebagai ganti, YB Dr Zulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor akan datang ‘menggantikan’ MB Selangor.
Petang 14 Jun dapat SMS lagi, ‘Ini antara u and I,mb bru blik tadi,sesame kita brdoa dia hadir esok, kita harap sesame ye’. Namun raptai malam 14 Jun jalan macam biasa dan akupun setkan dua set presentation. Satu jika MB datang dan satu lagi jika YB Ahli Parlimen yang datang merasmikan. Namun pada masa yang dijanjikan, MB tidak datang juga.
Namun, Alhamdulillah segalanya kukira berjalan lancar. Berita mengenainya majlis berkenaan boleh diperolehi menerusi saujanautama.net dan alhidayah.saujanautama.net. Keletihan lepas majlis aku tertidur. Memang aku dah janji kepada diriku untuk ‘tidur sepuasnya lepas zuhor’.
Yang mengejutkan aku dapat SMS mengatakan muka ku keluar kat Buletin 1.30 TV3 darihal KIDaS. Dari adikku di Johor, ‘Fuyoh! Masuk tv3 tadi,brita jam 1.30..rasmi sekolah agama KIDAS.. Mcm Y.B !. Bila majlis tu ..’. Alamak cepatnya !! Rasanya aku diinterview selepas majlis tersebut kekira jam 11.30 tengahari. Untuk kali kedua aku keluar TV tapi tak dapat tengok pada masa ianya disiarkan …
Terima email kawan di egroup SAJOHA-SPM80 katanya, ‘memula dia tunjuk kontena yang dijadikan bilik darjah, lepas tu, tunjuk sekolah yang dah siap, kemudian, dia tunjuk masa pembinaan yang ada piling, dan kotak2 ruang masih bertanah merah. Kemudian dia tunjuk En Hassan berucap, tunjuk orang orang yang duduk dalam khemah dan kemudian baru komen En.Hassan yang sebesar screen Tv masing2... sebenarnya lepas siaran Melody, saya duduk membaca suratkhabar, lepas memasak untuk lunch. Tetiba , terdengar perkataan saujana...kafa. .., tu yang terus toleh keTV....dalam hati berkata...ehh. ..rasanya nie tempat Hassan nie....memang betul bila selepas tu tenguk ada En.Hassan berucap...’.
Entahlah ... yang penting majlis dah selesai dan aku anggap ini suatu penghormatan kepada penduduk sekitar. Tahniah kepada semua. Selepas ini kena follow-up untuk Fasa ke-2 Pembinaan Bangunan KIDaS.

Kisah Cemas Tn Guru Dato' Haron Din
Semasa memulakan kuliah Perubatan Islam Darussyifa pada 9 Jun yang lalu, Tn Guru Dato' Haron Din menceritakan detik-detik cemas pengalaman beliau di Abu Dhabi, lantaran anak sulongnya Dr Huda menghadapi masalah jantung yang kronik, dalam perjalanan untuk menunaikan umrah. Seperti biasa aku memang merakam keseluruhan kuliah tersebut dan mendengar kisahnya, aku rasa banyak perkara menarik untuk dikongsikan bersama sebagai pengajaran. Sedang aku membuat cuba membuat transkrip kisah tersebut, rupanya transkrip yang lebih baik telah disiarkan di http://www.darussyifa.org. Klik 'Baca Seterusnya' untuk catatan tersebut. Pengalaman lain seperti yang dialami oleh orang yang banyak membantu beliau di Abu Dhabi juga boleh diikuti di http://dperantauan.typepad.com.
Peristiwa yang berlaku di Abu Dhabi selama 16 hari, diceritakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ketika kuliah Perubatan Islam di Darussyifa’ pada 9hb. Jun 2008. Transkrip kisah tersebut adalah seperti berikut;
Saudara dan saudari yang dirahmati oleh Allah sekalian, Alhamdulilah saya serta seluruh ahli keluarga telah selamat pulang ke tanah air pada petang semalam (Ahad, 8hb. Jun 2008), setelah saudara saudari mendapat makluman yang tidak begitu pasti, apa yang sebenarnya yang telah berlaku, dan seorang yang berjumpa dengan saya akan bertanya soal yang sama, apa telah berlaku dan bagaimana kesudahannya, izinkan saya beberapa minit untuk menjelaskan bahawa rombongan umrah kami pada 24hb Mei 2008 yang sepatutnya bermalam satu malam di Abu Dhabi, dalam perjalanan pergi ke Damascus Syria, tiba-tiba anak saya Huda ketika kapalterbang hendak turun (mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi) dia kena serangan jantung. Dia tidak boleh bernafas dan badannya basah kuyup macam orang mandi, dan saya tahu bahawa jika begini bermakna jantungnya bermasalah.
Mendarat sahaja kami hendak berkejar ke hospital, tetapi tidak tahu dimana hospital, dan problem nak keluar pula susah kerana tidak ada hotel yang boleh melayan kami dan sebagainya. Kami berada di airport sahaja pun hampir dua jam setengah. Dalam keadaan begitu akhirnya kami boleh keluar pergi ke hotel dan terus ke hospital.
Sampai di emergency ward, tidak ada doktor yang pakar kerana terlalu awal pagi, yang ada on-call doktor sahaja. Pada pukul lapan pagi di hospital baharu konfirm jantung dia bermasalah. Kami tunggu sehingga doktor pakar sampai, ramai doktor pakar yang sampai, kemudian kami dihambat keluar dari bilik itu. Huda dibawa keluar dari bilik emergency menuju ke bilik CCU (Coronary Care Unit).
Di CCU kami tidak dibenarkan masuk, memanglah tidak boleh ada gangguan, doktor kata dalam setengah jam akan bagi tahu. Setengah jam tidak dapat berita, sejam tidak dapat berita, hampir dua jam doktor keluar, apa dia kata “Lucky she can survive”, nasib baik anak hang selamat. Saya masuk tengok dia masih tidak sedar, badan sudah biru sebab oksigen tidak sampai.
Saya cerita ini kerana nak khabar bahawa ada saat-saat kita hilang pergantungan kepada makhluk. Kita terpaksa menghadap Allah ta’ala sahaja dan kepada Dia kita beserah dan mintak pertolongan.
Saya nak ringkaskan sepanjang saya 16 hari di Abu Dhabi, saya tidak pergi ke Mekah, tunggu anak, saat-saat genting cukup banyak. Ini satu saat genting, tetapi Alhamdulillah survive.
Pada pagi itu dia survive kemudian saya balik ke hotel. Pada malam itu ketika di bilik hotel, telepon berbunyi saya angkat, ketika itu jam 2:30 pagi, panggilan dari hospital “come immediately to the hospital, something very urgent”, kami keluar pukul 2:30 pagi nak ke hospital, teksi tidak ada, kereta tidak ada siapa pun tak boleh tolong, mintak tolong dengan orang hotel dia kata “Who I want to call, I don’t have any drivers number”. Suruh panggil Ambulan, orang hotel kata “They don’t come if you not a patient”. Dalam keadaan begitu, Kak Jah pulak nampak sungguh cemas, itulah dalam keadaan genting begitu “Ya Allah hantarlah seseorang yang boleh bantu”. Tidak lama lepas itu ada kereta masuk tetapi bukan teksi, orang biasa datang mungkin ada hal, saya datang berjumpa dengan dia mintak tolong. Saya cerita masalah saya. Nasib juga saya boleh cakap Arab sebab dia tak reti cakap orang putih. Kemudian dia hantar kami ke hospital.
Sampai di hospital dah pukul 4 pagi. Doktor kata dia dah tidak bernafas, doktor dah tidak boleh buat apa-apa dah. Doktor dah habis ikhtiar dah. “Ya Allah....” . Tidak lama kemudian pada subuh pagi tu dia survive semula, dia boleh bernafas balik.
Ringkasnya, dalam saat genting begitu saya balik duduk di hotel, tak lama teringat sangat nak pergi semula ke hospital. Dengan pelbagai masalah yang di hadapi itu saya mintak Allah ta’ala sahaja yang tolong, bagaimana pada pagi itu seorang yang saya tidak kenal dari Malaysia datang ke hotel cari saya. Kata dia “Saya datang ni bawa sebuah kereta, ustaz boleh pakai, ini kuncinya”. Nama dia Suraya.
Di Malaysia lama dah saya tak bawak kereta, di sana pulak nak bawak kereta stering dia sebelah kiri, jumpa dengan round-about ikut sebelah kiri belangar habis. Tidak mengapa dah ada kereta, satu malam teringat kat anak, pergi ke hospital. Sampai di hospital tengok katil dia kosong. Siang tadi tu ada seorang meninggal saya tengok, dibungkus dibawa dengan strecher kemudian ditolak, sebelah betul dengan anak saya. Meninggal dunia, konfirm, bungkus dan tolak.
Saya pergi tengok, bilik anak saya katil telah kosong. Nurse pula tidak ada. Dalam gelisah begitu tak tahu nak buat macam mana, datang doktor kata “Don’t panic” dia pun kata “Your Daughter transfered to CCU”. Astaghfirullah!, apasallah hang tak khabar kat aku lagi awal. Pergi ke CCU pulak dia ada di situ. Rupanya kena serangan jantung lagi. Tidak mengapalah.
Pada besok hari pulak, pergi lagi ke hospital, katil yang dia duduk di CCU itu kosong pulak. La illa ha ill Allah! satu demi satu lah. Pergi tanya nurse, nurse itu pulak baru masuk tukar shift, dia kata “I don’t know”. Nurse tu pergi check, dan kata “Transfered to ICU” pulak dah. Pergi ICU pulak tengok dia ada dah. Tak apalah.
Anak saya hanya stable pada tiga hari sebelum balik (iaitu pada 6,7 & 8hb Jun 2008). Boleh bernafas tak pakai mesin, jantung stable. Doktor kata, “Okay with this condition she can fly”.
Doa kawan-kawan semuanya makbul insya’Allah. Tiga hari dia sihat, hari nak balik itu iaitu hari sabtu, rombongan yang pergi ke Mekah itu balik singgah ke Abu Dhabi, kita semua akan balik sekali dengan flight malam itu. Saya dok fikir rombongan yang seramai 40 orang ini nak pergi tengok anak saya di hospital, masuk bilik ICU, tak boleh masuk banyak, sekali hanya dua orang, kalau seorang masuk dua minit, berapa puluh minit nak selesai. Lebih baik bawa dia keluar. Nurse bagi doktor pun benarkan. Naik atas wheel chair tolak keluar. Keluar sahaja, adik-adik dia dah 14 hari tak jumpa, mak sedara dia yang pergi dulu tengok dia dalam keadaan nazak, nampak dia sahaja begitu, depa pakat teriak. Adik-adik dia pakat peluk dia sambil teriak, tak lama kemudian dia collapse. Excited atau terlampau gembira atau macam mana agaknya. Saya tolak semua orang bawa dia masuk balik ke ICU. Ada yang tidak dapat berjumpa. Biru balik, tak bernafas balik, bubuh mesin balik, kami duduk fikir, ini berapa jam lagi nak balik ini. Kalau macam ini memang tak boleh balik.
Astaghfirullah!, menyesal pun ada bagi dia orang tengok, tak apalah. Yang lain pakat pergi tempat lain tinggalkan kami. Hanya berdoa sahaja. Tengahari itu dia boleh bernafas normal, tidak mengapalah maknanya boleh bertolak balik. Naik ambulan.
Tuan-tuan bayangkanlah kita telah prepare elok semua, dah jaga saat akhir jangan bagi dia ada masalah. Saat akhir nak balik jangan bagi dia sesak nafas, bagi dia segar. Allah ta’ala nak uji lagi. Ambulan yang bawa dia tu mampus bila dah dekat nak sampai pesawat dah. Bila ambulan mampus, injin dia mati maka aircond tidak berjalan, bila aircond tidak berjalan dia sesak nafas. Panas berpeluh-peluh balik, nak kata peluh heart attack ke atau peluh kerana panas ke. Tak panas apa cuaca di luar 50 degree. Kalau boleh naik atas kapalterbang ada aircond, tapi tak sampai, tak jauh dah. Sementara itu forklift tak sampai lagi nak angkat dia masuk ke dalam kapalterbang.
La hau la wala kuwa ta illa billah!. Tak apalah, akhirnya last minute, sampai forklift angkat dia naik masuk ke dalam kapal terbang. Bila masuk kapal terbang cepat-cepat pakai gas. Gas itu kita dah prepare dah. Bila pasang gas tidak keluar, La hau la wala kuwa ta illa billah!, dia semakin penat, sukar bernafas. Astaghfrullah!, sampai begitu last minute, kapalterbang dah nak bertolak dah. Naik seorang engineer, rupanya ada button di bawah itu yang depa tidak tahu. Tekan button baru gas keluar.
Tapi kalau nak tahu yang sebelum tu, bila saya sampai di sana kita nak pergi ke Mekah bawa duit Malaysia. Duit Malaysia laku di Mekah, di Abu Dhabi duit Malaysia tidak laku. Depa tak kenal pun. Nak belanja macam mana ni untuk naik teksi, nak bayar dengan apa. Nak makan bayar dengan apa, orang yang kenal tidak ada, nak hidup macam mana. Itulah saya nak kata, tiap-tiap problem yang yang saya berjumpa, kronik macam mana pun “nikmat Allah ke atas kamu kena kamu hargai”, dalam sesak begitu, dalam keadaan tidak ada duit, dirham tidak ada, ada orang yang saya tidak kenal datang berjumpa dengan saya bagi duit cukup untuk belanja yang perlu. Tidak tahu siapa dia, maknanya tidak kenal sebelum ini.
Bila pertengahan masa kami berada di sana baru kami tahu, kami hendak kena belanja untuk membeli mesin itu berharga 10,000 dinar. Nak kena bayar hospital dijangka dalam USD15,000. Tiket Huda sahaja dengan enam seat kita beli termasuk stretcher kita perlukan RM31,000. Bil hotel, kawan saya yang datang duduk dua hari kena RM3000, sehari RM1500, itu untuk satu katil. Saya dua katil selama 15 hari maka duit tidak cukup. Kad ada tetapi dah guna maksimum. Itulah saya kata dengan siapa nak mengadu. Allah hantar orang Malaysia, yang pergi kesana dia dengar kata anak saya bermasalah, dia pergi dengan isteri dia kesana itu yang saya kata tadi yang dua malam tu. Nak balik tinggal duit untuk ustaz belanja, cukup untuk hotel tetapi tidak ada tiket untuk bawa Huda balik.
Seorang pilot telepon bilik saya, Kak Jah jawab, dia kata tiket ustaz dan keluarga untuk balik saya selesaikan. Nak bayar hotel, bayar hospital, sehari sebelum balik, orang Malaysia seorang lagi datang, orang Pulau Pinang. Dia datang semata-mata nak bagi bantuan kepada saya, dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan ke Abu Dhabi pergi jumpa saya di hotel, dia kata “Ustaz ada masalah kan?” saya kata tak ada, tetapi dia kata saya bawa duit ini untuk melepaskan semua masalah. Dia bagi USD20,000.
Itulah saya kata, satu demi satu, bukan kita yang boleh tolong, Allah ta’ala yang bagi pertolongan, Dia yang mengaturkan dan itulah yang saya katakan sampai akhirnya bila saya sampai semalam, selamat sampai ambulan tunggu, doktor tunggu ramai yang bantu saya, sampai ke hospital. Petang tadi (Isnin, 9hb. Jun 2008) dia telah berada dalam ICU, segala masalah yang dihadapi selama ini, boleh dikatakan semua sekali hampir dapat diatasi.
Jantung dia dah stable, buah pinggang dah stable, liver pun stable, enzyme dah turun kepada 133 sekarang, sebelum ini 5104 reading dia punya enzyme, padahal 1000 pun orang boleh mati dah. Sekarang tinggal 133 (Normal enzyme 1 hingga 33 sahaja). Doktor kata mungkin esok (10hb Jun 2008) dia kembali ke normal.
Masih di ICU dan dia sedar sepenuhnya dan keadaan yang sihat wa’afiat pada saya, dan saya syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah mendoakan anak saya dan syukur Alhamdulillah saya sampai ke tanah air, anak saya dah berada di hospital Malaysia yang senanglah kita berbicara dengan bahasa kita dan senang kita faham.
Tolonglah berdoa supaya dia sihat seperti sedia kala dan cepat keluar daripada ICU ke wad biasa dan pulang ke rumah dengan segera.

Tension : Rega Petrol Naik Lagi.
Walaupun memang telah dijangka akan berlakunya kenaikan harga petrol, tetapi kenaikan sebanyak RM 0.78 begitu merencat sekejap fikiranku. Kalau dahulu kenaikan cuma beberapa sen, aku tidak gaduh untuk isi minyak di stesen minyak. Tetapi kali ini berbeza sekali. Aku join beratur panjang untuk dapatkan pertrol di stesen minyak SBCR. Tetapi disebabkan pergerakkannya perlahan dan masa pun sudah hampir tamat iaitu jam 12.00 malam, maka aku pun beredar. Jika seliter RM 2.70, bermakna tangki penoh My Nazaria, 75 liter = RM 202.50 .. aduhhhhhh.
Sebelum ini Pak Menteri Shahril kata rega minyak tidak akan naik sekurang-kurangnya hingga Ogos 2008, tapi lain pulak jadinya. Dua kali kejutan, masa dan harga. Tension betul bila memikirkan kenaikan kali ini. Apa yang akan berlaku selepas ini, satu demi satu harga barangan dan perkhidmatan tentunya akan naik. Walaupun kerajaan mengingatkan semua pihak jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan, namun sejarah lama menunjukkan seruan itu hanya sebagai ’memenuhi syarat’ untuk melepaskan batuk di tangga dan kenaikan gagal dibendung.Kalau kerajaan menyeru supaya kita merubah cara hidup, cara yang bagaimana diperlukan. Car-pool ( sedangkan cubaan kerajaan untuk program ini dahulu menemui kegagalan ) ? Naik Motor pergi kerja ( sedang aku masih fobia dan mungkin perlu mengikuti kursus bagaimana mengatasi fobia akibat kemalangan motosikal akhir 2006 lalu ) ? Duduk rumah aje hujung minggu ( tak payah jalan-jalan ) ? Guna public transport ( sejauh mana disediakan kerajaan ) ?
Mengapa harga petrol dunia semakin naik dan naik. Benarkah disebabkan kekurangan bekalan ? Atau turunnya nilai Dollar Amerika ? Atau manipulasi golongan tertentu sebagaimana pernah berlaku kepada nilai Ringgit Malaysia. Rasanya sebelum Iraq di serang Amerika, reganya sekitar 50 – 60 USD setong. Tetapi kini menghampiri 130 USD. Memang tinggi. Tetapi Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, sepatutnya berupaya menerusi mekanisma tertentu menetapkan harga pada kadar yang rendah sebagaimana kebanyakan negara-negara timur tengah yang juga pengeluar minyak.
Anyway, berdasarkan kenyataan PM kelmarin, harga minyak kini bergantung kepada harga pasaran global. Mungkin harga akan naik atau turun. Walaupun ada element levi, subsidi, potongan dan rebat diperkenalkan, namun tentunya masih tidak memadai. Harapnya jika rega minyak mentah dunia turun, rega petrol juga akan turun tanpa banyak daleh dan alasan. Bimbang juga kekalau rakyat semakin rasa 'tertekan' dan membuat sesuatu kepada pentadbiran Kerajaan Malaysia pada masa kini. Hari Keluarga Surau Al-Hidayah 2008
Setelah beberapa tahun cubaan mengadakannya gagal, akhirnya berjaya juga diadakan pada 18 Mei 2008 di Kalumpang Resort. Hampir 40 keluarga menyertainya. Kalau tidak hadkan, tentu lebuh ramai keluarga turut serta. Aktiviti ini diadakan untuk mempereratkan silaturahim di kalangan ahli kariah. Keluarga AJK sebenarnya wajib pergi, tapi tak semua pun dapat hadir. Semoga program ini menjadi titik mula perkenalan, khususnya bagi para isteri AJK dan muslimat lain. Aktiviti menyeronokkan ialah mandi-manda. Sejuk tetapi menyegarkan airnya. Rasa nak datang lagi sekeluarga nanti.
Sebenarnya Hari Keluarga ini bukanlah 'perhimpunan keluarga' surau yang pertama diadakan. Sebelum ini pernah diadakan Perkelahan Keluarga di Ulu Yam, kekira 4 or 5 tahun dulu. Masa itu rasa dalam lingkungan 15 keluarga turut serta. Acara turut sama, cuma takde xtvt sukaneka. Yang menjadi penghalang dalam merancang menjayakan Hari Keluarga sebelum ini ialah apabila unsur 'penginapan' dimasukkan. Ini akan menjadikan kos terlibat sangat tinggi. Kali ini kita buat balik hari saja dan kos sekeluarga cuma RM30, tidak termasuk tiket masuk RM5 setiap anggota berusia 5 tahun ke atas.Kenangan Di WCIT 2008
Alhamdulillah, aku berpeluang menghadiri World Conference on IT ( WCIT2008 ) di Kuala Lumpur Convention Center ( KLCC ) pada 20 dan 21 Mei 2008 atas tiket ‘ihsan’ daripada MDEC. Just pas masuk, tapi tak dapat apa-apa conference material. Itupun sudah cukup bagus sebab pada asalnya memang namaku termasuk dalam senarai permohonan pejabatku untuk menghadiri conference ini. Namun atas sebab tertentu, tak berjaya. Mungkin lewat dapat kelulusan kot. WCIT bermula dengan pembukaan oleh PM pada 19 Mei.
WCIT 2008 merupakan yang ke 16 diadakan. Kalau dikirakan event ini setiap dua tahun, bermakna telah 32 tahun event ini. WCIT menghimpunkan peneraju industri komputer, ahli akademik bersama pengguna sama ada kerajaan dan swasta bagi membincangkan impak terhadap ekonomi, sosial serta masa depan teknologi ICT. Since di KL merupakan yang first diadakan di luar Eropah dan USA, kiranya ini suatu pengiktirafan kepada Malaysia.Sebenarnya banyak yang dibincangkan, tapi tak sempat nak cerita semuanya. Malah ada yang aku sendiri pun kurang faham.
Padi 20 Mei aku sempat ikuti dua forum. Pertama mengenai ’Creativity Unlimited’. Kreativiti memang tiada hadnya dan rakyat Malaysia dikatakan berpotensi. Dalam filem Ironman yang sedang ditayangkan, terdapat 4 rakyat Malaysia terlibat dalam pembikinan filem tersebut. Malangnya di Malaysia, sesuatu teknologi baru sukar dikembangkan tanpa dilibatkan dengan unsur ’hiburan’ or ’entertainment’. Just for fun, bermaksud tidak serius atau main-main saja.
Manakala forum kedua bertajuk ’Doing Business In Asia’. Mengambil contoh ‘Google’ yang baru dalam industri Internet, tetapi begitu popular dan telah memberikan impak serta di terima ramai. Ia dibangunkan oleh anak muda. Tidak semestinya telah lama involve dalam dunia ICT, syarikat tersebut boleh terus survive dalam ‘doing business in ICT’. Yang penting cukup kreatif, peka dan responsif sehingga boleh diterima masyarakat. Peluang dalam dunia mobile phone terbentang luas di India dan China kerana kadar penggunaan masih rendah di sana sedangkan permintaan semakin meningkat.
Lepas itu dalam break-out session, aku masuk forum berjodol ’From Local Going Global’. Menarik sesi ini. Tapi ahli panel semuanya Malaysian dan rasa macam tak seswai dalam forum bertaraf ‘world’. Semua ahli panel menyatakan bahawa untuk berjaya dalam dunia global, tidak semestinya menjadi ‘jaguh kampung’ dahulu. Kalau ada peluang dan product kita bagus, strategi perlu dilakukan untuk meluaskannya. Malangnya pihak kerajaan dikatakan tidak cukup membantu dalam syarikat tempatan hendak ‘berjuang’ di dunia global. Mereka terpaksa berusaha keras sendirian. Dalam negara tidak dinafikan memang banyak insentif dan galakan dilakukan.Masa lunch jumpa ramai kengkawan lama dalam ICT kerajaan. Mereka semua merupakan peserta. Jealousnya. Sempat melawat beberapa gerai pameran. Jenuh kutip brosur dan bag souvenir. Forum petang nampak kurang menarik minatku. Entah apa-apa entah. Mungkin kekenyangan lunch.
Pagi 21 Mei dua forum diadakan bagi membincangkan masa depan Internet. Nampaknya masa depan Internet sukar di ramalkan sebab perkembanganya terlalu pantas. Berbanding dengan teknologi lain, ada yang mengatakan kemajuan ICT masih belum matang sebab ia dianggap masih ’baru’. Sukar diramalkan apa yang berlaku di alam siber. Manusia semakin mahu berkongsikan maklumat. Internet menjadi alat bagaimana ianya dilakukan dan terpulang kepada kita bagaimana untuk melakukannya ( anywhere, anytime and anyform ) mendapatkannya, mengingatkannya dan menginterpret. Kalau boleh semuanya hendak dilakukan dari satu mobile device. Internet menjadi sebagai ’Second Life’. Dr Vinton Cerf dari Google yang boleh dianggap sebagai one of the Web’s founding fathers mencadangkan agar suatu identiti ( or certificate ) diwujudkan bagi setiap orang di alam siber.
Sebelum lunch, Timbalan Perdana Menteri berucap kekira 30 minit.Lepas Lunch pegi melawat gerai pameran dan jumpa Sdra Hussein, ex- NYDP PIBG SKSU yang kini Managing Director bagi K-Perak Inc. Beliau kini mengendalikan laman web ’kperak’ yang mengandungi berita-berita hal ehwal dalam negeri Perak. Turut bersama ialah rakanku ’Berlingo’. Tak banyak gerai dilawati juga sebab nak berkejar ke sesi bersama MB Penang, Perak dan Selangor. Menarik juga, ketiga-tiga MB ’pembangkang’ turut di beri peluang naik pentas WCIT2008.

Ingatan forum, rupanya just short presentation mengenai negeri masing-masing dan perancangan dalam membangunkan ICT untuk promosi menarik lebih pelabur melabur dalam negeri masing-masing.Jika Perak dengan ’Meru Raya’, manakala Selangor pula dengan ’I-City’ nya.

Presentation daripada MB Perak cukup impressived. Fasih, lancar dan jelas sebutannya. Bergema Plenary Hall dengan bacaan & terjemahan Surah Al-Alaq in English. Terasa lain dari yang lain. Rasanya the only speaker yang ku dengar, berikan ucapan ’salam’. Malah pada akhir presentation pun dia sempat melambaikan tangan kepada peserta. Ini first time aku dengar ucapan dari MB Perak secara live.

Lepas presentation 3 MB tu, akupun pulang walaupun masih ada beberapa prsentation lagi. Letih juga. Next WCIT ialah WCIT2010 di Amsterdam dengan slogan Challenge The Changes.
Penghormatan Kepada Guru : Antara Kebenaran Dan Kepalsuan
Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.
Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari iaitu ....
1. Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.
2. Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.
Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.
Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).
Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan".
Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :
1. Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
2. Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
3. Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
4. Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.
5. Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.
Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).
Konsep penghormatan kepada golongan pendidik
Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.
Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.
Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.
Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.
Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.
Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.
Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Sempena Hari Guru oleh Ustaz Zainuddin Hashim.
Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14506&Itemid=91.
Kertas Kerja Karnival Jom Ke Surau ?
Tetiba ramai bertanyakan serta minta kertas kertas kerja bagaimana Karnival Jom Ke Surau dianjurkan oleh Surau Al-Hidayah. Mungkin mereka nak jadikan sebagai contoh. Ini suatu pengiktirafan. Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor yang hadir merasmikan program ini memang berhasrat hendak datang untuk melihat bagaimana kami menganjurkan Karnival ini. Ini suatu pengiktirafan. Dalam ucapan perasmiannya pun beliau merakamkan ucapan tahniah kerana Surau Al-Hidayah antara yang surau yang aktif di Daerah Kuala Selangor dan beliau juga sering mengunjungi laman web Surau Al-Hidayah.

Tetapi perlukah kertas kerja. Atau memang kami yang tidak professional sebab buat kerja tanpa ada kertas kerja ? Aku kira selama ini pihak Surau Al-Hidayah just bincang aktiviti nak buat dan agihkan tugasan. Kerja untuk persiapan Karnival Jom Ke Surau kiranya bermula 2 bulan lebih awal. Tetapi ini tidak termasuk tempahan penceramah utama dan Pertandingan Nasyid Antara Tadika. Yang penting memula kompom tarikh dengan Ustaz Akhil Hayy, kekira 3 bulan sebelum. Kemudian baru surat edaran kepada tadika, kekira dua bulan sebelum pertandingan. Pihak tadika memerlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk siapkan pasukan. Sengaja pilih bulan Mei sebelum cuti sekolah bermula sempena Maulidur Rasul. Lagipun kalau lepas dua minggu cuti, bebudak tadika lupa setelah penat berlatih.

Gerak kerja yang lain menyusul. Khemah penting sebab nak tempah dengan MDKS yang ’murah’ berbanding lain. Mana-mana jemputan pekhidmatan darah, pemeriksaan kesihatan serta pameran tempah dua bulan sebelum. Tugasan ini diagihkan kepada beberapa AJK. Cuma tahun ini agak lewat promosi sebab lewat siapkan baner yang cantik yang ditempah. Risau juga pada mulanya, tapi kira orait juga timingnya. Tambahan hebahan bagi memanaskan suasana di canang dalam saujanautama.net. Cuma cabarannya ialah musim peperiksaan pertengahan tahun . Ini nak kena fikirkan semula dalam menarik anak-anak dan remaja berkunjung ke karnival ini.

Hati bertambah lega bila 7 pasukan nasyid akan turut serta. Nasyid tadika jadi ’core event’, kalau tidak cukup pasukan, kena cari alternatif lain, apa-apan program yang menyebabkan para pengunjung ramai yang hadir dan stay seberapa lama di surau. So derma darah, periksa kesihatan, pameran bomba, PDRM menjadi antara aktiviti penarik untuk pengunjung terus stay lama di surau, sambil membeli dan mengikuti aktiviti yang berfaedah.
Matlamat atau objektif mengadakan Karnival Jom Kesurau mudah sahaja, iaitu sebagai suatu kempen untuk menggalakkan orang ramai berkunjung ke surau dan mengimarahkan surau. Surau bukan setakat untuk dengar kuliah fardu ain dan solat berjemaah, tetapi pelbagai aktiviti boleh diadakan dalam menjadikan surau sebagai institusi penting masyarakat, focal point aktiviti masyarakat serta tempat menjalin ukhuwah silaturrahim.
Sebelum ini Surau Al-Hidayah pernah megadakan program besar ala karnival ini dalam setiap kali menyambut Maal Hijrah dan Maulidur Rasul. Kita bukan setakat anjurkan ceramah, tetapi pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan untuk menarik dan mengalakkan orang ramai ke surau. Atas pengalaman mengadakan beberapa program seperti itu, penganjuran Karnival Jom ke Surau menjadi agak mudah. Mungkin sebenarnya cuma tukar tajuk program, tapi objektif dan pengisiannya hampir serupa. Bezanya ada penglibatan agensi kerajaan seperti BOMBA, PDRM, Pusat kesihatan, Tabung Darah dan tahun lepas ada MDKS serta SPR. Tetapi, masih tidak memerlukan kertas kerja. Just senarai aktiviti, apa tindakan diperlukan dan agihan kerja siapa yang bertindak. Terimakasih kepada semua anggota gerak kerja Karnival Jom Ke Surau KAli Ke-2, Surau Al-Hidayah Saujana Utama.