Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Anak Cemerlang

Sebenarnya tiada suatu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya yg tersendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak iaitu :

Dari bayi hingga ke usianya 7 tahun
Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa. dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain, bergurau dan seumpamanya dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fikir bahawa ibu bapa adalah rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Dari usia 8 hingga 14 tahun
Dalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.

Dari usia 15 hingga 21 tahun
Ketika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh marah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak. Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.

Dari usia 21 ke atas
Berikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul.

Hasil dari rujukan kepada Al-Quran, As-Sunnah dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang ini, di bawah disenaraikan 21 kaedah terbaik dalam membentuk anak-anak kita menjadi orang yang cemerlang.

1. Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari bersesuaian dengan tindak tanduk dan amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan dalam memberi pesanan kepada anak-anak. Menurut satu kajian, standard memberi pesanan dan arahan pada anak-anak pada setiap hari adalah sebanyak 200 kali. Barulah anak tersebut akan dapat dibentuk rutin kehidupannya mengikut apa yang ibu bapa mahu.

2. Banyakkan bercerita dengan anak-anak atas apa jua perkara yang baik-baik. Boleh mengambil iktibar dari Quran, kisah para rasul dan para sahabat. Malah ibu bapa pun boleh mereka cerita mereka sendiri. Yang pentingnya, ianya mestilah punya natijah yang boleh diteladani dan jangan sesekali bercerita tentang hal yang melalaikan.

3. Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya kepada anak tentang hal yang telah dilaluinya sepanjang hari dan apa pula yang telah dilakukannya. Dan bila anak bertanya pula, ambil kira setiap soalan yang diajukan dan sentiasa berusaha menjawab semua soalan tersebut secara hikmah.

4. Mendidik anak dengan merujuk kepada pengalaman yang telah lalu yang pernah dirasai oleh ibu bapa. Juga boleh mengambil iktibar dari pengalaman orang lain baik yang negatif mahupun positif. Ini akan lebih mudah menjelaskan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak.

5. Mengasuh anak-anak melalui nasihat dan teguran . Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali sahaja supaya anak tidak cepat bosan. Mungkin dalam seminggu sekali atau dua kali sahaja. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan:
• Aqidah anak-anak tersebut
• Ibadah dan amalan hariannya
• Akhlaknya
• Kerjasama di dalam dan di luar rumah
• Tanggungjawab yang perlu ada dalam dirinya
• Kesihatannya
• Sangka baik dalam diri
• Suci hatinya pada Maha Pencipta dan makhluk disekelilingnya

6. Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak-anak dan sentiasa selitkan unsur-unsur nasihat yg bermanfaat di dalamnya.

7. Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak-anak termasuklah dalam kerja-kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuannya dan bersesuaian dengan jantina anak itu. Kerja tersebut juga hendaklah diberikan mengikut waktu yang sesuai dan kena pada tempatnya. Sentiasa pantau kerja yang dilakukannya dan segera perbetulkan mana-mana kesalahan atau tabiat yang tak elok. Jangan kutuk anak kalau mereka buat salah dalam tugasannya dan jika memuji anak biar berpada-pada.

8. Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak.
• Ibu pada yang sederhana memberitahu anak-anak apa yang mereka perlu lakukan.
• Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan tentang apa yang dia minta anak dia buat.
• Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh tentang sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya.
• Manakala ibu bapa yang mithali, sentiasa menggerakkan anak-anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.

9. Sentiasa memberikan galakan dan amaran pada anak-anak iaitu dorongan ke arah yang positif dan berikan hukuman bila anak buat kesalahan dengan hikmah. Menurut kajian pakar-pakar psikologi, galakan diberikan 80% dan 20% lagi untuk amaran. Galakan yang banyak akan jadikan anak-anak lebih ceria dan anak-anak yang ceria lebih menjurus ke arah individu yang cemerlang.

10. Lakukan suruhan dan gesaan pada anak-anak dengan tidak perlu berulang-ulang kali memberikan peringatan. Gesaan dilakukan pada anak dengan sekali arahan sahaja. Ibu bapa perlu ada tindak susul pada anak atas apa yang diminta lakukan. Jika ibu bapa perlu beritahu anak banyak kali dalam sesuatu hal pada sesuatu masa, ia ditakuti akan boleh menjadikan anak seorang yang degil

11. Ambil berat kebajikan anak-anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak-hak anak yang sewajarnya. Ibu bapa mesti menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak-anak yang mana anak tersebut layak terima dan sesuai dengan kemampuan ibu bapa tersebut.

12. Ibu bapa gunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak-anak. Tak perlu tunggu anak menceritakannya pada ibu bapa bila berdepan dengan sesuatu masalah. Praktikalnya amat penting terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sensitif yang mudah tersentuh hatinya. Allah berikan kehebatan ini pada ibu terutamanya dalam menyelami hati budi seseorang anak. Gunakan juga kaedah ini untuk menasihati anak-anak pada sepanjang masa.

13. Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan bahawa antara perkara yang boleh dilakukan dan dilatih pada anak-anak termasuklah :
• ajar anak-anak menyimpan rahsia
• latih anak-anak berpuasa
• bentuk kemahiran sosial anak, contohnya dalam cara berkawan yang betul
• luaskan ruang lingkup pembacaannya supaya pengetahuan amnya hebat dengar pendapat anak
• ajarkan anak cara membuat keputusan yang baik dalam sesuatu hal memberikan pujian pada anak-anak berpada-pada
• ajar mereka cara berniaga

14. Kenalpasti kecenderungan dan minat anak-anak. Selain dari memerhatikan sendiri anak- anak tersebut, boleh juga bertanya kepada guru atau rakan tentang hobi anak-anak, mungkin ada yang ibu bapa terlepas pandang. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah jadi orang yang cemerlang.

15. Pilih waktu yang sesuai dalam menasihati anak-anak . Waktunya termasuklah ketika :
• masa rehat dan bersantai dengan anak-anak
• beriadah atau berikreasi dengan anak-anak
• di dalam perjalanan
• anak hendak tidur, sedang tidur atau ketika baru bangun dari tidur
• selepas waktu mandi
• selepas solat bersama anak-anak
• selepas anak-anak membaca Al-Quran
• ibu bapa membaca Al-Quran, ditiupkan pada kepala anak dan dinasihatkannya

16. Ibu bapa hendaklah bertahap-tahap dalam mendidik anak-anak mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak berkenaan. Didikan pada anak juga hendaklah singkat, padat, bermanfaat dan tidak membosankan.

17. Pastikan anak-anak mematuhi perintah Allah dan meneladani sunnah yang dibawa dan diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Ibu bapa sentiasa memperbaiki amal ibadah dalam keluarga selaras dengan tuntutan agama.

18. Isi waktu lapang anak-anak dengan perkara-perkara dan kegiatan-kegiatan yang berfaedah . Jauhkan sama sekali dari melakukan hal-hal yang melalaikan.

19. Beri ruang kepada anak-anak untuk berdialog dengan ibu bapa secara terbuka tetapi dalam keadaan dan situasi yang penuh hikmah.

20. Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan yang seimbang. Pastikan :
• adanya diet yang betul dan vitamin tambahan yang bersesuaian.
• makanan adalah halal , bersih dan tiada unsur-unsur subahat.
• banyak beriadah/bersenam untuk menjaga tahap kecergasan badan
• ajar teknik belajar dan berfikir yang betul

21. Doakan mereka berterusan secara positif sampai bila-bila dari mereka kecil hingga ke akhir hayatnya. Ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa apa yang ibu bapa fikirkan dan cakapkan pada anak-anak adalah doa yang sangat mustajab

SOURCE : Haji Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
Share:

Langkah Bestari Suami Mithali

Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Suruh isteri mendirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar, memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Share:

21 Pedoman Buat Isteri

Artikel ini aku diterima menerusi sebaran e-mail. Semoga ada kebaikan daripadanya.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2.Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3.Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4.Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5.Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6.Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7.Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8.Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9.Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin
mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10.Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11.Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13.Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14.Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15.Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16.Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadikesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17.Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18.Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20.Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21.Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Share:

Hargailah Isteri Anda ...

Mulianya seorang isteri disisi Allah ...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka ...

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah …
Dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari …
Cuti ini bukan cuti suka hati …
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang …
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung,
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
Itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami …
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala …
Tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan …
Terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
Diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah ... ganjaran Allah keatasnya jua ...

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
Dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan,
Isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,
Mulut selalu muncung terhadap suami,
Dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat ...
Di dalam dan diluar rumah,
Segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
Dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain ...
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki
Supaya dia hampir kepada kamu ( lelaki),
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Cilok dari : taman2syurga@yahoogroups.com
Share:

Kemesraan Rumahtangga Rasulullah s.a.w.

Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.

Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w. senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, "Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku."

Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.

Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, "Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama."

Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, "Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT."

Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, "Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina." Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.

Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.

Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawab Aisyah, "kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur)

Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)

Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid." (Hadis Riwayat Ahmad)

Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. " (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. " (Hadis Riwayat Ahmad)

Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, "bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Dari Hafshah, puteri Umar r.a., "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad).

Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a., "Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. " (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu." (Hadis Riwayat Nasai)

Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata, "Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)

Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.

Berkhidmat pada isteri
Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri. Rasulullah bersabda, "Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku."
Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.

Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other women beside her, wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.

Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.

Aisyah bertanya, "Siapakah perempuan tua ini?" Rasulullah menjawab, "Inilah sahabat Khadijah dulu." Lalu Aisyah berkata, "Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik."

Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, "Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya. " Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.

Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka. Sehingga Rasul berkata, "Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah."

Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.

Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai Rasulullah bersabda, "Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu tahun."

Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang seperti demikian.

Sumber: internet -- http://bawangorengnet.blogspot.com
Share:

Kak Di Ke Darul Quran Kuala Kubu Bharu

Hari Sabtu 29 Disember 2007 yang lalu, aku ke Kuala Kubu Bharu untuk mendaftarkan anakku bagi memasuki Program Persijilan Darul Quran-UIA Tahfiz al-Quran Sesi 2007/2009. Anakku telah menghadiri temuduga memasuki program ini seminggu sebelum SPMnya bermula. Aku pun pada mulanya tidak tahu apa-apa berkaitan dengan temuduga tersebut, ’Abah, cikgu suroh pergi temuduga’. ’Oklah’, kataku. Cuba juga carik di laman web Darul Qur’an, tapi entah kenapa, tak ’jumpa’. Cuma pesanku jika penemuduga bertanya kenapa nak masuk program ini, jawablah ’kerana ibu saya sangat berharap agar seorang anaknya menjadi hafiz atau hafizah’. Rupanya betul ditanyakan soalan itu. Antara yang dilakukan semasa temuduga ialah menghafal satu muka ayat Al-Quran dalam masa sejam bagi menguji kemampuan menghafaz Al-Quran.





Semasa taklimat pendaftaran barulah diberitahu betapa specialnya program ini. Darul Quran JAKIM telah menerima 1,764 permohonan dan daripada jumlah tersebut, seramai 1,122 calon dipanggil untuk menghadiri temuduga yang diadakan di seluruh negara. Kekira 200 orang telah terpilih yang terdiri daripada pelajar aliran sains serta berasaskan keputusan peperiksaan percubaan SPM selain penglibatan dalam ko-kurikulum. Tapi tak tahu berapa yang menerima tawaran pada hari tersebut. Daripada sekolah anakku, 10 orang dipanggil temuduga dan 6 orang berjaya dipilih, tetapi sekurang-kurangnya 2 orang menolak.

Semasa 18 bulan mengikuti program ini nanti, pelajar dikehendaki menghafal 30 juzuk al-qur’an. Aku terkejut ...mampukah anakku ? Terdapat 3 sesi dan setiap sesi perlu menghafal 10 juzuk. Sekiranya tidak lulus dalam setiap sesi, khususnya sesi ke-2, pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian. Selain hafazan, ada beberapa subjek turut dipelajari dan ada ujiannya.

Sepanjang pengajian, pelajar akan diberikan makan, tempat tinggal dan wang saku RM 125 setiap bulan. Kira ada biasiswa sebab ada perjanjian perlu ditandatangan. Bayar masa daftar hanya RM 442 sahaja, termasuk untuk pakaian seragam. Tapi yang bestnya kalau tak ’mampu’ boleh keluar dengan just bagitahu, tiada denda. Datang bersambut janganlah hendak ’berhenti’senyap-senyap, begitulah diberitahu semasa taklimat. Kata ’penaklimat’ juga, selalunya kekira 75 hingga 80% berjaya menamatkan program. Yanglainnya ’cabut’ setelah result SPM keluar.

Setelah tamat di Darul Quran, yang berjaya boleh melangkah terus ke UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan, farmasi, kejururawatan, ekonomi dan pergigian . Maknanya program ini ke arah melahirkan profesional yang hafiz. Doktor yang hafiz 30 juzuk, jurutera yang hafiz atau ahli ekonomi yang hafiz. Tapi anakku minat Law dan Syariah ? Jika ada reezeki, berkemungkinan juga ke luar negara. Argh ...jauhnya. Sudahlah abangnya sekarang di Kanada.

Majlis perasmian penerima pelajar baru dibuat di Dewan. Selain ucapan prasmian, diadakan upacara membaca ikrar serta penyerahan simbolik anak kepada Darul Quran. Selepas majlis, jamuan makan tengahari dan disusuli dengan pendaftaran asrama. Lepas solat zuhor, pulanglah kami. Nak kata sedih sedihlah juga walaupun memang dah biasa terpisah dengan anak yang belajar di SAM Bestari USJ sejak tingkatan Satu hingga Lima. Masuk Darul Qur’an sekurang-kurangnya boleh ngelak daripada menghadiri PLKN yang turut bermula hari ini. Suasana persekitaran darul Quran memang menyejukkan mata memandang dengan kehijauan gunung, tasik serta susunan banagunan yang tidak crowded. Semoga anak-ku berjaya mengharungi cabaran menghafal 30juzuk. Amin ...

Pada hari tersebut jumpa pulak beberapa kenalan yang menghantar anaknya juga. Mereka ialah Ustaz Zainuddin yang sering ceramah di Surau Al-Hidayah, ex-ofismate yang duduk di Merbau Sempak ( walaupun beli rumah di SU2 ), rakan ’seperjuangan’ masa di U dulu, Dr Izani ( dari Kelantan ) serta Rosdi ( jurutera Telekom, duduk di Kg Melayu Subang ) yang hantar anak sedara.
Share:

Finalist Anugerah Carta Nasyid IKIM 2007

Berikut adalah komenku terhadap finalist Anugerah Carta Nasyid IKIM 2007 sebagaimana yang diumumkan senarai 10 lagunya dalam siaran Carta Nasyid IKIM pada 1 Disember 2007 di Radio Pilihan Utamaku ... Tahun 2005 dapat menonton secara live sekeluarga di Auditorium MBSA Shah Alam, Anugerah Carta Nasyid IKIM 2005 setelah bersusah payah mendapatkan tiket masuk. Menarik juga, cuma mutu bunyi dan suara perlu dipertingkatkan. Ataukah penyanyi nasyid yang tak biasa nyanyi live ??? Ok, mari kita lihat finalist tahun ini ....



Al-Hambra – Fareast
Lagu ini daripada Album ke-2 Fareast. Terasa agak berat lagu ini. Kalau sesiapa nak menyanyikannya, mungkin menghadapi kesukaran untuk menghafal liriknya. Lebih baik lagu ’Menanti Alam Barzah’ daripada Album ke-3 mereka yang masuk final dan boleh Fareast melakukan sesuatu ’sketsa’ sebagai penyeri. Tapi tajuk ’Menanti Alam Barzah’ agak mengerunkan untuk dipersembahkan dalam final apatah lagi jika dinyanyikan sebagai lagu pertama. Apakah suatu kejutan bakal berlaku ?



Nur Tuhan – Hijjaz
Selalunya aku berkira-kira dalam membeli kaset or CD Hijjaz. Tapi sekali ku dengar promo lagu ini, terus ku dapatkan CDnya. Memang menusuk kalbu lagu ini dan liriknya begitu ‘berkesan’. Namun rasanya tidak akan memenangi sebarang kategori. Hijjaz akan dijadikan ’alat’ bagi membantu promosi sebagaimana ACNI yang lepas. Tahun lepas Hijjaz kata nak terbitkan VCD ACNI05, tapi sampai sekarang tak ada pun ... mungkin ada masalah teknikal, khusunya melibatkan pelbagai artis daripada pelbagai syarikat rakaman.


Nur Iman - Brotherz
Muzik lagu ini agak unik. Ada ciri muzik nasyid tradisional atau keAraban. Mungkin boleh melakukan sesuatu kejutan pada final. Tapi bagaimana kedudukan Akbar ( yang telah buat album solo ) apabila kumpulan ini beraksi dalam final nanti.


Jalan Sehala - Saujana
Terasa segar dan bersemangat apabila mendengar lagu ini. Sungguh segar. Lagu-lagu dalam album yang mengandungi album ini memang menarik. Kalau ada kategori Album Terbaik, rasanya album ini boleh menang. Tiga daripada lagu dalam album ini masuk final. Lagu ini pernah menjuarai Carta Nasyid Ikim.fm Ulangtahun Ke5 pada tahun 2006 serta lirik terbaik. Adakah akan mengulangi kejayaan bagi tahun 2007 ?.


Salahuddin Al Ayubi – Mestica
Ah, lagu ini memang best, sesuai dengan semangat Jihad yang ingin disampaikan. Kalau Mestica mampu membawakan lagu ini dengan baik, pasti boleh dapat anugerah Vokal Terbaik. Vokal ahli kumpulan ini memang tinggi. Masa ACNI05, lagu Destinasi Cinta yang 'best' tu agak tenggelam dengan muzik. Peluang baik kali ini apatah lagi Rabbani takde kali ini. Saingan kuat kepada lagu ’Saujana’ untuk lagu terbaik.


Keampunan – Mirwana
ACNI lepas, Miwarna membolot hadiah utama. Tapi rasanya kali ini tak mungkin Mirwana boleh menang dengan mempertaruhkan lagu ini. Entah macamana boleh masuk final lagu ini. Adakah sebab ’tempias’ jadi juara ACNI lalu ?


Pesona Zulaikha – Suhaimi
Entah macamanalah lagu ini boleh masuk final. Bagiku lagu ini duduk rank no 10 di kalangan finalis. Muziknya macam caca merba, suara mendatar sahaja. Mungkin sebab nak tarik isteri penyanyinya, Ina Naim masuk auditorium bagi memeriahkan suasana final nanti. Atau bantuan Ina diperlukan untuk Suhaimi memeriahkan suasana pentas semasa persembahannya ?


Layar Keinsafan – Mestica
Melodi lagu ini best, menarik dan gabungan dengan barisan liriknya yang puitis menjadikannya sungguh ’berkesan’. Mungkin boleh menang lirik terbaik. Tapi rasanya Mestica lebih 'berkesan' sekiranya menyanyikan lagu bernada tinggi macam Salahudin Al-Ayubi atau Zainab macam dalam album keduanya. Lagu 'slow' sentimentalnya hanya sedap jika dalam album ..


Saujana - Saujana
Lagu ini memang menarik sehingga aku dijadikan lagu latar dalam promo rayuan mendapatkan sumbangan untuk pembinaan bangunan Sekolah Agama Rakyat ( KAFA Integrasi ) Darus Syahadah. Muzik ala Jepunnya memang unik. Aku harap lagu ini menjuarai kategori lagu terbaik. Tapi bolehke lagu ’Jepun’ menang dalam carta Nasyid ?


Inspirasi – Nowseeheart
Lagu ini menarik juga, segar dan menyegarkan suasana. Tapi rasanya tidak akan memenangi sebarang kategori. Cukup untuk menyegarkan suasana malam final sebagai lagu terakhir dipersembahkan. Tapi jangan lupa, bahawa lagu ini pernah menjadi Lagu Terbaik, Anugerah Industri Nasyid Jakim '06. So ini cabaran buat Saujana dan Mestica.


Kecewa sebab lagu ini tak masuk final.
Ikhlas Dariku - Ustaz Akhil Hayy
Sungguh berkesan dijiwaku lagu ini. Liriknya serta melodi iramanya diadun dengan menarik sekali oleh penciptan yang juga penyanyinya. Mungkin boleh dijadikan sebagai lagu tema dan pembakar semangat dalam ’berjuang’. Agaknya dibimbangi bagaimana jika lagu ini menjuarai Carta Akhir nanti ... kontraversi !!!


Tanpa-Mu – Inteam
Tanpa Inteam, memang rasa tak ceria malam final nanti. Pelik dan agak mengejutkan lagu ini tercicir. Lagu ini memang ’sedap’ iramanya dan amat puitis liriknya. Semacam satu kekalahan atau tamparan terhadap Inteam sebab lagu Suhaimi ( bekas ahli kumpulannya ) masuk final. Patut lagu ini menggantikan lagu Pesona Zulaikha nyanyian Suhaimi.


Warna-Warna Cinta - Brothers
Bukannya kecewa sangat, tapi lagu ini mungkin akan mengundang kontraversi sebab dinyanyikan bersama Waheeda. Lagipun ’Cinta’ yang dimaksudkan akan mudah difahami ramai sebagai cinta antara seorang teruna dan dara. Tapi lagu ini memang ’mendayu’.



Senarai 10 lagu di atas sebenarnya adalah terpilih diantara 30 calon ke akhir ACNI 2007sebagaimana berikut ...

1. Al-Hambra ( Far East )
2. Biarkan ( Nowseeheart )
3. Camar Kelukaan ( Saff One )
4. Cinta Pertama ( Far East )
5. Dunia Yang Lebih Indah ( Firdaus )
6. Hijrah Menuju Allah ( Devotees)
7. Hujan Gerimis ( Rast )
8. Ikhlas Dariku ( Ustaz Akhil Hayy )
9. Inspirasi ( Nowseeheart )
10. Jalan Sehala ( Saujana )
11. Keampunan ( Mirwana+Akbar )
12. Kias Cinta ( Suhaimie )
13. Layar Keinsafan ( Mestica )
14. Melakar Cinta Di Pintu Syurga ( Far East+Nassier Wahab )
15. Menangislah Di Bahuku ( Firdaus )
16. Menanti Di Barzakh ( Far East )
17. Nur Iman ( Brothers )
18. Nur Syahadah ( Far East )
19. Nur Tuhan ( Hijjaz )
20. Pengorbanan ( Nowseeheart )
21. Pesona Zulaikha ( Suhaimie )
22. Salahuddin Al- Ayubi ( Mestica )
23. Sandaran Cinta ( Saff One )
24. Saujana ( Saujana )
25. Segemgam Tabah ( Inteam )
26. Seruan 5 Waktu ( Mirwana )
27. Setelah Aku Dipaling ( Rast )
28. Tanpa-Mu ( Inteam )
29. Tika Dinihari ( Devotees )
30. Warna-Warna Cinta ( Brothers )

Share:

LIMA 2007

Ke Langkawi baru-baru ini sebenarnya tak sempat nak tengok LIMA 07 ... tetapi sempat melihat beberapa suasana persiapan dan pertunjukan ( barangkali latihan ) daripada peserta dalam pameran tersebut. Berikut adalah beberapa yang sempat dirakamkan.






Share:

Pengalaman Ke Langkawi Bersama Firefly

Bukan apa, sebenarnya just nak ajak anak dan isteriku merasa naik kapal terbang. I’ve told them, sama aje dengan naik 'Perodua Rusa' ketika menerjah lebuhraya ... so dengan tempahan menerusi internet dapatlah tiket murah dengan Firefly. As advertised, rega tiket RM 9.99, tetapi setelah dicampur itu dan ini jadi RM 167.97 untuk 3 orang. Firefly claims to be the first community airline in Malaysia and utilize the Penang International Airport as a base of operations and hub. Their first flight commenced on the April 3, 2007 to Kota Bharu.

Rasanya ini kali ke -5 bagiku ke Langkawi. 3 kali sebab ada urusan rasmi kerja ( termasuk 1 kali bawa sekali sekeluarga ) dan dua kali 'bercuti'. Tetapi bagiku Langkawi adalah destinasi keluarga yang menarik. Kali ini aku pergi bertiga aje. Setibanya di Terminal 3, Lapangan Terbang Subang suasananya agak sepi saja. Kereta tak banyak dan orang pun tak ramai. Ruang menunggu pun rasanya tinggalan dulu-dulu semasa digunakan secara aktif. Kekira setara dengan sesetengah hentian bas ekspres di negara kita.

Atas tiket, flight patut bertolak 3.45 pm, tapi jam 3.50 baru nampak flight Fokker 50 tiba. Lepas itu macam ada masalah dan kami masih belum dibenarkan boarding. Rupanya masih ada orang dalam flight tersebut, entah dari mana agaknya. Lepas tu kedengaran ’kecoh’ macam ada masalah bagasi. Kekira jam 4.15pm baru dibenarkan naik. Suasana dalam flight bagiku biasa aje macam naik MAS. Cuma agak kecik, satu row ada 4 seat dengan lorong ditengah-tengahnya. Ada dua orang pramugari dan rasanya dua atau tiga row di belakang sekali kosong. Penumpang kekira 30 orang. Berbanding Air Asia, setiap tiket ada seat number. So tak payah berebut.

Fokker 50 yang dinaiki, terbang rendah saja ... masa take-off agak menggerunkan juga sebab bunyi kuat. Satu keistimewaan bila terbang rendah sebab boleh nampak dengan agak jelas dan menarik rupabumi di bawah. Bandar, ladang, sawah, laut, jalan raya dan bangunan nampak jelas. Kalau other flight mungkin tak boleh nampak. Dalam flight tidak diberi sebarang makan or minum ( expected ), sebaliknya ada di jual oleh dua pramugari tadi. Rega tak usah cerita, air tin biasa RM 1- RM 1.50 tu dijual sampai RM 5 – RM 6 !!!.

Landing di Langkawi kekira 5.30 petang. Agak mengerikan juga masa touch-down. Mungkin sebab kapal kecik, tak smooth dan bising semacam. Nampak berderet aircraft siap sedia untuk pamiran LIMA 07 di kawasan bersebelahan airport. Lepas claim bagasi, terus tempah Kelisa for two days dan ke tempat penginapan di Institut Pertubuhan Peladang Langkawi. Just nice untuk three of us. Di Langkawi targetnya pegi tempat yang tak pernah dikunjungi sebelum ini seperti Galeria Perdana, Kg Air Hangat, Taman Buaya, Pantai Pasir Tengkorak, Pantai Pasir Hitam, Kompleks Kraftangan, Air Terjun Temurun, Langkawi Falls dan Lagenda Langkawi.



Share:

18 Okt : Hari Raya Ke-6 ( Travelling Day lagi )

Kiranya hari ini nak pulang kembali ke Saujana Utama, Sungai Buloh. Seronok nampak budak Dida dan Dija. Dalamperjalan balik singgah rumah Pak Cik Ajil di Tongkang Pecah Batu Pahat. Jadi sedara sebab anaknya kawin dengan adik isteriku ... panggil apa yeak ? Lama tak jumpa, raya tahun lepas tidak singgah.



Then ikut jalan baru ke rumah adik di Telok Mas Melaka. Masa di Bakri Muar isi minyak ternampak di sebelahnya orang ramai membanjiri tanah perkuburan. Adakah sebab hari ini dikatakan Raya 6 ? Kalau Hari Pertama Raya di haramkan puasa, kiranya esok hari ke-7 baru Raya 6. Bidaah ke ni ? Anyway ziarah kubur tidak kiralah bila, memang ada kebaikannya. Nampaknya Akila kini ada hobi baru, iaitu bela dua ekor Hamster. Kucingnya pun comel, siap dapat duit raya lagi. Lepas lepak-lepak, makan tengahari terus bertolak semula. Jalan di Lebuhraya Plus, lengang betul. 5.30 petang sampai rumah. Alhamdulillah selamat, tetapi elektrik takde, peti sejuk busuk nak mampus.
Share:

17 Okt : Hari Raya Ke-5

Dah masuk hari kelima, aku masih gagal memakai baju melayu rayaku yang kedua. Pagi ke Sungai Lurus Senggarang, rumah Wak Jamil Pak Mertuanya Adam ( adik ke yang ke-2 ). Then ke Batu Pahat rumah Wak Mokhsin dan Che Badri. Banyak juga Batu Pahat berubah sekarang. Singgah pekena Beryani Gam di Benteng Sungai Batu Pahat. Orang ramai, pekerja kurang dan kehadiran kami pun tak dilayan. Inilah bezanya meniaga orang Melayu dengan Mamak. Makanan kira sedap juga walaupun sudahlah kuantitinya sedikit dan bahannya kurang ( sayur dah habis ), tapi reganya tetap sama RM5. Nak cepat ke Mekah kot.



Lepas kekenyangan, gi shoping kat The Summit untuk keperluan Hari Raya Haji. Ramai juga orang di sana, sebab ada Sale.
Share:

16 Okt : Hari Raya Ke-4

Pagi lagi dah riuh dengan telatah tiga budak comel, Anis Dida, Anis Dija dan Syafik. Lepas bersiap dan 'beraya' dengan mak, kami beraya ke rumah-rumah sedara mara terdekat. Sempat jumpa Che Shahrom dan katanya petang semalam baru bertolak daripada Terengganu. Kalau tahu boleh singgah semalam, sebab ingatkan dah balik Johor. Maklumlah dah raya ke-4. Memula ke rumah sebelah iaitu rumah Che Nah. Che Yunus ( suami kepada arwah Che Lah, adik arwah ayahku ) baru keluar dengan anaknya yang mengadu 'semput. Anak sulongnya baya Abdul Rahman anak keduaku kini mula berdikari dengan mengambil upah jahitan. Nampaknya Che Yunus masih menduda lagi. Demi anak-anak barangkali. Then ke rumah Che Miah dan Atok Daud. Tapi Atuk Daud sedang bersiap bertolak ke Johor Baru dan tinggal Che Abu dan Che Idah sekeluarga. Kesian mereka, sebab pemandangan mata Che Abu semakin 'parah'. Cuma cam daripada segi suara saja. Dah setahun tak boleh kerja, harapkan Che Idah isterinya ambil upah menjaga anak-anak orang. Rumah Che Miah siap ada studio untuk bergambar pulak.



Lepas Asar, gi rumah Wak Salim then ke Keluang, rumah Wak Khalid, mertua Ajit ( adik ku yang 4 dalam keluarga mak ). Gerimis dan jalan sesak giler nak melepasi Air Hitam. Juadah istimewa, me cintan dengan kuah kari di rumah Wak Khalid. Kira orait juga. Balik singgah Air Hitam, biasalah tengok-tengok bunga dan akhirnya beli juga pokok buloh artificial untuk hiasan dalam rumah. Dari dulu dah risek-risek tapi belum berkenan nak beli. Sampai rumah jam 10.00 malam, main bunga apai pulak. Anis Dija masih lagi ketakutan dengan bunga api. Orang riuh main di luar rumah, dia tutup telinga sambil berbaring depan TV, lantas terus tidur.
Share:

15 Okt : Hari Raya Ketiga ( Travelling Day )

Pagi bersiap untuk bertolak ke Johor. Jam 8.30 bertolak. Since perjalanan dijangka sampai malam, maka aku ambil keputusan berpuasa. Tengah jalan selisih dan berhenti beraya di Pantai Penarik dengan Che Ngoh Zali. Anak kedua Che Ngoh, Suhaimi yang suatu ketika dulu koma setahun kerana xciden, semakin baik pulihnya. Kakaknya Suriati kini jadi Guru J-QAF di sekolah berdekatan.



Tiba di Pasar Payang jam 11.00. Terbeli juga baju batik warna biru sebab ada 'offer'. Melihatkan kain songket yang beratus-ratus reganya, siapalah yang memakainya. Dengan kehadiran songket India dan Bangladesh yang murah dan tidak kurang cantiknya, ini suatu cabaran kepada industri songket Malaysia/Terengganu yang aku yakin ada kesan negatifnya.

Sebelum meneruskan perjalanan, singgah di Stesen Minyal Shell Batu Burok tempat Su Lan dan isteri serta Abu Dzar kerja. Perjalanan kira lancar, dari Ajil, Bukit Besi, Jabor, Gambang, Segamat dan berhenti mahgrib serta buka posa di Masjid Chaah. Sampai rumah jam 9.30malam.
Share:

14 Okt : Hari Raya Kedua

Pagi semasa sarapan pagi, dengar cerita Abu Dzar yang dikejor polis semasa kejadian kononnya 'rusuhan' di Batu Burok Terengganu. Baginya kejadian tersebut memang dirancang dan sehingga kini 'pembakar bendera' masih gagal ditangkap. Sebaliknya yang ditangkap ada yang tak ada kena mengena dan kebetulan lalu situ. ABu Dadar juga baru balik 12hb daripada Wales. Cuti 2 minggu, tiket pegi balik RM4,200. Masih mengaji buat Master. Tengah bersembang, Rahman talipon dari Kanada. Adake Kak Yong anak sulongku tanya , 'bila Rahman naka balik ?'.



Lepas bersiap ke rumah Nuar, makan nasi minyak dan lontong. Then ke rumah Ayah Long, semalam tak sempat singgah untuk rasa satenya. Ramai orang dalam rumah ayah Long, maklumlah anak pun ramai. Lepas tu balik rumah dan dirumah keluarga Mok Cik Chah ( Habsah ) datang termasuk yang aku kenal rapat iaitu Tarmizi yang masih kerja dengan FRIM.

Petang lepas asar, Su Lan dan Ayah Chik balik. Aku sekelurga pun jalan ke Pantai Air Tawar dan Bukit Keluang. Ramai orang 'beraya' dipantai rupanya. Sikap rakyat 'terengganu Bistari' masih tidak berubah juga. Sampah bekas minuman buang atau tinggal merata. Ataukah ini sikap rakyat Malaysia, khususnya Melayu ? Sebelum balik rumah, cari Sata dan ketemu juga. walaupun mahal sikit.
Share:

13 Okt : Hari Raya Pertama

Pepagi dah bersiap. Solat sunat di ’markas’ terdekat. Khutbah oleh ’ustaz muda’. Menarik juga kandungannya. Rasanya ramai antara kita tidak tahu kisah bagaimana ’takbir’ yang sering di lafazkan semasa hari raya berasal dari peperangan Badar. Kemudian open house rumah ’ayoh’. Melayan tetamu bersama anak-anak. Sambil tu sempat bergambar untuk kenang-kenangan sebagaimana berikut :-



Apa yang menarik, hari ini adalah Hari Lahir 'Ayoh' yang ke-75. So ada suprise potong kek. Ramai yang tak tahu, aku tahu pun sebab semalam masa register di klinik dengan ICnya. Petang pergi rumah ’Mak Long’ yang baru sebulan dipotong kaki kirinya akibat kuman yang menjakiti tulang kaki. Masa menerima rawatan di Hospital Kubang Kerian, katanya berada bersebelahan dengan orang yang kena tembak oleh polis masa tragedi kononnya 'rusuhan ceramah' di Batu Burok Terengganu. Pegi ke ’Lek jatuh’ rumah Mak Yah. Anak-anak ke pantai main pasir sambil merakamkan azam untuk mencapai 12A1 dalam SPM. Then ke Padang Luas, raya rumah Che Ngoh. Ingat nak ziarah 'rumah sendiri' tapi penghuninya takade. Rumahku ini baru disewa dengan penyewa baru. Selalu berhubung menerusi telefon, tapi tak kenal muka. Kira oklah berbanding penyewa yang aku halau sebelum ini. Terjaga sikit rumah.

11.00 malam Su Lan sampai follow by Ayah Cik 11.30 mlm. Tapi terpaksa ke Unit Kecemasan Hospital Jertih sebab orang rumah 'kesemputan'. Ubat sedut yang dibawa dah kehabisan. Sebelum tu dah round Jertih, tapi kinik tak buka dan yang buka pun tak jual.
Share:

12 Okt : Sehari Sebelum Raya

Lepas solat Suboh, ikuti kuliah yang disampaikan oleh ‘Ustaz muda’ berkaitan dengan pengakhiran hidup yang baik atau jahat, hasnul khaitmah atau suuk-ul khatimah. Balik rumah ‘ayoh’ ( Pak Mertua ) mengadu kesakitan dan bergegas cari klinik di Kg Raja dan Jertih. Mana ada klinik pagi lagi sudah buka, apatah lagi hari cuti Jumaat di Terengganu. Dapat satu klinik dah buka. Doktor syak batu karang ada lagi, padahal sebelum ini ayoh dah operate buang batu dua kali dah. Doktor cuma bagi obat tahan sakit dan sarankan pergi hospital lepas raya nanti untuk pemeriksan lanjut.



Balik beli bahan untuk raya esok serta berbuka puasa ’perdana’ petang ini. Lepas solat jemaat, pergi Jertih lagi sebab ada lagi barangan anak yang tak settle lagi. Tudung, brooch etc. Konon just nak meneman aje, terbeli juga baju raya baru warna biru yang kononnya nak match dengan baju raya anak-anak dan isteri. Orang ramai, tambahan pulak ruang pasar menjadi sempit setelah tempat perhentian bus Jertih ditutup untuk diubahsuai. Petang bersiap untuk buka puasa. Kuih nekbat yang dinanti-nanti akhirnya tercapai juga hajat di hati. Keluarga ayah Long, Baba, Pok Teh dan Ayah Ngah Padang Luas turut hadir. Kira meriah juga. Lepas solat, bebudak sibuk main bunga api dan gembira sebab esok nak raya. Malam bersiap bantu mana yang patut di dapor. Nak tengok TV pun tak dapat sebab rosak. Bagus juga, tidaklah asyik nak ngadap TV aje pada musim raya.

Entah secara tetiba rasa terharu sebab Ramadan telah berakhir. Sedang SMS bertalu-talu diterima daripada kengkawan mengucapkan selamat hari raya dengan berbagai madah dan pantun. Untuk beberapa rakan orang pantai timur sempat ke anto sms berbunyi,

Tercapai sudah hajat dihati,
Merasai Nekbat yang diidami,
Ramadhan pergi sayunya hati,
Ya Allah terimalah ibadah Ramadan kami’.

Share:

Kenangan 2 Okt 2006

Setahun telah berlalu .... sesedar telah setahun. Sedangkan peristiwa itu masih menghantui perasaanku ketika menaiki Elegentku ... tangan masih sakit sampai sekarang dan memang doktor pernah kata tak akan dapat recover 100%. Tak boleh angkat berat-berat dan tidak boleh angkat menegak ke atas, macam pelajar angkat tangan untuk tarik perhatian guru bagi menjawab soalan. Namun kenangan berikut sebenarnya pernah ku catat setahun lalu, tapi tak jadi nak publish ... kali ini akau ambil keputusan untuk kongsikan dengan sesiapa yang sudi mengunjungi blog ku ini ...

Pagi 2hb Oktober 2006, seperti biasa lepas sahur, mandi dan ke surau solat suboh dan lepas tu bersiap pergi kerja. Terasa segar sikit badan berbanding malam tadi. Lewat petang semalam terima call daripada Ustaz Nizam, katanya dia lewat sikit tetapi sempat untuk tazkirah lepas Isyak. Siapa nak jadi imam Isyak dan terawikh kalau begini, antara aku dan Rosli Naib Pengerusi kerana walaupun ada Jadual Giliran imam sepanjang Ramadhan, aku dan Rosli hanya Rezab jika Imam atau Ustaz penyampai tazkirah tidak hadir. Call Rosli tak diangkat. ‘Tak sihat tapi terpaksa jadi imam juga sebab Ustaz sampai lewat’, gitulah kataku kepada Izmin, bilal malam itu. Selesai solat Isyak masih takde hint yang ustaz telah sampai, terus lakukan terawikh. Lepas terawikh baru tazkirah... ah letih, surau kekurangan jemaah untuk dengar tazkirah. Balik rumah terus ’flat’. Isteri komen, ’takde orang lain nak jadi imam ke, asyik terbatuk-batuk’, aku diam aje.

Ketika naik motor, pagi tu nampak agak panas sikit dan matahari dah mula naik. Kalau naik kereta selalunya dihiburkan oleh radio or kaset, lain caranya. Di trafik light Sg Plong seingatanku, baca Surah Al-Jumaah untuk juga memantapkan hafalan. Kedudukan matahari memang menyilaukan mata.

Sesekali aku meletakkan tangan kiri di halmet untuk menggelakkan silau. Selepas bekas Pejabat BN, akau mengekori sebuah lori. Tetiba terasa aku begitu menghampirinya. Lantas terkejut, menekan brek ( tak pasti kedua-dua atau sebelah sahaja ) dan aku hilang kawalan ( apakah sebab ada pasir di atas jalan raya ) lantas tersungkur aku ke sebelah kanan. Tidak sempat untuk menongkat dengan kaki kerana aku telah mendepankan kaki ke hadapan. Bahu terhantuk jalan dan kepala bersama halmet terasa terseret sikit atas jalan raya bersama kaki kanan. Kelihatan tayar-tayar kenderaan di hadapan dan tak tahulah apa perasaanku masa tu ... alhamdulillah tiada kereta di belakang yang merempuh aku. Lantas cepat bangun lari ke sebelah kiri takut dirempuh kereta belakang. Beberapa motor berhenti membantu mengangkatkan motor Elegentku yang berat tu ke hadapan sikit, betul-betul depan pintu masuk Kilang MSG. Ada yang bertanya, ok ke atau perlukan apa-apa bantuan lagi. Aku kata ok dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu. Aku duduk berehat dan minta izin Pakcik Jaga Indian di pintu masuk MSG.

Tetiba terasa tangan terlalu sakit dan berat untuk mengangkatnya. Beberapa pekerja MSG mencadangkan aku pergi hospital. Lalu aku call isteriku, yang kemudian datang membawa aku ke Hospital Pesakit Luar Sg Buloh, bersebelahan Makmal Kesihatan Kebangsaan. Menerusi x-ray, didapati aku mengalami patah di tulang clavikal dan diberi cuti 2 minggu. Aduh ... jatuh sikit begitu sampai patah tulang ? Terpaksa pakai anduh. Dalam perjalanan pulang ke rumah, terima call drp Maulana lantas meminta tolong beliau carikan tukang urut. Isteriku meminta bantuan pembantu makmal sekolahnya untuk membawa semula motor aku ke rumah. Isteriku kata hebuh kat sekolahnya, En Hassan accident, patah tulang.

Di rumah terus berbaring di sofa. Keletihan yang amat sangat, terpaksa makan obat dan mengambil sedikit makanan. Nak bangun daripada sofa pun tak larat. Terima SMS drp Isma, dan semasa membalasnya aku beritahu yg aku kemalangan hingga patah tulang dibahu. Sebaik sms dihantar, pelbagai SMS dan panggilan talipon diterima daripada kawan-kawan bertanya khabar. Harap-harap tak riuh satu Saujana. Ada juga yang datang ke rumah.

Sebenarnya sebelum itu aku telah dipilih oleh ofisku untuk ke Belanda bagi mengikuti satu forum k-Government pada 8 hingga 13 Oktober. Terfikir macamana peluang ke Belanda sedang segalanya telah dan sedang diuruskan. Aku ambil keputusan tak mahu beritahu ofis, tunggu lepas urut petang ini.

Antara SMS yang diterima :-

* Inalillah, Xcden ngan sapa ? Apa yang patah ? Banyakkan bersabar.

* Semoga cepat sembuh. Semoga merahmati tuan. Amin.

* Saya doakan agar abg hassan cepat sembuh.

* Nak call takut mengganggu bg asan tgh tidur atau makan haha. Jadi sms jelah. Tanda saya tahu kemalangan yg menimpa. Tak lupa ucapan, ada hikmah setiap kejadian, kalau saya pakai spek nampak sama tak ngan pasport bg asan ? Kalau sama saya ke amsterdam sanggup diwakilkan haha.

* Dapat msg dr Isma. Moga cepat semboh. Raya da dekat. He2

* San, betulkah ada kemalangan. Semoga cepat pulih. Memang ana nampak anta penat mlm tadi, kena jadi imam lagi. Kuatkan sabar

* As’kum, abg asan, banyak2 istirahat ... didoakan moga cepat sembuh ..

* Assalamualaikum, Semoga cepat sembuh.

Masa ambik wuduk dibantu anak bungsuku yang baru pulang sekolah, tetiba dia rasa macam nak pitam. Tak pastilah sebab berlapar puasa atau tak sampai hati melihatkan keadaanku. Terpaksa solat duduk dan kemudiant bersama Maulana dan Imam Zainuddin, Imam Masjid Merbau Sempak 3 ke Kg Ladang Tuan Mee untuk mengurut. Sampai sana tukang urut tengah urut orang yang last for the day. Since aku baru kemalangan beliau sudi mengurut aku. Sakitnya bukan kepalang walaupun tangan kanan aku boleh diangkat ke atas. Diberinya daun Tembaga Suasa dan meminta ditumbuk dan diletakkan di bahu semasa tidur, buat tiga malam berturut-turut dan lepas tiga hari boleh angkat tangan tu, pesan tukang urut tu. Tentu boleh ke Belanda kalau begini, fikirku dengan semangat.

Lewat petang ramai kawan yang datang ziarah lagi. Kira-kira 9.30 malam berpusu-pusu orang datang kerumah untuk ziarah, selepas terawikh. Terima kasih atas doa, tips dan dorongan semangat daripada kawan-kawan. Malam setelah diletakkan ubat seperti pesanan tukang urut tadi, tidur atas lantai dengan aman dan selesa hingga ke pagi. Benar kata tukang urut, badan tak rasa sakit yang amat sangat.

Ya, apa yang berlaku ini tentu ada hikmahnya. Apakah hint yang Allah cuba nak sampaikan kepadaku ... supaya aku lebih kerap duduk rumah bersama keluarga ? Semoga aku terus dipanjangkan umur bagi menebus kelemahan dan memberikan peluang untuk memperbaiki diri ini. Rasanya belum nak mati lagi ...
Share:

Selamat jalan Anakanda Ku ...

Alhamdulillah, pada 20 Ogos yang lalu, anak saya ( dikalangan yang berkot, kedua dari kiri ) yang turut menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-18 pada tarikh yang sama, telah berpeluang dan diberikan kesempatan berangkat untuk melanjutkan pelajaran ke University Of Alberta, Edmonton Kanada. Beliau bertolak bersama kira-kira 20 orang yang lain di bawah tajaan JPA selama 4 tahun bagi mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Terima kasih kepada mereka yang hadir dalam majlis solat hajat dan doa selamat di rumah saya tempohari ( sorie, tak jemput semua ). Namun kepada semua, doakanlah agar anak saya diberikan kekuatan dan kelapangan Allah dalam menghadapi hidup di sana, ditetapkan iman dan pulang nanti berbakti kepada orang tuanya, agama dan masyarakat .

Namun agaknya beberapa perkara berikut boleh dishare ( tapi no money back guarantte ) :-
a. Semasa mengandungkan anak-anak, my wife sering membaca surah Maryam, Yusof, Luqman dan ?? ( lupa satu lagi Muhammad ke ? ). Surah-surah ini dikatakan memberikan impak kandungan daripada segi kecerdikan, rupa paras serta keimanan anak yang dikandungi.
b. Kunci ilmu adalah membaca. Wujudkan budaya suka membaca dan mendapatkan ilmu di rumah sejak anak masih kecil lagi. Tidak semestinya buku yang mahal-mahal. Banyakkan bahan bacaan di rumah. Dedulu saya sering belikan majalah kanak-kanak yang seswai seperti Kuntum, Dewan Pelajar dan Kawan. Mungkin tidak mampu beli banyak buku tapi seringlah melawat ke perpustakaan, pameran buku, jualan gudang buku dsbnya.
c. Berikan perhatian, pantau kegiatan anak supaya sentiasa kepada yang baik merupakan suatu yang biasa.
d. Ikutilah ceramah motivasi yang berkaitan pendidikan anak-anak. Sekarang dah banyak, zaman anakku kecik dulu amat jarang. Aku banyak terpengaruh dengan kaset dan buku Datuk Dr Hassan Ali kerana masa tu memang dia yang tersohor dan tipsnya agak praktikal. Ada satu buku lupa tajuk menyebutkan senaman-senaman yang menguja minda dan meningkatkan potensi otak. Sekarang banyak susu yang dikatakan di campur olah bahan tertentu untuk 'kecerdikan', entahlah sejuah mana kesannya. Pendeknya invest sikit RM untuk baca buku motivasi, dengar kaset atau hadiri kursus berkaitan parenting.
e. Semasa anak-anak mengambil peperiksaan yang penting dan besar-besar spt UPSR, PMR dan SPM, iringi masa mereka 'bertarung' menjawab peperiksaan dengan membaca yasin atau al-qur'an dan solat hajat supaya mereka diberikan Allah ilham menjawab dengan 'lancar'. Mungkin kita tidak mampu lantaran kerja ( ambil cuti lagi elok ), tapi paling kurang jangan berbuat maksiat ( memang kalau boleh jangan buat maksiat langsung ). Macamana pertolongan Allah nak datang sedang kita dalam keadaan maksiat ?
Sekadar itu yang teringat pada masa ini, semoga ada manfaatnya.
Share:

Selamat Hari Lahir Nadiah Dan Abdul Rahman

Selamat Hari Lahir Nadiah yang ke-17
Selamat Hari Lahir Abdul Rahman yang ke-19
Semoga berjaya mengharungi hidup ini dengan sukses ..
Selamat Maju Jaya
Share:

Pelancaran www.saujanautama.net

Syukur, soft-launch www.saujanautama.net ( su.net ) telah berjaya diadakan di Cafe Cengal pada 12 Ogos 2007, jam 5.30 petang. Detik tersebut merupakan suatu yang bersejarah, khususnya bagi ahli Panel Portal dalam memenuhi aspirasi komuniti Saujana Utama.

Su.net diwujudkan dengan konsep berita atau bulletin. Apa yang berlaku termasuk aktiviti penduduk akan cuba dipaparkan untuk makluman semua. Pemakluman ini sekaligus menjadikan komuniti yang lebih berinformatif, saling menghargai dan memudahkan sebarang usaha pengintegrasian dan saling kerjasama ke arah penghidupan yang lebih sejahtera. Perjalanan su.net dikendalikan oleh satu panel yang dinamakan Panel Portal dengan keanggotaan oleh beberapa orang penduduk setempat yang mempunyai satu aspirasi iaitu menyediakan satu platform komunikasi dan informasi komuniti secara online dengan memanfaatkan pengunaan ICT.

Seminggu dua ini memang sibuk aku mengerjakan laman permulaan saujanautama.net. Ini termasuk juga dengan laman rasmi SMK Saujana Utama yang anda boleh lawati di http://smksu.saujanautama.net. Aku ambil kesempatan ini kerana kebetulan menjadi AJK PIBG sekolah berkenaan. Semoga dengan usaha ini akan memberikan manfaat kepada semua warga SMK saujana Utama dan penduduk Saujana Utama secara umum.
Share:

Bandar Damai Dan Indah ?

Entah, tetiba nak bicara dengan slogan 'Saujana Utama Bandar Damai Dan Indah'.

Walau apapun slogan pemaju berikan, sudah ditakdirkan aku menetap di SU pada masa ini. Hendak atau tak, hidup sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini perlu diteruskan dan apa yang berlaku di sekelilingku( sama ada ambil tahu atau tak ambil tahu ) semuanya adalah dugaan hidup dan asam garam kehidupan. Bagaimana respon terhadap persekitaran, sama ada masalah kemudahan yang perlu disediakan, jiran tetangga, kemudahan sekolah, kedai, keselamatan, polis, sekolah agama, tanah kubur, masalah sosial dan pelbagai lagi adalah bergantung kepada kederat semua yang hidup dalam bermasyarakat. Itupun kalau nak hidup bermasyarakat, sebab ada juga yang pepagi gi kerja, memalam balik kerja dan masyarakat yang ditemui hanya pekedai, klinik, pomen dan cikgu sekolah/tadika. Bagi pemaju serta MDKS, memenuhi keperluan penduduk sudah jadi tanggungjawab dan bagaimana mereka react kepada 'hal ehwal' penduduk adalah juga asam garam kehidupan mereka ...

Bagi yang baru mula hidup berkeluarga kecil mungkin tak sama pengharapannya dengan dengan yang dah veteran or tua macam aku ... definasi Bandai Damai Dan Indah ( BDDI ) adalah mengikut persepsi memasing since kita pun tak tahu apa definasi Glomac ( rasanya ) dengan BDDI ... mungkin dalam BDDI tidak boleh ada tanah perkuburan, tidak boleh ada sekolah agama berbanding Restoran yang 'sedikit ada kelas', aktiviti berkuda, supermarket, rumah kelab etc .... entahlah
Share:

Masuk Ke Dalam Islam Keseluruhannya

Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

Dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa Allah SWT mengarahkan umat Islam agar masuk yang bererti menerima Islam secara keseluruhannya tanpa berbelah bagi, ia juga adalah jelmaan daripada doa iftitah yang dibaca dalam setiap solat, 'sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekelian alam ini'.
Begitulah juga dengan doa yang dibaca melalui surah al-Fatihah, 17 kali sehari semalam, iaitu tunjuklah kami jalan yang lurus.

Masuk atau menerima Islam secara keseluruhannya seperti dalam ayat di atas, boleh disimpulkan seperti di bawah ini :

1- Menerima Islam sebagai cara hidup.

2- Menerima Islam sebagai penyelesai kepada semua masalah.

3- Menyedari bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.

4- Menyedari bahawa apabila tidak beramal dengan Islam secara serius, akan ditimpakan musibah oleh Allah SWT.

5- Memahami dengan sebaik-baiknya, bahawa apabila tidak beramal dengan Islam, bererti tidak percaya kepada kemuliaan Allah selaku Pencipta, apabila tidak percaya kepada Allah, bermakna menempah tempat dalam neraka.

6- Bersedia untuk menjadikan Islam sebagai pegangan dari sudut pakaian, cara berfikir, pergaulan, usaha harian, kerjaya dengan melaksanakan segala tanggungjawab sebagai Muslim/Muslimah sejati di sisi Allah.

7- Memperuntukkan masa untuk belajar Islam serta berkorban segala keringat, masa, tenaga, pemikiran dan kesanggupan.

8- Berjanji kepada Allah untuk memelihara agama-Nya.

9- Berjanji untuk memelihara jiwa daripada sebarang naluri dan kecenderungan yang menyalahi syariat.

10- Berjanji untuk memelihara harta daripada terjebak menyokong musuh-musuh Allah yang akhirnya membunuh saudara-saudara seagama seperti membeli rokok keluaran syarikat orang-orang Yahudi.

11- Berjanji memelihara keturunan serta kehormatan sebagai orang Islam dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej serta peribadi sebagai seorang Muslim yang sungguh-sungguh untuk mendaulatkan Islam.

12- Berjanji untuk memelihara memelihara akal daripada berfikir yang boleh merosakkan kesucian agama Islam dan berfikir cara bagaimana boleh memajukannya.

13- Menterjemahkan lima slogan yang pernah difahami oleh generasi ulama awalan sebagai cara hidup sempurna, iaitu Allah matlamat kita, Rasul itu pemimpin dan contoh teladan kita, al-Quran itu perlembagaan kita, jihad itu adalah cara hidup kita dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita kita yang tinggi lagi murni di sisi Allah.

Ustaz Zainudin Hashim
19 Jun 2007
Share:

Abdul Rahman's Graduation Day - Taylor College

Alhamdulillah, pada 15 Jun 2007, anak bujangku Abdul Rahman telah secara rasminya lulus pengajiannya di Kolej Universiti Taylor dalam program International Canadian Pre-University ( ICPU ). Gred yang diperolehi kira not bad juga, just enough to secure Kerajaan or JPA sponsorship untuk meneruskan pengajiannya di Kanada September ini dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Berdasarkan result, nampaknya rendah bagi subject English dan kena lebih 'berkomunikasi'. Gitulah yang dikata oleh setiap pensyarahnya semasa Parent Teacher Day awal 2007. To me that result pun dah cukup baik apabila mengenangkan keadaan di mana dia nak withdraw, seminggu selepas mula belajar di kolej berkenaan JUlai 2006. Mungkin sebab suasana yang rata-rata non Malay except yang tajaan JPA. Harapnya itu satu pengajaran baginya, belajar menangani suasana yang menimbulkan 'inferiority complex' dirinya dan rasanya itupun tujuan JPA hantar ke sana.

Share:

Pelancaran Penggunaan Kad Kredit di JPJ - 9 Jun 2007

Ingat tak mahu datang, tapi terpaksa datang juga ke Pelancaran Pembayaran Urusniaga JPJ Dengan Kad Kredit yang diadakan di JPJ Seberang Jaya. Pergi pagi balik petang dengan kapal terbang. Memang dalam program ini, aku dipertanggungjawabkan dalam hal teknikal pembangunan aplikasi bagi pihak JPJ. Kalau tak hadir nanti kata sombong pulak. Sebenarnya projek ini kira dah siap pada tahun 2005 tapi ditangguhkan sebab tunggu kelulusan, pekeliling dan pembentangan Budjet 2006. Since pilot Disember 2006 sehingga Mei 2007, sebanyak RM 3.6 juta Pembaharuan Cukai Jalan menggunakan kad kredit. Selepas pelancaran ini, mungkin orang ramai mulai tahu dan akan lebih banyak tranksaki terlibat. JPJ Seberang Jaya dipilih sebab menjadi penyumbang terbesar dalam kutipan. Bagaimanapun masih ada pejabat JPJ yang sangat kurang dan alasannya penduduk setempat tak ada kad kredit. Bukan nak mengalakkan orang ramai berhutang, tetapi satu alternatif dan kemudahan pihak JPJ dalam hal berkaitan dengan pengurusan wang tunai, cek kosong, cek rosak dan sebagainya. Akan datang diluaskan untuk traksaksi lain seperti Lesen Memandu dan Pembayaran Saman. Tapi entah bila agaknya ...

Perjalanan balik, sempat singgah Penang Road. Cuma beli jeruk buah salak dan buah pala. Rasanya last time ke Penang ialah tahun 1985 kerana mengikuti seminar IT di USM. Lepas tu cuma tumpang lalu untuk ke airport Bayan Lepas sebab Airport Alor Star banjir tahun 2000. Tahun 1980 ada juga pergi setelah menang kuiz dalam satu program radio dan memenangi tiket percuma melancung ke Penang.

Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.