Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Bengkel Smart Solat Surau Al-Hidayah

Satu Bengkel Smart Solat telah diadakan di Surau Al-Hidayah Saujana Utama pada 19 Julai 2008. Seramai 131 pelajar telah mengikuti bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Program bersempena dengan Bulan Solat Surau Al-Hidayah ini dianjurkan bersama Brilliance MQ Sdn Bhd. Aku cuba mengamati bagaimana bengkel ini dikendalikan bagi menilai sejauh mana keberkesanaannya serta penerimaan peserta. Nampaknya peserta agak enjoy, sehinggalah kepada sesi muhasabaah merenung diri. Nampaknya bengkel ini lebih menitik beratkan aspek kesedaran untuk terus solat tanpa tinggal-tinggal dan memperbaikinya dari semasa ke semasa. Dalam sesi muhasabah merenung diri, penganjur 'pandai' memainkan perasaan dan emosi peserta sehingga 'bising' suasana surau dengan tangis jerit anak-anak.

Ketika itu video yang dipaparkan, something mengenai petikan drama TV kisah seorang anak 'dewasa' yang sudahlah terpisah jauh dengan ibunya yang sedang nazak, tapi tak sempat pulang bertemu ibunya ... sampai rumah dah meninggal dan hanya sempat meratapi jenazah yang terbujur kaku . Sambil tayangan video tu, 'pengacara' membuai dan memainkan perasaan anak-anak dengan mengandaikan bagaimana jika itulah kita, dosa kita kepada ibubapa, tipu ibu dan bapa, malas solat, asyik minta duit ibubapa nak beli itu dan ini, malas tolong ibu dan bapa di rumah. Nampak macam berkesan.


Mengikut penganjur, sepatutnya dibuat dua hari baru banyak pengisian. Aspek tatacara solat yang sempurna tidak banyak ditekankan, khususnya daripada segi praktikal . Tapi yang aku tak gemarnya ialah statment pengacara, 'yang tak dapat nombor satu dalam kelas, maknanya dia tak sayang ibubapa’. Teruk benar bunyinya. Kalau dalam satu kelas 40 orang, 39 orang tidak sayang ibubapanya ... Macamlah dia dulu sekolah pun dapat nombor satu !!! Mungkin maksudnya 'cemerlang'.


Anyway, so far nampak agak positif didengari hasil daripada bengkel ini, nampaknya boleh buat lagi sama ada sama level or advanced masa cuti sekolah ke nanti. Dalam majlis penutup bengkel, aku melahirkan hasrat agar program ini mencapai maksudnya dan memberikan impak serta kesedaran tentang peri pentingnya solat sebagai satu ibadah terpenting yang membentuk kehidupan seseorang dan pertama dihisab di padang mahsyar nanti, sebelum amalan lain. Biarlah anak-anak tu menangis sesal di dunia ini, tidak di akhirat nanti. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada peserta.


Untuk lagi gambar dan keterangan lanjut, boleh layari laman web Surau Al-Hidayah Saujana Utama
Share:

DSAI Kena 'Tangkap' ??

DSAI ditahan oleh sepasukan polis sejurus menghampiri kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.00 tengahari Rabu dari Putrajaya setelah memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Difahamkan polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan setelah itu Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dengan kawalan ketat pihak polis. Beliau dibawa ke IPK bagi memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat ke atasnya oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, 28 Jun lalu.
Gambar di atas dirakam oleh anakku yang kebetulan lalu berdekatan pintu masuk IPKL pada petang 16 Julai 2008. Klik 'Baca Seterusnya' untuk gambar-gambar lain ...








Share:

Debat 'Turun Harga Minyak' : DSAI vs DASC

Debat Khas diantara Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shaberi Chik ( DSAC ) dengan Penasihat Umum Parti Keadilan yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) telah diadakan di Dewan Bahasa Pustaka, 15 Julai 2008, jam 9.00 malam. Debat yang ditunggu-tunggu dan berjaya menarik perhatian ramai ini telah disiarkan sama ada secara alangsung atau tertunda dalam banyak saluran TV di negara kita. Penganjur utama ialah www.agendadaily.net.

Aku serta jutaan warga Malaysia tidak ketinggalan mengikuti debat ini. Ada yang mengikutinya di rumah, kedai dan restoran sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Namun, apakah kesan daripada debat ini ? Hujjah siapa yang lebih menarik ? Siapakah yang 'menang' ? Apakah warga rakyat yakin bahawa harga minyak akan boleh turun sekiranya DSAI naik menjadi PM ?


Aku memang sebenarnya dalam hati kecil ini 'minat' juga kat DASC, sejak mula dia join S46 dulu. Hujahnya, tulisannya dan ceramahnya memang menarik. Bagi yang condong kepada PR tentunya kata Anwar berjaya dan menang. Bagi UMNO-BN dan sekufu dengannya, tentunya kata "Ahmad Saberi Chik telah berjaya memberikan hujjahnya dan rakyat makin faham, sedangkan Anwar masih gagal memberikan pelan bagaimana minyak boleh turun." Tahniah untuk DSAC atas keberanian anda neyahut cabaran agendadaily yang khabarnya turut mempertaruhkan 'jawatan' Menteri Penerangannya. Tetapi layakkan DSAI berdebat dengan DSAC. Rasanya elok debat dengan PM or TPM.

Sepanjang perdebatan, ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini. Ia seperti tidak memberi banyak kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Formula yang diharap akan dibentangkan DSAI untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya. Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas PR membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimanapun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka. Pada akhir debat DASC seperti terkedu dengan hujjah DSAI, lalu terpaku kat rostorum. DSAI lebih bijak dan banyak merendah diri dengan panggil DASC sebagai 'Datuk', sedang DASC cuma panggil DSAI 'Saudara Anwar'. Sayangnya DASC banyak buat serangan peribadi DSAI, mungkin cuba nak naikkan 'kemarahan' DSAI. Manakala DSAI pulak maintain dan tidak jawab mana-mana 'serangan' peribadi. Cuma DSAI ada tegur soalan 'bodoh' dari Dr Kadri !! DASC pula lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab. Dah tu minta hadirin 'percayalah', 'percayalah' dan 'percayalah'.

Tapi Ulasan ex-Presiden BSKL, Datuk Salleh Majid selepas program di Awani lebih menarik. Antaranya kenapa jual minyak ikut USD, tidak ikut mata wang Euro ? Dalam beberapa hal nampaknya macam selari dengan DSAI, seperti hal mismanagement, usaha or joint venture mendapatkan lebih telaga minyak dan tidak bergantung dengan reserve yang ada.

Nak tentukan menang kalah, siapa nak adilinya ? Walhasil balik asal ... kita terus 'menderita' akibat kenaikan rega minyak, sedangkan alasan 'alangkah bagusnya duit hasil minyak tu digunakan untuk peningkatan kehidupan, pembangunan infrastruktur yang lain' terus menjadi pegangan pemerintah.
Share:

Kelah Ke Kalumpang lagi !!!!

Sabtu 12 Julai yang lalu, aku sekeluarga berkelah di Kalumpang lagi. Pepagi siap bekalan, then ambik Kak Di di Darul Quran ( DQ ). Dalam perjalanan nampak ramai orang jual durian tepi jalan. Dalam hatiku, nak juga rasa sebab katanya durian Kalumpang enak-enak. Sampai Kalumpang kekira 1.00 tengahari, orang tak ramai dan kereta pun tak banyak. Langit agak mendung, sebab itu orang tak ramai agaknya. Aliran air nampak laju. Tak lama lepas mandi-manda, hujan lebat pun turun. Lama pulak tu, tak sabar tunggu redah aje kembali ke kereta. Sepanjang perjalanan balik hujan selebat-lebatnya. Sebab dah teringin nak beli durin, beli juga dalam keadaan hujan lebat. Dua longgok kekira 15 bijik dengan RM25. Beli juga buah naga yang dijual ditepi ladangnya. Sampai DQ, hujan cuma gerimis dan bedal durian yang dibeli. Memang sodap, pahit lemak berkerim gitu !!!



Kak Di menyatakan rasa risaunya. Tak pasti sama ada sebab pelajaran makin payah atau sebab satu demi satu rakan baiknya 'keluar' dari DQ, khususnya sebab dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah shoping di Rawang. Kak Yong nak beli barang untuk di bawak balik UTP, apabila naik semula sesi baru yang bakal bermula 21 Julai. Tapi aku rembat juga sepasang 'kasut raya' !!!
Share:

Hari Menjana Kecemerlangan SMKSU 2008

Alhamdulillah, 27 Jun lalu pegi ambik report kad anak pagi tadi .... nama program Hari Menjana Kecemerlangan, tapi content serupa je dengan Hari Penyampaian Kad Kemajuan yang sering diadakan. Anyway suatu tindakan yang baik daripada segi rebranding program. Nampak lebih pro sikit. Aku datang awal dan dapat giliran No 1. Ramai juga kengkawan hadir, tetapi rasanya tak adelah begitu ramai dan ini berbeza dengan kalau di SK. Kenapa agaknya ? Sudah lunturkah semangat ? Semakin sibuk dengan tugas bila bertambah usia dan bertambah tanggungjawab ? Aku pun terpaksa ambik 'time-off' untuk hadir tempohari, lepas tu kembali ke pejabat.

Nothing much to say sebab guru kelas anakku, Cikgu Malihah masih baru dan tidak dapat info tentang kelemahan anak dalam subjek tertentu, so pendek aje. Tahniah kepada anakku Najihah yang dapat nombor 1 kelas dan no 2 dalam tingkatan. Cuma isteriku macam tak puas hati dengan kiraan gred purata bagi menetukan kedudukan dalam tingkatan. Bagi aku, tidak kisah dapat nombor berapa pun, hatta nombor seratus pun, asalkan bilangan skor A adalah 'banyak'. Teringat masa ambik report kad anak di SDAR dulu, ada peluang jumpa guru-guru setiap mata pelajaran, tapi lama le masa menunggu. Anyway, berbaloi sebab jauh-jauh datang dan buat pun weekend ...
Share:

Kawal Berat Badan

Balik kampung pada 20 hingga 22 Jun lepas, asyik makan aje. Bila aku timbang berat badan, aku terkejut sebab berat badanku semakin naik ... adussss. Hajat nak kurangkan berat badan, nampak gagal. Sebelum ini berat ku antara 78 hingga 81 kg sahaja. Jumaat 27hb Jun lalu, aku ternampak satu buku yang agak menarik tajuknya, 'Kawal Berat Badan' dengan harga cuma RM9 ( selepas diskaun RM 1 ) aku pun rembat satu.

Sebenarnya lebih menarik untuk aku rembat buku ini ialah penulisnya iaitu rakanku masa di sekolah menengah dahulu ( SM Sains Johor, Kluang ). Sebelum ini aku pernah baca artikelnya yang dipublishkan dalam yahoo group SAJOHA-SPM80, iaitu group student SMSJ yang menduduki SPM tahun 1980. Sehingga kami satu batch masih berhubung menerusi group tersebut.

Berbalik kisah nak kawal berat badan, nampaknya aku kena lebih banyakkan bersenam. Aktiviti skiping tanpa tali dan berbasikal dalam rumah kena teruskan juga. Kalau ikut BMT memang dah over weight nie ... masa tengahari kat ofis pun aku jarang makan. Kalau jemput kenduri disaji makan malam yang 'hebat' pun aku cuma makan buah dan kuih seketul dua. Tapi kenapa naik dan terus naik ??? Aku harap dengan membaca buku ini nanti, sedikit sebanyak dapat membantu aku mengawal berat badanku. Terima kasih Master Herbalis Bahrin Samah.
Share:

Detik Perasmian Bangunan KIDaS

Seperti yang aku coretkan sebelum ini, daripada hari pertama aku dapat konformasi yang MB Selangor nak datang rasmikan bangunan KIDaS, aku tak yakin beliau akan datang. Keyakinan aku semakin berkurangan hinggalah pada saat akhir dimana persiapan pelancaran ‘Pusat Khidmat Rakyat’ Saujana Utama juga rancak dijalankan. Segala persiapan dilakukan pelan-pelan. Nak cakap depan MB ni, kenalah aku prepare teks ucapan elok-elok dan mohon rakan-rakan semak.

Namun pada 13hb Jun, on the way nak gi Solat Jumaat, aku dapat SMS, ‘Berita trkini, mb x dpt hadir,beliau berada di doha,dia akan hantar wakil utk resmi’. Adussss … nak buat camana, talipon Pegawai Khas MB, talipon beberapa AJK ku minta pandangan nak buat camana. Baner dah siap, plaque dan buku cenderamata pun sama. Nak tangguh bukan dia. Mungkin ramai yang berdukacita jika dimaklumkan MB tidak akan datang. So teruskan aje tanpa buat hebahan yang MB tak akan hadir. Aku dimaklumkan juga sebagai ganti, YB Dr Zulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor akan datang ‘menggantikan’ MB Selangor.


Petang 14 Jun dapat SMS lagi, ‘Ini antara u and I,mb bru blik tadi,sesame kita brdoa dia hadir esok, kita harap sesame ye’. Namun raptai malam 14 Jun jalan macam biasa dan akupun setkan dua set presentation. Satu jika MB datang dan satu lagi jika YB Ahli Parlimen yang datang merasmikan. Namun pada masa yang dijanjikan, MB tidak datang juga.

Namun, Alhamdulillah segalanya kukira berjalan lancar. Berita mengenainya majlis berkenaan boleh diperolehi menerusi saujanautama.net dan alhidayah.saujanautama.net. Keletihan lepas majlis aku tertidur. Memang aku dah janji kepada diriku untuk ‘tidur sepuasnya lepas zuhor’.

Yang mengejutkan aku dapat SMS mengatakan muka ku keluar kat Buletin 1.30 TV3 darihal KIDaS. Dari adikku di Johor, ‘Fuyoh! Masuk tv3 tadi,brita jam 1.30..rasmi sekolah agama KIDAS.. Mcm Y.B !. Bila majlis tu ..’. Alamak cepatnya !! Rasanya aku diinterview selepas majlis tersebut kekira jam 11.30 tengahari. Untuk kali kedua aku keluar TV tapi tak dapat tengok pada masa ianya disiarkan …

Terima email kawan di egroup SAJOHA-SPM80 katanya, ‘memula dia tunjuk kontena yang dijadikan bilik darjah, lepas tu, tunjuk sekolah yang dah siap, kemudian, dia tunjuk masa pembinaan yang ada piling, dan kotak2 ruang masih bertanah merah. Kemudian dia tunjuk En Hassan berucap, tunjuk orang orang yang duduk dalam khemah dan kemudian baru komen En.Hassan yang sebesar screen Tv masing2... sebenarnya lepas siaran Melody, saya duduk membaca suratkhabar, lepas memasak untuk lunch. Tetiba , terdengar perkataan saujana...kafa. .., tu yang terus toleh keTV....dalam hati berkata...ehh. ..rasanya nie tempat Hassan nie....memang betul bila selepas tu tenguk ada En.Hassan berucap...’.

Entahlah ... yang penting majlis dah selesai dan aku anggap ini suatu penghormatan kepada penduduk sekitar. Tahniah kepada semua. Selepas ini kena follow-up untuk Fasa ke-2 Pembinaan Bangunan KIDaS.
Share:

Kisah Cemas Tn Guru Dato' Haron Din

Semasa memulakan kuliah Perubatan Islam Darussyifa pada 9 Jun yang lalu, Tn Guru Dato' Haron Din menceritakan detik-detik cemas pengalaman beliau di Abu Dhabi, lantaran anak sulongnya Dr Huda menghadapi masalah jantung yang kronik, dalam perjalanan untuk menunaikan umrah. Seperti biasa aku memang merakam keseluruhan kuliah tersebut dan mendengar kisahnya, aku rasa banyak perkara menarik untuk dikongsikan bersama sebagai pengajaran. Sedang aku membuat cuba membuat transkrip kisah tersebut, rupanya transkrip yang lebih baik telah disiarkan di http://www.darussyifa.org. Klik 'Baca Seterusnya' untuk catatan tersebut. Pengalaman lain seperti yang dialami oleh orang yang banyak membantu beliau di Abu Dhabi juga boleh diikuti di http://dperantauan.typepad.com.

Peristiwa yang berlaku di Abu Dhabi selama 16 hari, diceritakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ketika kuliah Perubatan Islam di Darussyifa’ pada 9hb. Jun 2008. Transkrip kisah tersebut adalah seperti berikut;

Saudara dan saudari yang dirahmati oleh Allah sekalian, Alhamdulilah saya serta seluruh ahli keluarga telah selamat pulang ke tanah air pada petang semalam (Ahad, 8hb. Jun 2008), setelah saudara saudari mendapat makluman yang tidak begitu pasti, apa yang sebenarnya yang telah berlaku, dan seorang yang berjumpa dengan saya akan bertanya soal yang sama, apa telah berlaku dan bagaimana kesudahannya, izinkan saya beberapa minit untuk menjelaskan bahawa rombongan umrah kami pada 24hb Mei 2008 yang sepatutnya bermalam satu malam di Abu Dhabi, dalam perjalanan pergi ke Damascus Syria, tiba-tiba anak saya Huda ketika kapalterbang hendak turun (mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi) dia kena serangan jantung. Dia tidak boleh bernafas dan badannya basah kuyup macam orang mandi, dan saya tahu bahawa jika begini bermakna jantungnya bermasalah.

Mendarat sahaja kami hendak berkejar ke hospital, tetapi tidak tahu dimana hospital, dan problem nak keluar pula susah kerana tidak ada hotel yang boleh melayan kami dan sebagainya. Kami berada di airport sahaja pun hampir dua jam setengah. Dalam keadaan begitu akhirnya kami boleh keluar pergi ke hotel dan terus ke hospital.

Sampai di emergency ward, tidak ada doktor yang pakar kerana terlalu awal pagi, yang ada on-call doktor sahaja. Pada pukul lapan pagi di hospital baharu konfirm jantung dia bermasalah. Kami tunggu sehingga doktor pakar sampai, ramai doktor pakar yang sampai, kemudian kami dihambat keluar dari bilik itu. Huda dibawa keluar dari bilik emergency menuju ke bilik CCU (Coronary Care Unit).

Di CCU kami tidak dibenarkan masuk, memanglah tidak boleh ada gangguan, doktor kata dalam setengah jam akan bagi tahu. Setengah jam tidak dapat berita, sejam tidak dapat berita, hampir dua jam doktor keluar, apa dia kata “Lucky she can survive”, nasib baik anak hang selamat. Saya masuk tengok dia masih tidak sedar, badan sudah biru sebab oksigen tidak sampai.

Saya cerita ini kerana nak khabar bahawa ada saat-saat kita hilang pergantungan kepada makhluk. Kita terpaksa menghadap Allah ta’ala sahaja dan kepada Dia kita beserah dan mintak pertolongan.

Saya nak ringkaskan sepanjang saya 16 hari di Abu Dhabi, saya tidak pergi ke Mekah, tunggu anak, saat-saat genting cukup banyak. Ini satu saat genting, tetapi Alhamdulillah survive.

Pada pagi itu dia survive kemudian saya balik ke hotel. Pada malam itu ketika di bilik hotel, telepon berbunyi saya angkat, ketika itu jam 2:30 pagi, panggilan dari hospital “come immediately to the hospital, something very urgent”, kami keluar pukul 2:30 pagi nak ke hospital, teksi tidak ada, kereta tidak ada siapa pun tak boleh tolong, mintak tolong dengan orang hotel dia kata “Who I want to call, I don’t have any drivers number”. Suruh panggil Ambulan, orang hotel kata “They don’t come if you not a patient”. Dalam keadaan begitu, Kak Jah pulak nampak sungguh cemas, itulah dalam keadaan genting begitu “Ya Allah hantarlah seseorang yang boleh bantu”. Tidak lama lepas itu ada kereta masuk tetapi bukan teksi, orang biasa datang mungkin ada hal, saya datang berjumpa dengan dia mintak tolong. Saya cerita masalah saya. Nasib juga saya boleh cakap Arab sebab dia tak reti cakap orang putih. Kemudian dia hantar kami ke hospital.

Sampai di hospital dah pukul 4 pagi. Doktor kata dia dah tidak bernafas, doktor dah tidak boleh buat apa-apa dah. Doktor dah habis ikhtiar dah. “Ya Allah....” . Tidak lama kemudian pada subuh pagi tu dia survive semula, dia boleh bernafas balik.

Ringkasnya, dalam saat genting begitu saya balik duduk di hotel, tak lama teringat sangat nak pergi semula ke hospital. Dengan pelbagai masalah yang di hadapi itu saya mintak Allah ta’ala sahaja yang tolong, bagaimana pada pagi itu seorang yang saya tidak kenal dari Malaysia datang ke hotel cari saya. Kata dia “Saya datang ni bawa sebuah kereta, ustaz boleh pakai, ini kuncinya”. Nama dia Suraya.

Di Malaysia lama dah saya tak bawak kereta, di sana pulak nak bawak kereta stering dia sebelah kiri, jumpa dengan round-about ikut sebelah kiri belangar habis. Tidak mengapa dah ada kereta, satu malam teringat kat anak, pergi ke hospital. Sampai di hospital tengok katil dia kosong. Siang tadi tu ada seorang meninggal saya tengok, dibungkus dibawa dengan strecher kemudian ditolak, sebelah betul dengan anak saya. Meninggal dunia, konfirm, bungkus dan tolak.

Saya pergi tengok, bilik anak saya katil telah kosong. Nurse pula tidak ada. Dalam gelisah begitu tak tahu nak buat macam mana, datang doktor kata “Don’t panic” dia pun kata “Your Daughter transfered to CCU”. Astaghfirullah!, apasallah hang tak khabar kat aku lagi awal. Pergi ke CCU pulak dia ada di situ. Rupanya kena serangan jantung lagi. Tidak mengapalah.

Pada besok hari pulak, pergi lagi ke hospital, katil yang dia duduk di CCU itu kosong pulak. La illa ha ill Allah! satu demi satu lah. Pergi tanya nurse, nurse itu pulak baru masuk tukar shift, dia kata “I don’t know”. Nurse tu pergi check, dan kata “Transfered to ICU” pulak dah. Pergi ICU pulak tengok dia ada dah. Tak apalah.

Anak saya hanya stable pada tiga hari sebelum balik (iaitu pada 6,7 & 8hb Jun 2008). Boleh bernafas tak pakai mesin, jantung stable. Doktor kata, “Okay with this condition she can fly”.

Doa kawan-kawan semuanya makbul insya’Allah. Tiga hari dia sihat, hari nak balik itu iaitu hari sabtu, rombongan yang pergi ke Mekah itu balik singgah ke Abu Dhabi, kita semua akan balik sekali dengan flight malam itu. Saya dok fikir rombongan yang seramai 40 orang ini nak pergi tengok anak saya di hospital, masuk bilik ICU, tak boleh masuk banyak, sekali hanya dua orang, kalau seorang masuk dua minit, berapa puluh minit nak selesai. Lebih baik bawa dia keluar. Nurse bagi doktor pun benarkan. Naik atas wheel chair tolak keluar. Keluar sahaja, adik-adik dia dah 14 hari tak jumpa, mak sedara dia yang pergi dulu tengok dia dalam keadaan nazak, nampak dia sahaja begitu, depa pakat teriak. Adik-adik dia pakat peluk dia sambil teriak, tak lama kemudian dia collapse. Excited atau terlampau gembira atau macam mana agaknya. Saya tolak semua orang bawa dia masuk balik ke ICU. Ada yang tidak dapat berjumpa. Biru balik, tak bernafas balik, bubuh mesin balik, kami duduk fikir, ini berapa jam lagi nak balik ini. Kalau macam ini memang tak boleh balik.

Astaghfirullah!, menyesal pun ada bagi dia orang tengok, tak apalah. Yang lain pakat pergi tempat lain tinggalkan kami. Hanya berdoa sahaja. Tengahari itu dia boleh bernafas normal, tidak mengapalah maknanya boleh bertolak balik. Naik ambulan.

Tuan-tuan bayangkanlah kita telah prepare elok semua, dah jaga saat akhir jangan bagi dia ada masalah. Saat akhir nak balik jangan bagi dia sesak nafas, bagi dia segar. Allah ta’ala nak uji lagi. Ambulan yang bawa dia tu mampus bila dah dekat nak sampai pesawat dah. Bila ambulan mampus, injin dia mati maka aircond tidak berjalan, bila aircond tidak berjalan dia sesak nafas. Panas berpeluh-peluh balik, nak kata peluh heart attack ke atau peluh kerana panas ke. Tak panas apa cuaca di luar 50 degree. Kalau boleh naik atas kapalterbang ada aircond, tapi tak sampai, tak jauh dah. Sementara itu forklift tak sampai lagi nak angkat dia masuk ke dalam kapalterbang.

La hau la wala kuwa ta illa billah!. Tak apalah, akhirnya last minute, sampai forklift angkat dia naik masuk ke dalam kapal terbang. Bila masuk kapal terbang cepat-cepat pakai gas. Gas itu kita dah prepare dah. Bila pasang gas tidak keluar, La hau la wala kuwa ta illa billah!, dia semakin penat, sukar bernafas. Astaghfrullah!, sampai begitu last minute, kapalterbang dah nak bertolak dah. Naik seorang engineer, rupanya ada button di bawah itu yang depa tidak tahu. Tekan button baru gas keluar.

Tapi kalau nak tahu yang sebelum tu, bila saya sampai di sana kita nak pergi ke Mekah bawa duit Malaysia. Duit Malaysia laku di Mekah, di Abu Dhabi duit Malaysia tidak laku. Depa tak kenal pun. Nak belanja macam mana ni untuk naik teksi, nak bayar dengan apa. Nak makan bayar dengan apa, orang yang kenal tidak ada, nak hidup macam mana. Itulah saya nak kata, tiap-tiap problem yang yang saya berjumpa, kronik macam mana pun “nikmat Allah ke atas kamu kena kamu hargai”, dalam sesak begitu, dalam keadaan tidak ada duit, dirham tidak ada, ada orang yang saya tidak kenal datang berjumpa dengan saya bagi duit cukup untuk belanja yang perlu. Tidak tahu siapa dia, maknanya tidak kenal sebelum ini.

Bila pertengahan masa kami berada di sana baru kami tahu, kami hendak kena belanja untuk membeli mesin itu berharga 10,000 dinar. Nak kena bayar hospital dijangka dalam USD15,000. Tiket Huda sahaja dengan enam seat kita beli termasuk stretcher kita perlukan RM31,000. Bil hotel, kawan saya yang datang duduk dua hari kena RM3000, sehari RM1500, itu untuk satu katil. Saya dua katil selama 15 hari maka duit tidak cukup. Kad ada tetapi dah guna maksimum. Itulah saya kata dengan siapa nak mengadu. Allah hantar orang Malaysia, yang pergi kesana dia dengar kata anak saya bermasalah, dia pergi dengan isteri dia kesana itu yang saya kata tadi yang dua malam tu. Nak balik tinggal duit untuk ustaz belanja, cukup untuk hotel tetapi tidak ada tiket untuk bawa Huda balik.

Seorang pilot telepon bilik saya, Kak Jah jawab, dia kata tiket ustaz dan keluarga untuk balik saya selesaikan. Nak bayar hotel, bayar hospital, sehari sebelum balik, orang Malaysia seorang lagi datang, orang Pulau Pinang. Dia datang semata-mata nak bagi bantuan kepada saya, dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan ke Abu Dhabi pergi jumpa saya di hotel, dia kata “Ustaz ada masalah kan?” saya kata tak ada, tetapi dia kata saya bawa duit ini untuk melepaskan semua masalah. Dia bagi USD20,000.

Itulah saya kata, satu demi satu, bukan kita yang boleh tolong, Allah ta’ala yang bagi pertolongan, Dia yang mengaturkan dan itulah yang saya katakan sampai akhirnya bila saya sampai semalam, selamat sampai ambulan tunggu, doktor tunggu ramai yang bantu saya, sampai ke hospital. Petang tadi (Isnin, 9hb. Jun 2008) dia telah berada dalam ICU, segala masalah yang dihadapi selama ini, boleh dikatakan semua sekali hampir dapat diatasi.

Jantung dia dah stable, buah pinggang dah stable, liver pun stable, enzyme dah turun kepada 133 sekarang, sebelum ini 5104 reading dia punya enzyme, padahal 1000 pun orang boleh mati dah. Sekarang tinggal 133 (Normal enzyme 1 hingga 33 sahaja). Doktor kata mungkin esok (10hb Jun 2008) dia kembali ke normal.

Masih di ICU dan dia sedar sepenuhnya dan keadaan yang sihat wa’afiat pada saya, dan saya syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah mendoakan anak saya dan syukur Alhamdulillah saya sampai ke tanah air, anak saya dah berada di hospital Malaysia yang senanglah kita berbicara dengan bahasa kita dan senang kita faham.

Tolonglah berdoa supaya dia sihat seperti sedia kala dan cepat keluar daripada ICU ke wad biasa dan pulang ke rumah dengan segera.
Share:

Tension : Rega Petrol Naik Lagi.

Walaupun memang telah dijangka akan berlakunya kenaikan harga petrol, tetapi kenaikan sebanyak RM 0.78 begitu merencat sekejap fikiranku. Kalau dahulu kenaikan cuma beberapa sen, aku tidak gaduh untuk isi minyak di stesen minyak. Tetapi kali ini berbeza sekali. Aku join beratur panjang untuk dapatkan pertrol di stesen minyak SBCR. Tetapi disebabkan pergerakkannya perlahan dan masa pun sudah hampir tamat iaitu jam 12.00 malam, maka aku pun beredar. Jika seliter RM 2.70, bermakna tangki penoh My Nazaria, 75 liter = RM 202.50 .. aduhhhhhh.

Sebelum ini Pak Menteri Shahril kata rega minyak tidak akan naik sekurang-kurangnya hingga Ogos 2008, tapi lain pulak jadinya. Dua kali kejutan, masa dan harga. Tension betul bila memikirkan kenaikan kali ini. Apa yang akan berlaku selepas ini, satu demi satu harga barangan dan perkhidmatan tentunya akan naik. Walaupun kerajaan mengingatkan semua pihak jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan, namun sejarah lama menunjukkan seruan itu hanya sebagai ’memenuhi syarat’ untuk melepaskan batuk di tangga dan kenaikan gagal dibendung.

Kalau kerajaan menyeru supaya kita merubah cara hidup, cara yang bagaimana diperlukan. Car-pool ( sedangkan cubaan kerajaan untuk program ini dahulu menemui kegagalan ) ? Naik Motor pergi kerja ( sedang aku masih fobia dan mungkin perlu mengikuti kursus bagaimana mengatasi fobia akibat kemalangan motosikal akhir 2006 lalu ) ? Duduk rumah aje hujung minggu ( tak payah jalan-jalan ) ? Guna public transport ( sejauh mana disediakan kerajaan ) ?

Mengapa harga petrol dunia semakin naik dan naik. Benarkah disebabkan kekurangan bekalan ? Atau turunnya nilai Dollar Amerika ? Atau manipulasi golongan tertentu sebagaimana pernah berlaku kepada nilai Ringgit Malaysia. Rasanya sebelum Iraq di serang Amerika, reganya sekitar 50 – 60 USD setong. Tetapi kini menghampiri 130 USD. Memang tinggi. Tetapi Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, sepatutnya berupaya menerusi mekanisma tertentu menetapkan harga pada kadar yang rendah sebagaimana kebanyakan negara-negara timur tengah yang juga pengeluar minyak.

Anyway, berdasarkan kenyataan PM kelmarin, harga minyak kini bergantung kepada harga pasaran global. Mungkin harga akan naik atau turun. Walaupun ada element levi, subsidi, potongan dan rebat diperkenalkan, namun tentunya masih tidak memadai. Harapnya jika rega minyak mentah dunia turun, rega petrol juga akan turun tanpa banyak daleh dan alasan. Bimbang juga kekalau rakyat semakin rasa 'tertekan' dan membuat sesuatu kepada pentadbiran Kerajaan Malaysia pada masa kini.
Share:

Hari Keluarga Surau Al-Hidayah 2008

Setelah beberapa tahun cubaan mengadakannya gagal, akhirnya berjaya juga diadakan pada 18 Mei 2008 di Kalumpang Resort. Hampir 40 keluarga menyertainya. Kalau tidak hadkan, tentu lebuh ramai keluarga turut serta. Aktiviti ini diadakan untuk mempereratkan silaturahim di kalangan ahli kariah. Keluarga AJK sebenarnya wajib pergi, tapi tak semua pun dapat hadir. Semoga program ini menjadi titik mula perkenalan, khususnya bagi para isteri AJK dan muslimat lain. Aktiviti menyeronokkan ialah mandi-manda. Sejuk tetapi menyegarkan airnya. Rasa nak datang lagi sekeluarga nanti.


Sebenarnya Hari Keluarga ini bukanlah 'perhimpunan keluarga' surau yang pertama diadakan. Sebelum ini pernah diadakan Perkelahan Keluarga di Ulu Yam, kekira 4 or 5 tahun dulu. Masa itu rasa dalam lingkungan 15 keluarga turut serta. Acara turut sama, cuma takde xtvt sukaneka. Yang menjadi penghalang dalam merancang menjayakan Hari Keluarga sebelum ini ialah apabila unsur 'penginapan' dimasukkan. Ini akan menjadikan kos terlibat sangat tinggi. Kali ini kita buat balik hari saja dan kos sekeluarga cuma RM30, tidak termasuk tiket masuk RM5 setiap anggota berusia 5 tahun ke atas.
Share:

Kenangan Di WCIT 2008

Alhamdulillah, aku berpeluang menghadiri World Conference on IT ( WCIT2008 ) di Kuala Lumpur Convention Center ( KLCC ) pada 20 dan 21 Mei 2008 atas tiket ‘ihsan’ daripada MDEC. Just pas masuk, tapi tak dapat apa-apa conference material. Itupun sudah cukup bagus sebab pada asalnya memang namaku termasuk dalam senarai permohonan pejabatku untuk menghadiri conference ini. Namun atas sebab tertentu, tak berjaya. Mungkin lewat dapat kelulusan kot. WCIT bermula dengan pembukaan oleh PM pada 19 Mei.

WCIT 2008 merupakan yang ke 16 diadakan. Kalau dikirakan event ini setiap dua tahun, bermakna telah 32 tahun event ini. WCIT menghimpunkan peneraju industri komputer, ahli akademik bersama pengguna sama ada kerajaan dan swasta bagi membincangkan impak terhadap ekonomi, sosial serta masa depan teknologi ICT. Since di KL merupakan yang first diadakan di luar Eropah dan USA, kiranya ini suatu pengiktirafan kepada Malaysia.

Sebenarnya banyak yang dibincangkan, tapi tak sempat nak cerita semuanya. Malah ada yang aku sendiri pun kurang faham.

Padi 20 Mei aku sempat ikuti dua forum. Pertama mengenai ’Creativity Unlimited’. Kreativiti memang tiada hadnya dan rakyat Malaysia dikatakan berpotensi. Dalam filem Ironman yang sedang ditayangkan, terdapat 4 rakyat Malaysia terlibat dalam pembikinan filem tersebut. Malangnya di Malaysia, sesuatu teknologi baru sukar dikembangkan tanpa dilibatkan dengan unsur ’hiburan’ or ’entertainment’. Just for fun, bermaksud tidak serius atau main-main saja.

Manakala forum kedua bertajuk ’Doing Business In Asia’. Mengambil contoh ‘Google’ yang baru dalam industri Internet, tetapi begitu popular dan telah memberikan impak serta di terima ramai. Ia dibangunkan oleh anak muda. Tidak semestinya telah lama involve dalam dunia ICT, syarikat tersebut boleh terus survive dalam ‘doing business in ICT’. Yang penting cukup kreatif, peka dan responsif sehingga boleh diterima masyarakat. Peluang dalam dunia mobile phone terbentang luas di India dan China kerana kadar penggunaan masih rendah di sana sedangkan permintaan semakin meningkat.

Lepas itu dalam break-out session, aku masuk forum berjodol ’From Local Going Global’. Menarik sesi ini. Tapi ahli panel semuanya Malaysian dan rasa macam tak seswai dalam forum bertaraf ‘world’. Semua ahli panel menyatakan bahawa untuk berjaya dalam dunia global, tidak semestinya menjadi ‘jaguh kampung’ dahulu. Kalau ada peluang dan product kita bagus, strategi perlu dilakukan untuk meluaskannya. Malangnya pihak kerajaan dikatakan tidak cukup membantu dalam syarikat tempatan hendak ‘berjuang’ di dunia global. Mereka terpaksa berusaha keras sendirian. Dalam negara tidak dinafikan memang banyak insentif dan galakan dilakukan.

Masa lunch jumpa ramai kengkawan lama dalam ICT kerajaan. Mereka semua merupakan peserta. Jealousnya. Sempat melawat beberapa gerai pameran. Jenuh kutip brosur dan bag souvenir. Forum petang nampak kurang menarik minatku. Entah apa-apa entah. Mungkin kekenyangan lunch.

Pagi 21 Mei dua forum diadakan bagi membincangkan masa depan Internet. Nampaknya masa depan Internet sukar di ramalkan sebab perkembanganya terlalu pantas. Berbanding dengan teknologi lain, ada yang mengatakan kemajuan ICT masih belum matang sebab ia dianggap masih ’baru’. Sukar diramalkan apa yang berlaku di alam siber. Manusia semakin mahu berkongsikan maklumat. Internet menjadi alat bagaimana ianya dilakukan dan terpulang kepada kita bagaimana untuk melakukannya ( anywhere, anytime and anyform ) mendapatkannya, mengingatkannya dan menginterpret. Kalau boleh semuanya hendak dilakukan dari satu mobile device. Internet menjadi sebagai ’Second Life’. Dr Vinton Cerf dari Google yang boleh dianggap sebagai one of the Web’s founding fathers mencadangkan agar suatu identiti ( or certificate ) diwujudkan bagi setiap orang di alam siber.

Sebelum lunch, Timbalan Perdana Menteri berucap kekira 30 minit.

Lepas Lunch pegi melawat gerai pameran dan jumpa Sdra Hussein, ex- NYDP PIBG SKSU yang kini Managing Director bagi K-Perak Inc. Beliau kini mengendalikan laman web ’kperak’ yang mengandungi berita-berita hal ehwal dalam negeri Perak. Turut bersama ialah rakanku ’Berlingo’. Tak banyak gerai dilawati juga sebab nak berkejar ke sesi bersama MB Penang, Perak dan Selangor. Menarik juga, ketiga-tiga MB ’pembangkang’ turut di beri peluang naik pentas WCIT2008.



Ingatan forum, rupanya just short presentation mengenai negeri masing-masing dan perancangan dalam membangunkan ICT untuk promosi menarik lebih pelabur melabur dalam negeri masing-masing.Jika Perak dengan ’Meru Raya’, manakala Selangor pula dengan ’I-City’ nya.



Presentation daripada MB Perak cukup impressived. Fasih, lancar dan jelas sebutannya. Bergema Plenary Hall dengan bacaan & terjemahan Surah Al-Alaq in English. Terasa lain dari yang lain. Rasanya the only speaker yang ku dengar, berikan ucapan ’salam’. Malah pada akhir presentation pun dia sempat melambaikan tangan kepada peserta. Ini first time aku dengar ucapan dari MB Perak secara live.





Lepas presentation 3 MB tu, akupun pulang walaupun masih ada beberapa prsentation lagi. Letih juga. Next WCIT ialah WCIT2010 di Amsterdam dengan slogan Challenge The Changes.
Share:

Penghormatan Kepada Guru : Antara Kebenaran Dan Kepalsuan

Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.

Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari iaitu ....
1. Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.

2. Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.

Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.

Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).

Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan".

Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :

1. Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.

2. Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.

3. Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.

4. Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.

5. Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.

Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).

Konsep penghormatan kepada golongan pendidik

Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.

Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.

Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.

Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.

Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.

Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.

Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Sempena Hari Guru oleh Ustaz Zainuddin Hashim.
Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14506&Itemid=91.
Share:

Kertas Kerja Karnival Jom Ke Surau ?

Tetiba ramai bertanyakan serta minta kertas kertas kerja bagaimana Karnival Jom Ke Surau dianjurkan oleh Surau Al-Hidayah. Mungkin mereka nak jadikan sebagai contoh. Ini suatu pengiktirafan. Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor yang hadir merasmikan program ini memang berhasrat hendak datang untuk melihat bagaimana kami menganjurkan Karnival ini. Ini suatu pengiktirafan. Dalam ucapan perasmiannya pun beliau merakamkan ucapan tahniah kerana Surau Al-Hidayah antara yang surau yang aktif di Daerah Kuala Selangor dan beliau juga sering mengunjungi laman web Surau Al-Hidayah.

Tetapi perlukah kertas kerja. Atau memang kami yang tidak professional sebab buat kerja tanpa ada kertas kerja ? Aku kira selama ini pihak Surau Al-Hidayah just bincang aktiviti nak buat dan agihkan tugasan. Kerja untuk persiapan Karnival Jom Ke Surau kiranya bermula 2 bulan lebih awal. Tetapi ini tidak termasuk tempahan penceramah utama dan Pertandingan Nasyid Antara Tadika. Yang penting memula kompom tarikh dengan Ustaz Akhil Hayy, kekira 3 bulan sebelum. Kemudian baru surat edaran kepada tadika, kekira dua bulan sebelum pertandingan. Pihak tadika memerlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk siapkan pasukan. Sengaja pilih bulan Mei sebelum cuti sekolah bermula sempena Maulidur Rasul. Lagipun kalau lepas dua minggu cuti, bebudak tadika lupa setelah penat berlatih.


Gerak kerja yang lain menyusul. Khemah penting sebab nak tempah dengan MDKS yang ’murah’ berbanding lain. Mana-mana jemputan pekhidmatan darah, pemeriksaan kesihatan serta pameran tempah dua bulan sebelum. Tugasan ini diagihkan kepada beberapa AJK. Cuma tahun ini agak lewat promosi sebab lewat siapkan baner yang cantik yang ditempah. Risau juga pada mulanya, tapi kira orait juga timingnya. Tambahan hebahan bagi memanaskan suasana di canang dalam saujanautama.net. Cuma cabarannya ialah musim peperiksaan pertengahan tahun . Ini nak kena fikirkan semula dalam menarik anak-anak dan remaja berkunjung ke karnival ini.

Hati bertambah lega bila 7 pasukan nasyid akan turut serta. Nasyid tadika jadi ’core event’, kalau tidak cukup pasukan, kena cari alternatif lain, apa-apan program yang menyebabkan para pengunjung ramai yang hadir dan stay seberapa lama di surau. So derma darah, periksa kesihatan, pameran bomba, PDRM menjadi antara aktiviti penarik untuk pengunjung terus stay lama di surau, sambil membeli dan mengikuti aktiviti yang berfaedah.

Matlamat atau objektif mengadakan Karnival Jom Kesurau mudah sahaja, iaitu sebagai suatu kempen untuk menggalakkan orang ramai berkunjung ke surau dan mengimarahkan surau. Surau bukan setakat untuk dengar kuliah fardu ain dan solat berjemaah, tetapi pelbagai aktiviti boleh diadakan dalam menjadikan surau sebagai institusi penting masyarakat, focal point aktiviti masyarakat serta tempat menjalin ukhuwah silaturrahim.

Sebelum ini Surau Al-Hidayah pernah megadakan program besar ala karnival ini dalam setiap kali menyambut Maal Hijrah dan Maulidur Rasul. Kita bukan setakat anjurkan ceramah, tetapi pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan untuk menarik dan mengalakkan orang ramai ke surau. Atas pengalaman mengadakan beberapa program seperti itu, penganjuran Karnival Jom ke Surau menjadi agak mudah. Mungkin sebenarnya cuma tukar tajuk program, tapi objektif dan pengisiannya hampir serupa. Bezanya ada penglibatan agensi kerajaan seperti BOMBA, PDRM, Pusat kesihatan, Tabung Darah dan tahun lepas ada MDKS serta SPR. Tetapi, masih tidak memerlukan kertas kerja. Just senarai aktiviti, apa tindakan diperlukan dan agihan kerja siapa yang bertindak. Terimakasih kepada semua anggota gerak kerja Karnival Jom Ke Surau KAli Ke-2, Surau Al-Hidayah Saujana Utama.
Share:

Harga Beras Naik Menggiler ....

Kali terakhir sebelum ini aku beli beras ialah kekira 3 minggu yang lalu pada kadar RM 18 untuk 10 kg. Masa itu sudah kedengaran berlakunya kekurangan beras. Aku tidak kisah sebab nampaknya harga masih macam biasa aje. Tapi bila aku nak beli beras tadi, aku terkejut sebab beras yang sama jenamanya di rangkaian pasaraya yang sama ( walaupun lokasinya berbeza ), sudah menjadi RM 28.89. Yang lain sekitar RM 30. Lebih 50% kenaikan. Giler betul … Apa yang telah berlaku sehingga begitu tinggi kenaikkannya. Memang benar-benar kekurangan ke sekarang atau sekadar konspirasi oleh penanam padi atau pengedar beras ? Benarkah kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa dengan beralasankan fenomena global ... Apakah juga kerana menurunnya nilai USD ?

Tentunya harga nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu or sebarang nasi yang dijual di pasar malam or restoran akan naik juga. Pak Menteri pulak syorkan makan ubi dan keledek …adusss !!! Mana bisa makan ubi or keledek dengan gulai kari, rendang, asam pedas, sambal tumis, ulam-ulaman ? Apakah jagung juga menjadi pilihan ... aku suka jagung, tapi tak terfikir nak dijadikan makanan ruji pulak !!!
Share:

Akhil Hayy & Waheeda - Kantoi !!!

Pada 11 Mei 2008, berlangsung program Karnival Jom Ke Surau Kali Ke-2 anjuran Surau Al-Hidayah Saujana Utama. Aku sebagai Pengerusi Surau serta Pengarah Program, kira sibuk sangat pada hari berkenaan serta beberapa hari membuat persiapan sebelum itu. Detail program boleh diikuti di laman web http://alhidayah.saujanautama.net/ atau http://www.saujanautama.net/. Untuk kali ke-4, Ustaz Akhil Hayy hadir lagi bagi mengisi slot ceramah kemuncak pada malamnya. Penampilan beliau nampak berlainan berbanding sebelum ini sering dengan jubah putihnya. Kehadiran beliau berjaya menarik ramai ke surau pada malam tersebut yang ku kira dianggarkan 1,000 orang termasuk kanak-kanak. Rakaman ceramah juga boleh diikuti di http://alhidayah.saujanautama.net/KKAkhil81.mp3.

Selepas ceramah, dalam sesi menjamu di rumah sorang teman ( Terima kasih Kudin ), sempat aku bertanyakan hal hubungan beliau dengan Waheda yang sering digossipkan dalam internet dan media massa. Ustaz bertanyakan pandanganku berhubung dengan penafian Waheda dalam Berita Harian bebaru ni. Aku tak ingat apa jawapanku, tetapi dalam beberapa hint yang beliau berikan ( seperti tsunami keluarga & ada dua rumah ), seperti benarlah mereka ada hubungan tersangat rapat seperti suami isteri. Tetapi demi menjaga ‘suasana’, maka mereka masih berahsia. Sempat aku ambil nombor kereta yang beliau bawa malam tu dan bila aku buat semakan, ternyata kereta tersebut di daftarkan atas nama Waheda !!! So …… ?



Share:

Selamat Hari Ibu

Suatu petang sedang aku sekeluarga nak ke pusat membeli belah, anak-anakku bertanya kepada isteriku, “Esok hari ibu, nak beli hadiah apa kat Umi ya ?”. Lalu balas isteriku, "Tak payah beli apa-apalah, tolong Umi kat dapor dan kemas rumah sudah cukup”. 11 Mei 2008 disambut sebagai Hari Ibu di Malaysia dan sebahagian besar dunia, iaitu hari Ahad kedua bulan Mei. Pelbagai sejarah boleh dikorek menerusi internet, bagaimana timbul atau asal-asal Hari Ibu.

Persoalannya, apakah hukum menyambutnya. Timbulnya Hari Ibu ini mungkin kerana para 'pelopornya' melihat, telah menurunnya rasa cinta dan kasih masyarakat terhadap ibu masing-masing. Benarkah begitu ? Sepatutnya hari-hari adalah hari kita memperingati ibu dan bapa kita. Sebagai Muslim, hari-hari kita diminta berdoa untuk kesejahteraan dan keampunan untuk ibu kita … Di USA, pada Hari Ibu mereka membawa ibu masing-masing untuk ‘dine out’. Tak apelah kalau kita pun ikut sama tradisi tu, tapi takkan hari itu saja …. Anyway terpulang kepada cara kita menyambutnya juga, as long as tidak menyalahi hukum syarak. ‘Bidaah’ memang bidaah, terutamanya kalau just sambut pada 2nd Sunday of May.

Selamat Hari Ibu kepada ibu, ibu mertua dan isteriku.


Aku sebenarnya sering 'tidak tahan' apabila mendengar lagu Buatmu Ibu seperti di bawah. Selalunya akan mengalir air mata. Menurut penciptanya yang pernah aku dengar dalam Radio IKIM, dihasilkan ekoran kematian neneknya dalam suatu kemalangan.

Buatmu Ibu

Ibu ... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan ...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com
Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)
Sumber http://www.hijjaz.com.my

Share:

Kedatangan Chelsea - Sebenarnya Kita Tidak Konsisten

Pasukan bolasepak EPL Chelsea akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia pada 29 Julai 2008. Kehadiran pasukan tersebut menimbulkan masalah dan menjadi isu bukan kerana tidak ada rakyat Malaysia yang menyokong pasukan Chelsea, tetapi pasukan tersebut mempunyai dua warga Israel. Pengurus pasukan, Avram Grant dan juga pemain pertahanan, Tal Ben Haim merupakan dua orang rakyat Israel.

Apa yang di ketahui, polisi negara kita tidak membenarkan mengadakan hubungan diplomatik dan juga perdagangan dengan negara haram Israel. Rakyat Malaysia juga dilarang untuk melawat negara tersebut. Tetapi entah kenapa dalam isu ini kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu membenarkan rakyat Israel datang ke negara ini.

Ini adalah suatu pendirian yang tidak konsisten yang jelas ditunjukkan oleh kerajaan padahal Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sejak kemerdekaan negara ini lagi. Oleh itu alasan bahawa sukan tidak bercampur dengan politik adalah pendirian yang sangat mengecewakan sedang kita tahu kedudukan dan penderitaan rakyat Palestin. Bagiku ini bukan setakat soal politik sahaja, tetapi melibatkan soal agama Islam dan maruah umat Islam di Palestin khususnya. Jangan kita hipokrit terhadap saudara kita di bumi Palestin, membantah pencerobohan Zionis Israel terhadap Palestin tetapi pada masa yang sama membenarkan negara kita 'dicerobohi' oleh rakyat Israel.

Jika hujah ini dipakai bahawa sukan dan politik tidak bercampur maka apakah budaya, hubungan diplomasi, perdagangan, pendidikan dan pertahanan serta perjanjian antarabangsa juga tidak bercampur dengan politik.

Kita tidak sepatutnya berpendirian sedemikian rendah sehingga mengutamakan permainan bolasepak di atas nasib dan nyawa serta penderitaan rakyat Palestin. Kenapa kita berkeras juga mahu membawa pasukan Chelsea ke Malaysia? Sedangkan banyak lagi pasukan-pasukan ternama yang tidak ada warga Israel boleh dijemput datang ke Malaysia. Adakah dengan membawa beberapa orang pemain bola sepak Israel ini boleh meningkatkan mutu bola sepak Malaysia? Atau apakah benar dengan membawa mana-mana pasukan ternama itu boleh menaikkan mutu bolasepak Malaysia yang merudum ketika ini ?

Masihku ingat peristiwa pembantahan rakyat Malaysia khususnya mahasiswa apabila pasukan kriket Israel masuk Malaysia pada tahun 1997 ekoran tindakan Tun Dr Mahathir, PM ketika itu membenarkan atlit kriket Israel datang menyertai kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) juga atas dasar semangat kesukanan. Tanpa banyak pihak sedari beberapa bulan lepas tu, seorang warga Israel telah hadir dan membentang kertas kerja dalam satu persidangan Matematik Antarabangsa di KL.

Malaysia pernah memboikot penyertaan ke Sukan Olimpik pada tahun 1978 sedangkan pasukan bolasepak Malaysia telah layak untuk beraksi, lantaran bersama banyak negara lain yang membantah penaklukan Rusia ke atas Afghanistan. Mungkin kerana gagasan untuk memboikot itu di pelopori oleh Amerika. Jelasnya pendirian kita tidak konsisten. Malah bagi rakat Malaysia sendiri bersikap agak dingin serta bersikap sinis untuk memboikot barangan yang punyai saham dan kepentingan kepada Israel dan gerakkannya ...
Share:

'Berbulan Madu' Ke Kuching Sarawak

Pada 25 April 2008 lalu, aku fly dengan Air Asia ke Kuching. Tiket dah tempah dua bulan dahulu apabila ada offer. So dua orang pergi dan balik termasuk itu dan ini jadi RM 320++. Tarikh ini dipilih 'kononnya' sebagai hadiah hari kelahiran isteriku pada 21 April lalu.

Hari 25 April tu aku bercuti. Jam 2.30 petang betolak dari rumah ke stesen Komuter Kuang. Kemudian naik Komuter dan sampai di KL Sentral naik Skybus, RM 8 sahaja. Hampir jam 5.00 petang sampai LCCT. Ramai betul orang, maklumlah dengan adanya Air Asia, now every one can fly. Tapi siapa dan kemana mereka semua ini ? Jumpa orang Seri Pagi, katanya sekeluarga nak ke Labuan. Singgah minum kat ‘Asian Kitchen’, secawan Milo panas RM 2.90 dalam cawan polisterin kecik !!! Padahal kalau kat luar rasanya cuma RM 0.90.

Walaupun flight lewat kekira 20 minit dari jadual, namun aku bersama orang lain tetap berdiri beratur awal supaya dapat naik cepat untuk cop tempat duduk. Jam 7 mlm baru dilepaskan masuk, maka berlari anaklah ke kapalterbang sehingga memotong pemegang ‘boarding xpress’ dan warga emas. Bukan aku sorang begitu, nampak lain pun sama. Dapat duduk dekat pintu exit di tengah-tengah. Sengaja pilih sebab tempat kakinya luas, so senang nak ‘melunjurkan’ kaki. Tetapi kami dapat extra explaination daripada crew flight, tunjukkan cara-cara nak bukak pintu jika 'diperlukan'. Kecut juga perut bila dikatakan begitu. Tapi banyak tempat kosong sebenarnya. Sepanjang perjalanan semuanya lancar dan suasana dalam pun ok. Cuma musik yang dimainkan agak ‘rock’ sikit dan hari pun sudah gelap, tak berapa nampak di luar tingkap.



Sampai Kuching International Airport kekira 8.50 malam. Wau, cantik airportnya. Ala-ala KLIA gitu. Last time pegi rasanya masa kerja kat Lembaga Peperiksaan iaitu 5 or 6 tahun dulu. Banyak perubahan. Lepas melepasi pemeriksaan kastam dan ambik barang, terus ke Hotel Harbour View dengan teksi RM 17.50. Hotel dekat dengan ’Kuching Waterfront’ dan agak kecik biliknya. Dah book bilik jenis Deluxe dengan queen bed. Cuma RM 130 semalam sebab kakitangan kerajaan. Ini termasuk sarapan untuk 2 orang bagi dua hari. Kalau tidak RM 170 semalam. Lepas check in, terus cari restoran untuk makan malam. Perut dah ’berbunyi’. Makan nasi goreng kampung, tapi tak ada bilis. Pesen orang Kuching kot !!!

2nd day, pukol 7 pagi dah turun sarapan hotel. Hari sudah terang. Nampak ramai pemain dan kakitangan pasukan bola sepak Terengganu yang turut menginap di hotel yang sama. Tanya salah sorang, katanya malam ini lawan Sarawak. Then ambik taxi pegi Hutan Semanggoh nak tengok orang hutan. Tapi silap timing, sampai saja orang hutan baru ‘beransur’ dari tempat ‘feeding’. Ramai Mat Salleh, orang tempatan rasanya kami berdua sahaja. Orang hutan ni diberikan nama dan ada keturunannya yang diabadikan di whiteboard sejak tahun 1900an.

Lepas tu pegi ke kilang ’tembikar Sarawak’. Selain ada diskaun untuk semua tembikar sebanyak 50%, dapat tengok proses pembuatannya. Dari tanah yang diproses, diadunuli, ditempa dan dicat hias. Beli beberapa untuk kenangan dan dipack elok. Isteriku beli kain alas meja, yang besar RM10 dan kecik RM8 ( lepas diskaun ). Lepas tu kembali ke hotel dan letak barang. Kemudian turun semula jalan-jalan di waterfront. Ramai pelatih polis lepak-lepak ’outing’ dan 'dating' tepi sungai.

Naik sampan pergi seberang. Pendayong dan atap sampan semuanya ada cop jenama syarikat telekomunikasi. Rupaya ada tajaan. Perjalanan kekira 5 minit sahaja, tambangnya RM 0.30 sorang. Sampai seberang, singgah di tempat antara membuat kek lapis Sarawak yang tersohor iaitu Dayang Salhah. Murah-murah kek kak situ, yang biasa cuma RM10. Khabarnya di KL dalam RM 25. Syarikat ini juga menawarkan tempahan menerusi internet dengan kos RM 17 termasuk penghantaran. Tengok dapornya agak bersih. Tapi acuan yang berisi warna warni tampak macam kilang cat saja. Sebelum balik, duduk di ruang tamunya untuk merasa pelbagai jenis kek lapis sambil berehat menikmati kesejukan penghawa dingin.

Lepas itu, jalan kaki ke Kota Margherita. Jalan menuju tempatnya macam tidak dipelihara elok. Ingatkan salah jalan. Kota ini pernah digunakan sebagai kubu pada tahun 1880. Masih kedapatan meriam, bilik kurungan, tempat meninjau dan bilik senjata. Sebelah kota, bangunan yang bakal menempatkan Dewan Undangan Negeri sedang dalam pembinaan. Tetiba kedenganran suara azan kuat berkumandang sana sini. Bagus juga, dalam bandar besar macam ini, azan kuat berkumandang. Kan Malaysia negara Islam !!! Kemudian balik semula ke Jetty. Dalam perjalanan jumpa pokok saga, isteriku kutip beberapa bijik buah saga entah nak buat apa ...

Agaknya berapa pendapatan pakcik pendayong sampan nie kalau cuma RM 0.30 tiket seperjalanan. Dekat tebing sungai banyak juga kereta ’parking’, barangkali keseberang dengan sampan ini aje untuk berurusan atau ke tempat kerja. Payahnya kami ialah bila nak ambik gambar berdua. Bila minta pertolongan daripada orang lain, ada kata tak tahu, tak mahu dan setengah tu kalau ambikkan pun gambarnya 'goyang'. Leceh betol ....

Kemudian ke Main Bazar Waterfront. Ingatkan besar, sebab dikatakan ’must visit’, rupanya kecik seciput aje. Di sana kain alas tu dapat lebih murah lagi. Besar RM 9 dan kecik RM 7. Isteriku geram sebab sudah beli tadi dengan rega yang lebih mahal. Pergi lunch ’Laksa Sarawak’ di gerai tepi sungai. Boleh tahan juga rasanya. Sambil jalan balik ke hotel, singah kedai-kedai ’kekal’ tepi jalan. Alamak, isteriku jadi makin geram. Alas meja tu lagi murah. Yang kecik 2 helai RM 10 dan besar cuma RM 7. Barangan cenderahati lain pun murah-murah. Aku 'terbeli' t-shirt Sarawak. Then balik hotel, tidur kejap. Petang sikit turun semula, singgah di pasaraya membeli belah berdekatan dan ambik gambar kenangan di bulatan yang ada patung kuching. Orang kata tak sah pegi Kuching kalau tak bergambar di situ. Hari semakin gelap, balik hotel dan turun semula untuk dinner saja. Lepas tu relax kat hotel saja ... nonton aksi EPL Chelsea lawan Man Utd. Apabila gol, kedengaran sorakan entah dari mana ...

3rd day, lewat sikit turun sarapan. Sempat ucap tahniah kepada salah sorang kakitangan squad Terengganu kerana menang 4-2. Baru kelihatan jurulatihnya, Yunus Alif ( betul ke ). Setiap pagi nampaknya sama aje menu sarapan pagi di hotel ini. Sekadar boleh tahan, takdelah sedap sangat. Then ambik teksi ke Pasar Satok. Tak ada apa sangat, kecuali nak beli sayuran, buahan dan bahan mentah lauk pauk. Isteriku tidak sedap badan, lalu pulang aje ke hotel. Aku ambik keputusan nak jalan-jalan semula sorang diri. Tak kan nak duduk memerap kat hotel aje, datang dari jauh ni dan masa masih panjang.

So, aku singgah ke pasar basah dekat Main Bazar Waterfront, beli ikan terubuk masin dua keping. RM10 saja siap packed. Meriah suasana orang membeli keperluan dapor di situ. Then aku jalan-jalan ke Square Tower, Indian Street dan Little Lebanon. Kelihatan anggota Majlis Bandaraya Kuching bertugas menghalang pekedai yang meletakkan barangan melimpah ke atas jalan di Indian Street. Tapi kat sini macam tak nampak Indian pun ? Kenapa panggil Little Lebanon ? Mungkin sebab ada jualan masakan ala sana serta rekabentuk bangunan nya.

Lepas itu aku ke Muzium Tekstil yang terletak berhampiran. Tak ada orang, aku sorang-sorang masuk. Seram juga dibuatnya sebab banyak patung-patung orang sedang menenun kain. 'Bimbang' kot-kot bergerak patung tu. Walaupun di larang ambik gambar, tapi aku belasah aje. Lepas itu aku dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas tentang muzium lain berdekatan. Rupanya banyak muzium berdekatan dan semuanya free-free saja ...

Memula jalan ke Muzium Kesenian. Sebelumnya Museum Natural History, tapi belum buka lagi. Then ke Muzium Sarawak ataupun dikenali juga sebagai Muzium Etnologi. Menarik di sini, ada tulang ikan paus yang ditemui tahun 1900an, replika rumah panjang serta model berskala sebenar rumah panjang. Siap ada gantung tengkorak yang real selain senjata dan kraftangan. Nampak sekumpulan pelancung 'veteran' Indian/Pakistani. Bagus mereka, sebab semasa penerangan diberikan oleh jurupandu pelancong, mereka buat catatan dan rakaman audio. Kalau orang kita, harap budak sekolah aje nak buat begitu. Itupun sebab cikgu yang suroh ...

Seberang jalan Muzium Sarawak ialah Dewan Tun Abdul Razak yang turut menempatkan bahan pameran dan sejarah ceramik serta penemuan artifak orang dulu-dulu seperti di Gua Niah dan Gua Mulu. Banyak projek-projek dilakukan sejak dulukala, khususnya oleh universiti luar negara, turut dipamerkan. Turut diadakan ialah pameran mengenai SCORE, Sarawak Corridor Renewable Energy, suatu projek mega untuk membangunkan koridor pantai Sarawak yang dilancarkan sebelum PRU12. Ada satu booth yang aku singgah, agak tertarik yang kini Sarawak ada mengeluarkan aluminium daripada bahan mentah yang dieksport dari Australia, dimana lebih ekonomik daripada 'gali' sendiri. Lepas tu aku berjalan balik ke hotel. Letih juga dan time to check out pun sudah dekat.

Masa nak fly balik ke KLIA masih lama lagi. Lepas check-out hotel, tumpang tinggal barang di lobby hotel dan pergi lunch. Lepas lunch ronda-ronda tepi sungai sambil menuju ke pasaraya membeli belah berdekatan yang tengah 'Sale'. Setelah penat, terus kembali ke hotel dan ambik taxi untuk ke Airport. Memang masih awal, so ronda-ronda dalam airport yang masih cantik dan nampak baru serta singah di restoran makanan segera ayam goreng. Harga hanyalah sedikit lebih mahal daripada yang biasa.

Seperti biasa, di pintu masuk Gate beratur lagi untuk pastikan dapat tempat duduk. Mulanya aku rasa tak payahlah sebab gerenti boleh dapat duduk bersama punya. Flight delay lagi, 20 minit. Agaknya suatu yang normal bagi Air Asia untuk delay. 7.45 malam baru dilepaskan, tapi tak dapat nak cop dekat pintu kecemasan. Dah ada orang lain ambik. Kiranya 75% tempat duduk diisi. Dalam flight tidur sahaja sebab agak keletihan. Bye Kuching, see you again ?

Aku baru perasan, cara pilot Air Asia ’melandingkan’ flight masa pergi dan balik sungguh ’smooth’. Tiada gegaran atau hentakan kuat semasa touch down. Tapi sampai LCCT agak kecoh sikit sebab bag tak keluar di lorong yang sebagaimana tertera Nombor Flight di LCD. Agaknya suatu yang normal sebab tambang murah. Di LCCT, my daughter dah tunggu dan singgah RnR Dengkil untuk makan malam. Sampai rumah terus tidur lantaran keletihan ....
Share:

Sejarah 21 April 2008 ...

‘Terima kasihlah En Hassan, sekolah kita siap, seronok budak-budak’. Tetiba aku terkedu, layakkah aku membalasnya dengan ‘sama-sama’. Ini bukan sekolah aku yang punya, malah anakku pun takde yang belajar kat sekolah ini sekarang. The credits should go to all my dear friends yang begitu bersemangat, meluangkan masa, tenaga, mencurahkan idea, berusaha gigih tanpa rasa malu, penat lelah serta penderma yang menyumbang dari jumlah yang sekecil RM 1 sehinggalah sebesar RM 133,000. Semoga Allah jua yang membalasnya dengan ganjaran yang setimpal. Terasa nak sambung kisah PK vs PS setelah lebih 3 tahun …

Kebetulan 21 April 2008 terpilih sebagai tarikh secara rasminya bangunan KIDaS boleh digunakan. Tentunya mudah untuk aku mengingati tarikh ini sebab itulah juga tarikh ulangtahun kelahiran isteriku yang tercinta.

Maka tamatlah kisah ‘sebuah sekolah agama dalama kontena’ yang termaktub dalam lipatan sejarah Selangor Maju 2005. Seronok tengok anak-anak KIDaS on the first day di bangunan baru. Baru terima surat kelmarin, MB Selangor pun dah setuju nak turun merasmikan bangunan pada 15 Jun 2008. Namun dalam hatiku masih terdetik, ‘jangan haraplah sangat MB datang, probably YB Dr Hassan or YB Dr Halimah ( dua personaliti yang memang saya kagumi ). Ku anggap ini suatu penghormatan kepada semua yang sesama berusaha membangunkan bagunan baru KIDaS ini.

Sebenarnya bangunaan baru ini belum siap sepenuhnya. Ada beberapa lagi yang sedang disiapkan. Namun perpindahan dilakukan supaya tidak perlu lagi sewa 3 premis kedai. So jimat sikit. Grating longkang, pagar, bilik air dan kemudahan pejabat sedang disiapkan. Talipon, rangkaian komputer, loceng dan sistem PA. Banyak lagi yang perlu di lakukan selepas ini khususnya hal berkaitan dengan maintenance. Itudaripada segi fizikal.

Masyarakat akan melihat daripada segi kualiti pengurusan. Kalau dulu alasan belajar dalam kontena boleh digunakan, namun kualiti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh tenaga pengajar perlu menjadi keutamaan selepas ini. Jumlah tenaga pengajar sebenarnya sekrang berlebihan. Akan tiba juga ketikanya, bilangan tenaga pengajar akan dikurangkan dan ini tidak dapat dielakkan. Dulu ada 32 kelas, tetapi sekarang cuma 24 kelas. Usaha sedang dilakukan untuk mengadakan Bengkel Pelan Strategik KIDaS di kalangan tenaga pengajar dan AJK Surau Al-Hidayah yang tertangguh beberapa kali.
Share:

Terima Kasih SAM Bestari JAIS

12 April 2008 mungkin hari terakhir aku menjejakkan kaki ke SAM Bestari JAIS, USJ. Ini adalah kerana anakku Kak Di yang dah habis sekolah, datang menerima Anugerah SPM kerana dapat 11A. Berbeza dengan tahun lepas, tahun ini penerima anugerah SPM adalah dari yang dapat 9A ke atas. Agaknya 'kurang bajet' kot. Ikutkan pengalaman, majlis ini selalunya dijalankan dengan menarik dan penuh gilang gemilang, terutama persembahan dari para pelajarnya. Namun kali ini nampak agak hambar sikit.

Majlis dirasmikan oleh Pengurus Jualan MK Land yang mewakili Pengurusnya iaitu Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal. Kenapa MKland ? SAM Best memohon untuk jadi anak angkat kepada MK Land bagi menjana kecemerlangan SAM Best. Banyak program yang dirancang menurut Pengetuanya dalam ucapa alu-aluan. Namun pada kesempatan ini tahniah dan terima kasih kepada SAM Best yang memberi peluang anakku mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik. Prestasi SAM Best di peringkat nasional sungguh mengkagumkan dan sebab itulah SAM Best menjadi 'rebutan' ramai.

Share:

Penubuhan Majlis Gabungan Surau

Hasil dua kali mesyuarat yang diadakan iaitu pada 6 April di premis KIDaS dan 16 April di Surau An-Nur, akhirnya persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan jalinan kerjasama dan permuafakatan antara surau-surau di Saujana Utama, SBCR dan Sri Pristana atas nama Majlis Gabungan Surau ( MGS ). Cadangan penubuhan ditimbulkan dan dipersetujui dalam Bengkel Pelan Strategik Surau Al-Hidayah 2008/2010 yang diadakan pada November 2007 di Dusun Eco Resort, Pahang. Surau Al-Hidayah sekadar menjadi penggerak dengan hasrat untuk menyelaras aktiviti serta tindakan yang memberikan kebaikan kepada keseluruhan masyarakat Islam di Saujana Utama, SBCR dan Sri Pristana, khususnya dalam menghadapi masalah bersama.

Walaupun nampaknya aku jadi pengerusinya buat masa ini, aku rasa tak mengapa pada permulaan ini. Since Surau Al-Hidayah jadi pengerak tak mengapalah Pengerusinya jadi 'Pengerusi'. Aku merasakan Pengerusi perlulah di 'rotate' di kalangan Pengerusi Surau-Surau yang ada nanti. Selain aku, Tn Hj Azlan ( Pengerusi Surau Jumaat An-Nur ) selaku Naib Pengerusi. Manakala Sdra Azrulfaizi Abdul Rahman ( Setiausaha Surau Al-Hidayah ) dipilih sebagai Setiausaha dan Penolongnya, Sdra Mohd Idris Hj Salam ( Setiausaha Surau Jumaat An-Nur ). Semua Pengerusi dan Setiausaha surau-surau lain secara automatik menjadi AJK gabungan ini. Ini termasuklah Pengerusi dan S/U Pembinaan Masjid. Alamat surau menyurat adalah Pengerusi Surau Al-Hidayah.

Pada peringkat awal penubuhan ini, beberapa tindakan terdekat telah diputuskan untuk dilaksanakan berkaitan dengan pencegahan maksiat, sebaran maklumat dan penyelarasan aktiviti serta lain-lain hal. Satu perjumpaan antara ahli MGS dengan Pegawai Tadbir Agama Islam Kuala Selangor akan diaturkan.


Kerjasama pencegahan maksiat
a. Usaha setiap surau untuk menubuhkan pasukan ‘pencegahan maksiat’ masing-masing boleh diteruskan. Fokus lebih kepada tindakan pencegahan yang ‘berhemah’.

b. Tindakan bersama untuk saling berkongsi maklumat, khususnya yang ‘melangkau sempadan’ kariah. Sempadan kariah akan dibincangkan detail bersama peta keseluruhan dalam mesyuarat akan datang.

c. Kad kuasa atau yang seumpamanya untuk tujuan pencegahan maksiat akan dipohon daripada pihak JAIS. Setiap surau dijangka akan diperuntukan 5 kad.

d. Berkongsi tanggungjawab dalam mendirikan sekurang-kurangnya 3 papan tanda amaran kepada ‘Penjenayah Dan Pemaksiat’ dengan kerjasama pihak RT dan Polis Saujana Utama dan kelulusan MDKS.

e. Satu Jumaat akan dipilih untuk dikhaskan bahawa kutipan pada hari tersebut akan disalurkan ke dalam kos penyediaan papantanda selain cadangan sumbangan daripada setiap surau dalam anggaran RM100 setiap surau.

f. Menghantar Memorandum Bantahan serta pertemuan dengan pekedai yang menjual arak, sebelum tindakaan laiantermasuk gesaan kepada orangramai untuk memboikot kedai-kedai tersebut.

Penyelarasan Aktiviti

a. MGS menjadi focal point kepada pihak tertentu yang hendak berhubung dengan surau-surau lain, selain daripada Nazir Surau Jumaat An-Nur. Maklumat perhubungan sedang dikumpolkan.

b. Berkongsi maklumat mengenai aktiviti oleh surau-surau sama ada menerusi SMS, Saujanautama.net dan hebahan solat Jumaat An-Nur.

c. Menggunapakai papan tanda setiap surau lain bagi menghebahkan program-program yang dilaksanakan oleh surau lain, tanpa perlu meminta izin setiap kali hebahan hendak dibuat.

Lain-Lain

a. Initiate semula kawasan Tanah Kubur bersekitaran yangsesuai dengan tumpuan kepada tanah di bawah kabel elektrik ( jalan Lebuh Puncak Alam )

b. Satu pertemuan dengan Pegawai Tadbir Agama Islam Kuala Selangor, Ustaz Zainal Abidin akan diaturkan dalam masa terdekat untuk membincangkan kerjasama, bantuan dan sokongan pihak JAIS mengenai perkara-perkara di atas.

Mohon kerjasama dan sokongan daripada semua umat Islam berhampiran agar apa yang dihasratkan oleh MGS dapat dicapai dan kita manfaatkan bersama.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 9.30mlm, 29 April 2008 di Surau Al-Ikhwan SU2

Share:

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 - PWTC

12hb April yang lalu, aku berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di PWTC. Memang masa ini aku pilih walaupun tempoh pesta berlangsung ialah dari 4 hingga 13 April. Orang ramai giler. Sesak di luar PWTC dengan kenderaan dan di dalam dengan pengunjung. Sebenarnya bagiku ke pesta buku ini yang menarik ialah dapat jumpa penulis yang tertentu. Kalau nak kirakan diskaun, dengan kad keahlian kedai buku yang aku ada, sudah boleh dapat dah termasuk buku akademik anak-anak. Selalu solat Jumaat di Surau Intan Bukit Kiara, by default pun sudah 10% diskaun di Kedai Bukunya walaupun tanpa kad diskaun. Kali ini aku berkesempatan bergambar dengan Ustaz Ann Wang Seng dan Faisal Tehrani. Yang Faisal memang targetku nak jumpa beliau.

Pertama kali bila jumpa Faisal, aku tanya beliau, ‘masih ingat lagi ke ?’. ’Tak ingatlah ramai sangat .....’, balasnya. ’Itu yang ceramah di surau dengan budak-budak’. Aku cuba mengingatkan beliau. ’Oooooooooo ... ya, ya, apa khabar Abang Haji sekarang’. Baru dia ingat. Katanya, beliau kini sudah menetap di Sentul dan tidak lagi di Melaka. Malu nak tanya ’bila nak kawin', tetapi malu lagi apabila nak bergambar, kameraku habis bateri. Terpaksa gunakan ku punya SE P990i, jadiklah.

Satu yang tak bestnya pesta 2008 ini ialah pengasingan dewan hingga kepada satu dewan di seberang sungai. Laluan yang dibuat seolah-olah memaksa pengunjung ke sana yang jauh sikit. Tak pasti tahun 2007 buat lagu mana. Ini mungkin menimbulkan juga rungutan kepada syarikat yang menyertai pameran ini kerana tentunya memberikan impak daripada segi jualan. Memandangkan ramai giler orang, aku rasa mungkin boleh buat dua kali setahun dah pastikan semuanya 'sebumbung'.

Masa anak-anakku masih kecik dahulu, aku suka ke pesta buku ini untuk mengalakkan anak-anakku berjinak-jinak dan sukakan buku. Cuba-cuba carik kalau ada persembahan bercerita, temui kartunis selain buku-buku lama yang murah-murah.
Share:

Wajah Pengharapan Anak-Anak KIDaS

Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.